Headlines News :
.

Preview : Game 7 BPL 11/12 - Everton VS Liverpool

Written By Unknown on Friday, September 30, 2011 | 13:24

"THE MERSEYSIDE DERBY". Ungkapan ini sering diucapkan oleh peminat2 bolasepak apabila berlakunya pertembungan dua kelab paling berjaya dalam wilayah Merseyside. Siapa lagi kalau bukan kelab berjiran dan boleh dianggap pasukan bersaudara Everton dan Liverpool.  Pertembungan 2 kelab ini sudah pastinya menjadi perhatian peminat setempat dimana setiap perlawanan yang berlangsung sudah pastinya membuktikan pasukan yang menang itu berkuasa di wilayah Merseyside.

Esok adalah perlawanan penting bagi kedua2 pasukan ini. Liverpool berkunjung ke Everton dalam siri perlawanan ke-7 Premier League musim 11/12. Diatas kertas kita dapat membayangkan bahawa Liverpool tidak mempunyai masalah untuk memperolehi kemenangan di Goodison Park ini. Bersandarkan prestasi semasa, Liverpool mempunyai kesebelasan utama yang mantap serta mampu merobek gawang pasukan Everton ini. Apalagi dengan moral kemenangan minggu lalu keatas pasukan Wolves, sudah pastinya Everton yang kebetulannya tewas kepada Manchester City berada pada situasi sedikit tekanan.

Rekod pertemuan di Goodison Park ini lebih banyak memihak kepada Liverpool. Dalam tempoh 4 musim yang lalu mereka bertemu di sini sebanyak 5 kali dan Liverpool memenanginya sebanyak 3 kali. Sememangnya kekalahan 2-0 musim lalu disini masih menghantui kita. Tetapi kita masih percaya tuah akan terus bersama Liverpool.


Untuk kesebelasan utama yang bakal diturunkan, sudah pastinya kita mengharapkan Kapten Fantastik Steven Gerrard akan diturunkan bermain sepenuh waktu permainan. 2 perlawanan yang dilalui oleh beliau sebelum ini, hanyalah sekadar pemain gantian untuk bermain diantara 10 ke 15 minit. Selain itu kita juga mengharapkan Bellamy juga diturunkan untuk digandingkan bersama Suarez. Seperti yang kita ketahui, kita agak sedikit kecewa dengan prestasi semasa Carroll yang masih lagi tercari2 rentak permainan rakan sepasukan. Begitu juga dengan Kuyt yang ketika ini sering tercicir dari kesebelasan utama, diharap dapat mengisi posisi Henderson yang juga sejak kebelangan ini agak gugup sedikit.

Walaupun diatas kertas kemenangan berpihak kepada kita, tetapi perlu diingat, walaupun Everton tidak membeli sebarang pemain baru pada musim perpindahan lalu, itu bukan alasan bahawa mereka mudah untuk dijinakkan. Tiada Artieta yang telah berhijrah tidak bermakna Tim Cahill tidak boleh berfungsi dengan baik. Pokok pangkalnya Dalglish perlu berwaspada dengan strategi yang bakal diguna pakaikan oleh David Moyes.

Barisan kemungkinan Liverpool


REINA
KELLY - CARRAGHER - SKRTEL - ENRIQUE
KUYT - GERRARD - ADAM - DOWNING
SUAREZ - BELLAMY

Saksikan siaran secara Langsung dari Goodison Park :
Channel : Astro ESPN (812)
Tarikh : Sabtu - 1 Oktober 2011
Preview : 07:00 malam
Sepak mula : 07:40 malam

p/s : Bila pertembungan Liverpool dengan Everton ini, teringat ler bolasepak tempatan. Sudah pastinya pertemuan pasukan adik abang di wilayah Lembah Klang iaitu Selangor dan Kuala Lumpur.

Piala Sultan Selangor edisi ke-10 - 2011

Written By Unknown on Thursday, September 29, 2011 | 13:14

DUA bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL), Jesper Blomqvist dan Jason McAteer yang bakal menguatkan Pilihan Selangor apabila bertemu Pilihan Singapura pada saingan Piala Sultan Selangor edisi ke-10 di Stadium Shah Alam Sabtu ini, hanya akan menjalani sesi latihan bersama-sama skuad Selangor esok.

Meskipun kedua-duanya hanya akan menyertai kem latihan Selangor sehari sebelum berlangsungnya perlawanan terbabit, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur kejohanan, Datuk Abdul Karim Munisar berkata, tidak timbul soal kurang persiapan untuk mereka dalam usaha merampas kembali Piala Sultan Selangor yang kali terakhir dimenangi pada 2008.

Katanya, Blomqvist yang akan tiba hari ini serta McAteer esok, adalah pemain profesional serta berpengalaman dan sudah pasti kedua-duanya dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan Selangor dengan cepat. “Kita perlu faham mereka berdua mempunyai jadual padat sepanjang berada di sini, antaranya bertemu dengan penyokong kelab Manchester United dan Liverpool.

“Tapi saya yakin jurulatih, P Maniam mempunyai perancangan tersendiri dan mampu membimbing skuad Selangor serta dua pemain ini dengan baik dalam usaha kita untuk memenangi perlawanan ini.

“Lagipun Blomqvist dan McAteer pemain berpengalaman dan sudah pasti mereka tahu apa perlu dilakukan. Namun menjadi persoalan mungkin tahap kecergasan mereka,” katanya pada sidang media semalam untuk mengumumkan pemberian hadiah 10 Galaxy Tab bagi pemenang cabutan bertuah pada Sabtu ini. Blomqvist yang berusia 37 tahun, pernah beraksi untuk beberapa kelab EPL, antaranya Manchester United, Everton dan Charlton Athletic dan ketika ini masih beraksi untuk pasukan Persebaya 1927 di Indonesia.

Jesper Blomqvist (kiri) dan Jason McAteer
McAteer yang beraksi di bahagian tengah juga pernah beraksi di EPL bersama kelab Bolton Wanderers, Liverpool, Blackburn Rovers serta Sunderland. Selain pembabitan kedua-dua bekas pemain EPL itu, Selangor juga akan diperkuat penyerang sensasi negara yang baru selesai menjalani sesi latihan bersama kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City, Mohd Safee Sali.

Sumber : myMetro

Enrique jadikan Ashley Cole sebagai sifu

Pemain pertahanan kiri Liverpool Jose Enrique telah mendedahkan bahawa beliau telah menonton video permainanan pertahanan kiri Chelsea Ashley Cole dalam membantu meningkatkan mutu permainannya. Ini kerana beliau menyifatkan Cole sebagai antara pemain pertahanan terbaik dunia ketika ini. Selain itu beliau juga mengkagumi rakan seposisinya yang bermain untuk Real Madrid Marcelo Veira.

Enrique yang berpindah dari Newcastle pada musim perpindahan lalu, telah menunjukkan mutu permainan yang amat mengagumkan. Beliau mengakui bahawa ketika membuat latihan di Newcastle, beliau merasai lebih mudah berbanding dibawah Kenny Dalglish. Latihan yang amat keras ditekankan oleh Dalglish membuatkan beliau sering tidur siang.


Walaupun corak latihan Dalglish keras, sebenarnya beliau amat mengemarinya. Ini kerana tujuan utama beliau ke Anfield adalah untuk bermain di Champion League bersama Liverpool disamping dapat bermain bersama skuad kebangsaan Sepanyol. Jadi dengan peluang serta pengalaman yang beliau perolehi disini, beliau berharap dapat mewakili negaranya.

Sememangnya kita akui, pembelian Dalglish terhadap Enrique ini memang berbaloi. Kita mengharapkan pemain2 lain juga dapat mengikut jejak cara dan prinsip Enrique ini. Ini kerana selain untuk kebaikan kelab, ia juga untuk diri mereka sendiri dalam mengejar tempat kesebelasan utama dan menjadi bintang tersohor.

p/s: SG suka tengok Ashley Cole dan Patrice Evra main. Selain mempamerkan aksi cemerlang, mereka juga jarang injured.

Perlawanan ke-6 Piala Malaysia 2011 - Selangor 2-1 Kuala Lumpur

Written By Unknown on Wednesday, September 28, 2011 | 05:24

Pantang mengalah sebelum penghujung wisel penamat. Itulah dinamakan bolasepak apabila tuah, nasib semua memainkan peranan penting selagi ada sisa2 perjuangan. Siapa sangka pasukan Selangor yang memulakan kempen Piala Malaysia agak terumbang ambing, tetapi berjaya juga melayakkan diri ke pusingan peringkat suku akhir dan seterusnya mengejar MISI 33 agar tercapai.

Mengalahkan Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Shah Alam pada perlawanan terakhir kumpulan D malam tadi mengesahkan tiket suku akhir menjadi milik mutlak Red Giants. Menduduki tangga naib juara Kumpulan D, Selangor mengiringi T-Team yang membelasah PDRM 6-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

2 kemenangan berturut2 berjaya di perolehi selepas tugas jurulatih selangor diambil alih oleh P. Maniam. Menggunakan strategi 4-3-2-1 dimana Amri Yahya sebagai penyerang tunggal malam tadi, ia amat berbaloi kepada pasukan. Red Giants berdepan situasi mencemaskan apabila ketinggalan 1-0 menerusi Muhd. Shahrom Abdul Kalam pada minit ke-37 sebelum bangkit pada babak kedua bermula dengan jaringan Mohd. Razman Roslan pada minit ke-65 dan Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan dengan gol kemenangan melalui tandukan pada minit ke-75.

Tahniah kepada Red Giants. Perlawanan suku akhir nanti pasukan Selangor akan bertemu pasukan Perak yang telah menjuarai Kumpulan A. Perlawanan suku akhir pertama nanti akan berlangsung pada 10 Oktober di Stadium Shah Alam dan suku akhir kedua pula pada 14 oktober di Stadium Ipoh.

Jadual perlawanan Suku Akhir (10 & 14 Oktober 2011)


Logo Selangor VS Perak Logo
LogoSabah VS T-Team Logo
 Logo Terengganu VS Kelantan Logo 
Logo Felda United VS Negeri SembilanLogo 


Undian pusingan 4 Carling Cup - Stoke City vs Liverpool

Written By Unknown on Tuesday, September 27, 2011 | 05:18

Selepas undian pusingan ke 4 Carling Cup tempoh hari, Liverpool terpaksa mengharungi laluan sukar apabila diundi bertemu Stoke City. Apa yang membimbangkan kita, untuk kali ketiga berturut2 dalam kejohanan ini Liverpool terpaksa bermain di Stadium lawan. Britannia Stadium sudah pasti membuatkan kita sesak nafas akibat rekod yang kurang baik dan tidak menyebelahi pasukan Liverpool.

Seperti yang kita ketahui rekod pertemuan di Britannia Stadium ini, pasukan Liverpool tidak pernah menang semenjak pasukan Stoke ini dinaik taraf ke Premier League musim 08/09. Dua kali seri 0-0 (08/09), 1-1 (09/10) dan dua kali kalah 2-0 (10/11), 1-0 (11/12). Kita masih lagi terbayang dengan kekalahan pada perlawanan liga awal bulan ini. Walaupun perlawanan tersebut penuh dengan kontroversi dari keputusan pengadil, tetapi kita dapat bayangkan bahawa tuah dan nasib masih belum berpihak kepada Liverpool.

Tetapi apabila kita membuat analisa dari persembahan Liverpool pada perlawanan tersebut, kita dapat membuat kesimpulan bahawa Liverpool boleh memecahkan badi kekalahan jika terus menampilkan aksi yang cemerlang. Sememangnya bukan mudah untuk mengekalkan prestasi sebegitu setiap perlawanan, tetapi sekiranya setiap pemain memberi komitmen sepenuhnya dan tuah kembali bersama kita, sudah pasti Liverpool akan terus melangkah ke pusingan ke 5.

Keputusan Undian pusingan 4 Carling Cup :
  • Aldershot v Manchester United
  • Arsenal v Bolton
  • Blackburn v Newcastle
  • Cardiff v Burnley
  • Crystal Place v Southampton
  • Everton v Chelsea
  • Stoke v Liverpool
  • Wolves v Manchester City
Tarikh perlawanan : 25 dan 26 Oktober 2011

Game 6 BPL 11/12 - Liverpool 2-1 Wolverhampton Wanderers

Written By Unknown on Sunday, September 25, 2011 | 22:45

Liverpool kembali berada dilandasan yang betul apabila berjaya mengalahkan Wolves dengan jaringan 2-1. Kembali bermain di halaman sendiri sememangnya benar2 dimanfaatkan oleh anak2 buah Kenny Dalglish ini. Walaupun sebelum perlawanan kita amat gusar dengan rekod pertemuan di Anfield musim lalu, tetapi mereka membuktikan bahawa perasaan kita itu salah.

Gol pertama Liverpool menjelma seawal minit ke 11 apabila Roger Johnson telah menanduk masuk ke gawang sendiri. Ia berlaku apabila Johnson cuba menyelamatkan rembatan deras dari Charlie Adam yang membuat percubaan kearah pintu gol Wolves. Selepas itu pemain2 Liverpool terus melancarkan serangan bertubi2 ke kubu pasukan Serigala ini tetapi berjaya dipatahkan oleh pertahanan mereka.


Walaubagaimanapun melalui hantaran jauh Enrique, Surez berjaya melepaskan diri dari perangkap offside dan seterusnya menjaringkan gol kedua pada minit ke 38. Tetapi selepas itu permainan mula dikuasai oleh Wolves. Hasilnya 4 minit selepas rehat, Liverpool dikejutkan dengan jaringan Steven Fletcher yang langsung tidak dikawal dalam kotak penalti.

Pertukaran pemain antara Kuyt untuk Henderson serta Steven Gerrard untuk Suarez gagal untuk menambah sebarang gol walaupun banyak peluang tercipta tetapi gagal disempurnakan. Apa yang merisaukan kita, reaksi Suarez ketika dikeluarkan untuk digantikan Gerrard. Dengan selambanya menyepak botol air, beliau seperti merasa tidak puas hati dikeluarkan. Pada tanggapan kita sepatutnya Dalglish mengeluarkan Carroll yang gagal berfungsi dengan baik. Gandingan mereka berdua gagal mencerminkan penyerang berbisa sebaliknya Suarez yang lebih bekerja keras seorang diri.


Dari keadaan ini, Dalglish perlu mengambil perhatian penuh terhadap penyerang berbisa kita ini untuk tidak merajuk dan membuat sesuatu yang tidak elok. Perlu diingat banyak pasukan yang sudah mula memberi signal untuk merembat Suarez. Dalglish perlu belajar dari apa yang telah berlaku sebelum ini, dengan kehilangan Xabi Alonso, Torres dan Meireles. Persoalannya sanggupkah kita menerima kejadian lalu akan berulang kembali.


Selepas ini kita akan berkunjung pula ke Goodison Park menentang jiran tetangga Everton. Perlu diingat perlawanan menentang anak2 buah David Moyes ini bukanlah suatu tugas yang mudah. Walaupun mereka sudah kehilangan perancang utamanya Artieta ke Arsenal, tetapi ia bukan alasan kita mudah membaham mereka. Harap Liverpool akan terus mencipta kemenangan nanti. YNWA

Scoring Summary

Liverpool Wolverhampton Wanderers
Roger Johnson (og 11')Steven Fletcher (49')
Luis Suรกrez (38') 

Match Stats

Liverpool         Wolverhampton Wanderers
16(5) Shots (on Goal) 17(2)
16 Fouls 9
7 Corner Kicks 2
5 Offsides 2
49% Time of Possession 52%
3 Yellow Cards 4
0 Red Cards 0
1 Saves 4

Teams

Liverpool Wolverhampton Wanderers
25 Pepe ReinaWayne Hennessey
37 Martin Skrtel16 Christophe Berra
23 Jamie Carragher14 Roger Johnson
Josรฉ Enrique11 Stephen Ward
34 Martin KellyRichard Stearman
26 Charlie AdamDavid Edwards
21 LucasKarl Henry
19 Stewart Downing24 Jamie O'Hara
14 Jordan Henderson17 Matthew Jarvis
Andrew Carroll12 Stephen Hunt
Luis Suรกrez29 Kevin Doyle
Substitutes
Steven GerrardDorus De Vries 31
39 Craig BellamySteven Fletcher 10
18 Dirk KuytGeorge Elokobi 3
38 John FlanaganMatthew Doherty 30
32 DoniAdam Hammill 19
20 Jay SpearingNenad Milijas 20
16 Sebastiรกn CoatesAdlene Guedioura 34
Substitutions
Dirk Kuyt for Jordan Henderson (72)Steven Fletcher for David Edwards (45)
Steven Gerrard for Luis Suรกrez (82)Matthew Doherty for Richard Stearman (45)
 Adlene Guedioura for Stephen Hunt (81)
Yellow Cards
Lucas (34)Jamie O'Hara (4)
Andrew Carroll (57)Karl Henry (33)
Martin Kelly (67)Stephen Ward (39)
 Stephen Hunt (43)
· Squads: Liverpool | Wolverhampton Wanderers

p/s: Bila dibandingkan Carroll dengan Crouch, sudah pasti buat masa ini, Crouch lebih menonjol. Kelibatnya pada perlawanan menentang pasukan Setan Merah malam semalam sememangnya mengkucar kacirkan barisan pertahanan. Nasib baik Crouch dapat score sebiji je, andai kata peluang2 yang beliau perolehi tidak disia2kan, sudah pasti Stoke City mencipta rekod pasukan pertama mengalahkan Setan Merah. (draw pun dah cukup bagus. Tanda nak jatuh ler tu).

Perlawanan ke 5 Piala Malaysia 2011 - PDRM 1-4 Selangor

Kemenangan pasukan Selangor ke atas pasukan PDRM malam semalam kembali membuka ruang untuk melayakkan diri ke pusingan Suku Akhir Piala Malaysia 2011. Menang 1-4 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi memberi nafas baru kepada pasukan serta Jurulatih sementara P. Maniam. Talian hayat Selangor tercipta selepas keputusan seri 1-1 diantara pasukan T-Team dan Kuala Lumpur.

Misi Selangor selepas ini wajib menang ke atas pasukan Kuala Lumpur dalam perlawanan terakhir Kumpulan D nanti. Kuala Lumpur yang memungut 9 mata menduduki tangga kedua sementara Selangor 7 mata menghuni tangga ke 3. 3 mata yang perlu diperolehi nanti menjamin kedudukan pasukan Selangor layak mengiringi pasukan T-team yang sudah melangkah awal ke pusingan suku akhir.

Selepas kemenangan besar malam semalam, kita dapat membuat kesimpulan bahawa, memang benarlah pemain2 pasukan Selangor sebelum ini mempunyai masalah bersama jurulatih terdahulu K. Devan. Walaupun P. Maniam diangkat sebagai jurulatih sementara, tetapi komitmennya serta pengalamannya di bawah K. Devan telah digunakan sebaik2nya.

Diharap pada perlawanan terakhir nanti Selangor dapat merealisasikan impian untuk mengalahkan pasukan ibu kota ini dan seterusnya melayakkan diri ke pusingan suku akhir.

Preview : Game 6 BPL 11/12 - Liverpool vs Wolves

Written By Unknown on Saturday, September 24, 2011 | 11:50

Adakah semangat kemenangan tempoh hari keatas Brighton dalam Carling Cup akan berterusan dalam perlawanan malam nanti. Selepas 3 perlawanan berturut2 Liverpool bermain di gelanggang pihak lawan, malam ini Liverpool kembali ke stadium keramat kita untuk menerima kunjungan pasukan Wolverhampton Wanderers.

Pasukan Wolves atau serigala ini telah dinaik taraf ke Premier League semenjak musim 09/10. Rekod  pertemuan The Reds dalam dua musim yang lalu ketika bertemu pasukan ini boleh dikatakan agak seimbang. 4 perlawanan liga yang dilalui, Liverpool mencipta 2 kemenangan 1 seri dan 1 kalah. Apa yang membimbangkan, rekod kekalahan itu berlaku di Anfield musim lalu. Ini bermakna, Liverpool tidak seharusnya bermegah dengan kelebihan bermain di tempat sendiri kerana kekalahan 0-1 di bawah kendalian Roy Hodgson telah memberi pengajaran besar kepada kita.


Seperti yang kita ketahui, semangat Kapten Liverpool Steven Gerrard untuk bermain sepenuh masa malam ini amat tinggi sekali. Selepas diturunkan sebagai pemain gantian ketika menentang Brighton tempoh hari, Gerrard semakin yakin untuk mengalas cabaran The Reds. Walaubagaimanapun, semua keputusan di tangan Dalglish samaada menurunkannya sepenuh masa atau simpanan. Ini kerana Dalglish juga dalam dilema disebabkan takut kecederaan Gerrard yang baru pulih itu akan berulang kembali.


Selepas di praktikalkan gandingan Bellamy bersama Suarez, kita nampak bahagian serangan kita bertambah mantap. Kita mengharapkan agar gandingan ini sekali lagi diturunkan malam ini disebabkan prestasi Carroll yang gagal mendapatkan rentak permainan pantas menyerang teman2nya. Hakikatnya walau siapa pun diturunkan malam ini, sudah pastinya kita mengharapkan kemenangan mutlak serta mutu permainan yang terbaik dipersembahkan. 3 mata amat penting bagi Liverpool untuk merapatkan lagi jurang pasukan2 diatas yang mula menjarakkan mata kedudukan sebelum ini.


Barisan Kemunkinan Liverpool


Reina
Kelly - Carragher - Coates - Enrique
Henderson - Gerrard - Lucas - Downing
Suarez - Bellamy

Saksikan Siaran Langsung perlawanan ini:
Channel : Astro STAR Sports (813)
Tarikh : Sabtu, 24/09/2011
Masa : 09:55 malam

Gambar skuad The Reds 2011/2012 terkini

Written By Unknown on Friday, September 23, 2011 | 23:26

Laman rasmi Liverpool FC hari ini telah memaparkan gambar terkini skuad lengkap Liverpool 2011/2012. So sapa2 yang berminat tu bolehlah copy disini ataupun laman web rasmi kelab. Kalau nak yang lebih cantik lagi, belilah secara online di Liverpool FC Official picture Store


Barisan Belakang : Graham Carter (Kit Manager), Andy Scoulding (Head Technical Analyst), Chris Morgan (Physiotherapist), Dareen Burgess (Head, Fitness & Conditioning), John Achterberg (Goalkeeping Coach), Martin Kelly, Brad Jones, Jose Reina, Alexander Doni, Sebastian Coates, Rob Price (Senior Physiotherapist), Phil Coles (Head, Physical Services), Jordan Milsom (Rehab Fitness Coach), Ray Haughan (Team Administration Manager), Lee Radcliffe (Kit-Man).

Barisan Tengah : Paulo Barreira (Rehab Therapist), Zaf Iqbal (First Team Doctor), Peter Brukner (Head, Sports Medicine and Sports Science), Steve Clarke (Assistant Manager), Jack Robinson, Maxi Rodriguez, Danny Wilson, Stewart Downing, Jordan Henderson, Craig Bellamy, Jonjo Shelvey, Jay Spearing, Jonathan Flanagan, Kevin Keen (First Team Coach), Paul Small (Masseur), Sylvan Richardson (Masseur), Andrew Nealon (Senior Physiotherapist).

Barisan Hadapan : Martin Skrtel, Glen Johnson, Fabio Aurelio, Charlie Adam, Dirk Kuyt, Steven Gerrard (Captain), Kenny Dalglish (Team Manager), Jamie Carragher, Daniel Agger, Andy Carroll, Jose Enrique, Lucas Leiva, Luis Suarez.

Link Official Picture Store:

3rd Round Carling Cup 11/12 - Brighton 1-2 Liverpool

Written By Unknown on Thursday, September 22, 2011 | 18:50

Setelah mengharungi 2 minggu tanpa kemenangan, akhirnya misi untuk mencipta kemenangan terlaksana juga. Kemenangan 2-1 terhadap Brighton & Hove Albion di halaman lawan membuka lembaran baru bagi Liverpool  setelah kelukaan melanda 2 perlawanan yang lalu.

Apa yang amat dikecewakan, walaupun Liverpool menang, tetapi mutu permainan yang ditunjukkan amatlah bosan sekali. Hanya 30 minit awal sahaja Liverpool menguasai perlawanan serta melancarkan beberapa percubaan merbahaya. Selebihnya Brighton pula mendominasi perlawanan yang membuatkan Reina tidak senang duduk. Mungkin pada peringkat awalnya kita menyangkakan bahawa Liverpool akan menang besar malam tadi. Setelah gol pertama diperolehi seawal minit ke 7 melalui Bellamy, beberapa percubaan dari Suarez, Bellamy dan Spearing hanya menyinggah tiang dan palang gol serta tandukan Kuyt betul2 diatas garisan gol untuk menafikan sebarang gol tambahan.


Tetapi tiba2 sahaja pemain2 Liverpool hilang punca. Suarez hilang arah, midfield tidak berfungsi dengan baik. Begitu juga dengan Coates yang kadang2 membuat kesilapan hampir memberi gol kepada pihak lawan. Tidak cukup dengan itu, Spearing yang sepatutnya mengeluarkan sahaja bola dari kawasan permainan tersilap langkah teringgal bola menyebabkan Carragher membuat bentesan keras untuk memberi penalti kepada Brighton. Nampaknya Carragher sejak akhir2 ini kerap sekali membuat kesilapan yang membawa padah kepada pasukan.


Sememangnya Liverpool tidak rugi membawa masuk kembali Bellamy, hasil gerakan beliau yang menolak bola kepada Rodriguez dan kemudiannya kepada kuyt untuk disudahi dengan cemerlang. Semuanya berlaku dari gerakan balas dimana ketika itu pemain2 Brighton sibuk menyerang. Persoalannya, mengapa permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Liverpool amat buruk sekali? Harap masalah ini diberi perhatian sepenuhnya oleh Dalglish.


Setelah 6 bulan MC panjang, pada perlawanan ini, kita dapat menyaksikan kemunculan sulong musim 2011/2012 ini kapten kesayangan kita Steven Gerrard. Walaupun beliau hanya bermain 15 minit terakhir sahaja, tetapi kehadiran beliau sekurang2nya dapat membantu menyakinkan diri beliau setelah lama tidak beraksi. Apapun tahniah kepada pemain2 Liverpool kerana telah berjaya membawa pasukan kita mara ke pusingan ke 4.


p/s: Walupun bosan dan mengantuk bila tengok game pagi tadi, tetapi demi nak tengok aksi Steven Gerrard kembali, SG gagahkan juga.

Scoring Summary

Brighton Liverpool
Ashley Barnes (pen 90')Craig Bellamy (7')
 Dirk Kuyt (81')

Match Stats

Brighton                          Liverpool
7(2) Shots (on Goal) 10(5)
14 Fouls 14
8 Corner Kicks 5
0 Offsides 0
44% Time of Possession 56%
3 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
3 Saves 5


Teams

Brighton Liverpool
16 Casper Ankergren25 Pepe Reina
Gordon Greer23 Jamie Carragher
28 Steve Cook34 Martin Kelly
14 Inigo Calderon16 Sebastian Coates
20 Roman Vindelot49 Jack Robinson
Alan Navarro21 Lucas
10 Matthew Sparrow11 Maximiliano Rodriguez
26 Liam Bridcutt20 Jay Spearing
30 William Buckley39 Craig Bellamy
11 Craig Noone18 Dirk Kuyt
12 Craig Mackail-SmithLuis Suรกrez
Substitutes
Peter BrezovanDoni 32
27 Mauricio TariccoJohn Flanagan 38
Lewis DunkDanny Wilson 22
15 VicenteSteven Gerrard 8
25 Kazenga LuaLuaStewart Downing 19
32 Yasser KasimJonjo Shelvey 33
Ashley BarnesAndrew Carroll 9
Substitutions
Vicente for William Buckley (60)Steven Gerrard for Luis Suรกrez (75)
Kazenga LuaLua for Matthew Sparrow (78)John Flanagan for Martin Kelly (86)
Ashley Barnes for Alan Navarro (78) 
Yellow Cards
Alan Navarro (39)Jay Spearing (59)
Matthew Sparrow (41) 
Roman Vindelot (67) 
· Squads: Brighton | Liverpool

Sahabatku.. Kau pergi untuk selama2nya

Written By Unknown on Wednesday, September 21, 2011 | 17:57

Yuvarajah, walaupun kau bukan beragama Islam. Walaupun kau bukan bangsa Melayu. Tetapi kita tetap sahabat yang berpegang kepada konsep masyarakat majmuk, rakan sekerja dan 1 Malaysia. Terkedu apabila mendengar berita bahawa kau telah pergi untuk selama2nya meninggalkan dunia yang penuh cabaran ini.

Tanggal 20/09/2011 jam 1 pagi semalam, SG dikejutkan dengan berita dari sahabat2 bahawa rakan setugas kami telah kemalangan jalanraya dan meninggal di tempat kejadian. Sewaktu kejadian Mendiang En. Yuvarajah A/L Jayaseelan sebenarnya dalam perjalanan ke tempat kerja yang sepatutnya masuk bertugas jam 12:00 tengah malam. Menurut sumber, ketika kejadian, mendiang yang menunggang motosikal telah dihimpit sebuah kereta sebelum jatuh ditengah jalan. Akibatnya sebuah lori kontena telah merempuh beliau dan menjadikan jasadnya hancur terburai. Bayangkanlah sekiranya tubuh dilenyek lori, kita sendiri pun ngeri ingin membayangkannya.

Tuhan lebih menyayangi beliau. Walaupun mendiang bukan 1 shift dengan SG, tetapi sewaktu hari raya tempoh hari, 2 hari SG merasa 1 shift dengan mendiang. Byangkan sekiranya mendiang sememangnya 1 shift dan dibawah jagaan SG, sudah pasti trauma yang amat sangat. Itulah sebenarnya yang terjadi pada rakan2 1 shift mendiang. Tergamam, terkedu, terbayang dan macam2 lagi perasaan yang menyelubungi mereka.

Diwaktu2 begini, masih ada juga rakan2 yang sempat berseloroh menghilangkan kesedihan yang melanda. Dialog filem Hantu Bonceng," Abang... Sempurnakan saya abang..." menjadi gurauan membayangkan jasad mendiang yang tidak sempurna. emmmm.. Tak sanggup untuk dikenang. Bayangkan tempat kemalangan Mendiang juga adalah tempat laluan pergi balik SG ketempat kerja. Memang orang kata tempat itu keras. Banyak sudah nyawa yang melayang disitu. Harap2 janganlah apa2 terjadi lagi disitu.

Sememangnya mendiang tidak pernah membuat masalah pada rakan sekerjanya. Menghormati sahabat2 dan tidak pernah membantah apa yang disuruh.  Apa pun, kehilangan mendiang sudah pastinya akan dirasai untuk jangkamasa yang panjang. 2 tahun bekerja di Megasteel Sdn. Bhd, Mendiang sememangnya disenangi oleh teman2. Takdir penentu segala. Kita hanya redha diatas ketentuannya.

Preview : 3rd Round Carling Cup 11/12 - Brighton vs Liverpool

Selepas melalui minggu2 yang sukar dalam Barclays Premier League, sekali lagi untuk kali ke 3 berturut2 Liverpool bermain lagi di stadium lawan. Kali ini Liverpool bertandang ke Amex Stadium menentang pasukan Brighton & Hove Albion dalam pusingan ketika kejohanan piala Carling.

Bersandarkan misi menebus maruah diatas kekalahan 2 perlawanan liga sebelum ini, sudah pastinya pasukan Liverpool akan cuba mencipta kemenangan bagi mendapatkan tonik baru untuk meneruskan perjuangan. Apa yang kita harapkan untuk perlawanan ini, sudah pastinya kemunculan kembali kelibat kapten kesayangan kita, Steven Gerrard selepas MC panjang selama 6 bulan.

Melupakan insiden di White Hart Lane tempoh hari, kita juga mengharapkan mutu permainan yang lebih baikk dipersembahkan oleh Liverpool untuk mencipta kemenangan mutlak untuk mara ke peringkat seterusnya.

Siaran langsung di :
Channel : Astro SuperSport 2 (816)
Masa : 22/09/2011 - 2:40 pagi

Selamat jalan K. Devan

Written By Unknown on Tuesday, September 20, 2011 | 21:15

Akhirnya setelah didesak hebat oleh penyokong setia dah pihak pengurusan Red Giants, K. Devan meletakkan jawatan dengan secara sukarela. Perletakan jawatan beliau yang berkuat kuasa serta merta siang tadi sememangnya ditunggu2 oleh kita selepas prestasi hambar Red Giants yang ditunjukkan pada musim ini.

Setelah ketiadaan beliau, kerusi panas itu disandang oleh di terajui oleh P. Maniam. Dengan sisa2 perjuangan di saingan Piala Malaysia berbaki 2 perlawanan lagi, kita sememangnya tidak mengharapkan sesuatu keajaiban yang boleh dilakukan oleh beliau. Apa yang pasti pasukan Selangor sudah boleh memikirkan pembinaan semula pasukan yang mantap bagi persediaan musim hadapan.

Game 5 BPL 11/12 - Tottenham Hotspur 4-0 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, September 18, 2011 | 23:56

Badi kekalahan di White Hart Lane masih utuh dan terus menebal untuk 4 musim berturut2. Sekali lagi pengadil telah membuat beberapa keputusan yang membuatkan kita merasa teramat kecewa. Selain tewas 0-4 kepada Tottenham, Liverpool juga dihadiahkan 2 layangan kad merah oleh pengadil kepada Charlie Adam dan Skrtel serta kecederaan yang melanda Agger.

Sememangnya perlawanan yang sukar bagi Liverpool. Ketinggalan 1-0 seawal minit ke 7 melalui jaringan Modric, malang semakin menimpa2 skuad kendalian Dalglish ini. Bermain 10 orang sejak dari minit ke 28 lagi membuatkan pasukan kita hanya mengekalkan corak bertahan. Kehilangan Midfield yang berwibawa seperti Adam merencatkan semua pergerakan untuk mengatasi pemain2 Spurs. Walaupun begitu, semangat juang yang kental 10 pemain ini, masih lagi dapat mempertahankan jaringan 1-0 ini.


Kenduri gol Tottenham mula terpancar setelah Skrtel pula dilayangkan kad kuning ke 2 dan seterusnya kad Merah. Bermain 9 orang menentang 11 pemain sememangya bala besar sudah diduga. Memasukkan Spearing & Bellamy bagi mengantikan Suarez dan Downing hanya bersifat untuk merehatkan mereka berdua. Carroll yang kita harapkan menjadi bintang berkilauan, masih tercari2 rentak yang tidak berkunjung tiba.


Apa yang menarik pada perlawanan ini, hanyalah kemunculan kali pertama pemain muda dari Uruguay Sebastian Coates dalam permainan. Walaupun khidmat beliau diperlukan bagi mengantikan Agger yang cedera pada minit ke 27, tetapi sumbangannya boleh dikatakan berkesan disaat tumpuan pemain kita yang jauh merundum.


Namun yang pasti, selepas ini Liverpool  perlu bangkit kembali. Walaupun perjalanan masih jauh, tetapi kestabilan dalam carta teratas liga adalah amat perlu bagi menjamin tempat yang selesa di penghujung musim.

Scoring Summary

Tottenham Hotspur Liverpool
Luka Modric (7') 
Jermain Defoe (66') 
Emmanuel Adebayor (68') 
Emmanuel Adebayor (90') 

Match Stats

Tottenham Hotspur          Liverpool
25(9) Shots (on Goal) 3(1)
14 Fouls 9
4 Corner Kicks 1
4 Offsides 4
62% Time of Possession 38%
1 Yellow Cards 2
0 Red Cards 2
1 Saves 5

Teams

Tottenham Hotspur Liverpool
24 Brad Friedel25 Pepe Reina
26 Ledley KingDaniel Agger
Younes Kaboul23 Jamie Carragher
32 Benoit Assou-EkottoJosรฉ Enrique
28 Kyle Walker37 Martin Skrtel
Scott Parker26 Charlie Adam
14 Luka Modric21 Lucas
Gareth Bale14 Jordan Henderson
21 Niko KranjcarLuis Suรกrez
18 Jermain Defoe19 Stewart Downing
10 Emmanuel AdebayorAndrew Carroll
Substitutes
23 Carlo CudiciniCraig Bellamy 39
11 Rafael Van der VaartDirk Kuyt 18
Roman PavlyuchenkoMaxi Rodrรญguez 11
19 Sebastien BassongDoni 32
22 Vedran CorlukaJay Spearing 20
17 Giovani Dos SantosSebastiรกn Coates 16
29 Jake LivermoreJack Robinson 49
Substitutions
Rafael Van der Vaart for Niko Kranjcar (45)Sebastiรกn Coates for Daniel Agger (27)
Giovani Dos Santos for Jermain Defoe (84)Craig Bellamy for Stewart Downing (70)
Sebastien Bassong for Ledley King (84)Jay Spearing for Luis Suรกrez (70)
Yellow Cards
Emmanuel Adebayor (24)Charlie Adam (12)
 Martin Skrtel (36)
 Sebastiรกn Coates (40)
 Luis Suรกrez (45)
Red Cards
 Charlie Adam (28)
 Martin Skrtel (63)
· Squads: Tottenham Hotspur | Liverpool

Piala Malaysia 2011 - Selangor 1-2 T-Team

Written By Unknown on Saturday, September 17, 2011 | 23:50

Pasukan Selangor sudah menghampiri zon penyingkiran dari melayakkan diri ke saingan suku akhir Piala Malaysia 2011 ini. Tewas kepada pasukan T-Team pada perlawanan ke 4 Kumpulan D malam tadi menyukarkan lagi untuk merealisasikan misi 33 ini. Walaupun masih ada sisa2 harapan yang diberikan, tetapi hanya keajaiban sahaja boleh membawa Selangor mara ke pusingan seterusnya.

Mengumpul 4 mata dari 4 perlawanan sememangnya bala bagi pasukan Red Giants ini. Dua pasukan lain yang berada diatas mereka seperti Kuala Lumpur telah memungut 8 mata setelah seri tanpa jaringan dengan PDRM dan T-Team pula sudah memungut 9 mata. Memenangi kedua2 perlawanan selepas ini bukanlah jaminan bahawa selangor akan layak. Ini kerana Kuala Lumpur dan T-Team hanya memerlukan 1 kemenangan sahaja untuk menafikan hak Selangor. Mengharapkan antara mereka dua pasukan ini untuk tewas kedua2 perlawanan selepas ini adalah amat mustahil disebabkan persembahan yang mantap ditunjukkan oleh mereka.

Seperti yang dikatakan tadi, hanya keajaiban sahaja boleh membuatkan Selangor senyum. Tapi yang pasti, pasukan Selangor sudah boleh berkira2 untuk membuang K. Devan yang semakin lama semakin mengarut.

p/s: Salah satunya jurulatih merangkap pengurus di Malaysia. Kononnya nak tiru macam pasukan Eropah tapi K. Devan punya percaturan masih ditahap yang membosankan.

Preview : Game 5 BPL 11/12 - Tottenham Hotspur vs Liverpool

Hari ahad esok, pasukan Liverpool akan berkunjung ke stadium White Hart Lane menentang anak buah Harry Redknapp. Bertemu dengan pasukan Tottenham Hotspur atau lebih dikenali Spurs ini adalah perlawanan ke 5 bagi Liverpool dan ke 4 bagi Spurs dalam musim 2011/2012 ini. Dalam misi menebus kekalahan dengan Stoke City minggu lalu, Liverpool juga ingin menghapuskan badi kekalahan 3 musim berturut2 di Stadium keramat Spurs ini.

Rekod pertemuan Liverpool menentang Spurs selama 3 musim yang lepas iaitu semenjak Harry Redknapp menjadi pengurus di Spurs ini dimiliki oleh mereka. Dimana dalam 6 pertemuan keseluruhan, Liverpool hanya memenangi 2 perlawanan yang dimenanginya di Anfield pada musim 08/09 dan 09/10 di bawah pengurus Rafael Banitez. Persoalannya, mampukah pasukan Liverpool memadamkan badi kekalahan di stadium White Hart Lane ini?.


Seminggu tanpa ada perlawanan boleh dikatakan persediaan yang cukup bagi Liverpool dibandingkan Spurs. Pasukan Spurs terpaksa mengharungi perlawanan Liga Eropah pada hari Khamis lalu menentang pasukan PAOK Salonika. Dalam perlawanan tersebut mereka hanya mampu seri tanpa jaringan. Tapi perlu diingat, mereka tidak menurunkan kesebelasan utamanya seperti Modric, Van der Vaart, Lennon, Defor dan Adebayor. Ini memberi gambaran bahawa mereka telah membuat perancangan rapi bagi menghadapi Liverpool.

Kita pastinya sedikit kecewa apabila perkhabaran dari Melwood mengatakan bahawa kapten fantastik kita Steven Gerrard masih belum sedia untuk diturunkan. Bagi memastikan beliau 100% cergas, Dalglish akan hanya menurunkan beliau pada perlawanan menentang Brighton dalam kejohanan Carling Cup pada hari rabu nanti. Dengan ketiadaan Gerrard ini, sudah pastinya tiada perubahan yang akan dilakukan oleh Dalglish di bahagian tengah dimana sudah pastinya Lucas dan Charlie Adam menjadi pilihan utama.

Skrtel pula mungkin sekali lagi digunakan dibahagian pertahanan kanan bagi mengantikan Johnson dan Kelly  yang masih cedera. Dari persembahan minggu lalu, berkemungkinan juga Bellamy akan diberi kepercayaan untuk mengisi posisi sayap kiri dimana Downing pula akan beraksi disebelah kanan. Sebenarnya dimana pun mereka berdua diletakkan tidak menjadi masalah, ini kerana kedua2 posisi ini, sering bertukar2 pemain ketika perlawanan berlangsung.


Walau siapapun yang diturunkan oleh Dalglish nanti, diharap dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Ini kerana pasukan Spurs ini bukanlah sebuah pasukan yang mudah untuk ditewaskan. Sudah pasti mereka juga ingin mencari kemenangan bagi mencari bekalan selesa. Ini kerana setakat 3 perlawanan yang mereka lalui, mereka hanya mengumpul 3 mata sahaja. Diharap Dalglish sudah menyediakan ramuan tersendiri untuk mengutip 3 mata penuh di "Super Sunday" nanti.

Barisan Kemungkinan Liverpool

Reina
Skrtel - Carragher - Agger - Enrique
Downing - Adam - Lucas - Bellamy
Kuyt - Suarez

Saksikan perlawanan ini secara langsung di :
Channel : Astro ESPN (812)
Hari : Ahad 18/09/2011
Preview Perlawanan : 7:30 malam
Sepak Mula : 08:25 malam

Profesionalnya Dalglish

Written By Unknown on Thursday, September 15, 2011 | 02:50

Semalam bertempat di pusat latihan Melwood, Kenny Dalglish, telah bertemu dengan Pengurus Besar Pegawai Profesional Game Match Bhd, Mike Riley. Perjumpaan ini selain membidas keputusan pengadil Mark Clattenberg ketika tewas dalam perlawanan menentang Stoke City Sabtu lalu, ia juga perbincangan untuk mempertingkatkan lagi kualiti pengadilan dalam sukan bolasepak.

Hasil perbincangan tersebut, Dalglish melahirkan rasa puas hatinya terhadap kerjasama yang ditunjukkan oleh Riley. Demi melindungi hak, Dalglish mewakili kelab menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap mutu pengadilan yang ditunjukkan. Ini bukan bermakna Dalglish tidak menyokong 100% keputusan pengadil, tetapi beliau mengharapkan agar pengadil dapat menjalankan tugas mereka dengan baik. Dalglish juga menyatakan bahawa beliau tidak juga meminta layanan istimewa tetapi biarlah setiap perlawanan itu diadili samarata.

Sememangnya mutu pengadilan yang adillah yang kita harapkan pada setiap perlawanan. Sekiranya kejohanan Eropah (UEFA Cup) boleh meletakkan 5 orang pengadil di dalam padang, mengapa tidak dilakukan pada peringkat domestik. Sukan lain mutu pengadilannya semakin lama semakin maju dibantu dengan alatan canggih. Tetapi sukan no. 1 di dunia seperti bolasepak masih ditakuk lama mutu pengadilannya. Perlukah terus terjadinya pengadilan yang berat sebelah. Kita telah senarai hitamkan Howard Webb dengan melebelnya pemain no. 12 pasukan setan merah. Adakah kita juga akan menyenarai hitamkan Mark Clattenberg?


Sebenarnya pertemuan dua mata antara Dalglish dan Mike Riley ini adalah suatu kerjasama yang baik dalam mempertingkatkan mutu pengadilan. Perbincangan adalah lebih baik dari memprotes tanpa mengikut prosuder yang betul. Kita sering lihat pengurus2 yang sering diambil tindakan diatas keterlanjuran mereka seperti Alex Ferguson dan Arsene Wenger yang kerap memprotes keputusan pengadil. Walaupun begitu kebiasaannya Alex Ferguson sering terlepas dari tindakan. Disini juga sudah tidak nampak dimana keadilannya.

Apapun tahniah Dalglish kerana menerima kekalahan tempohari dengan hati yang terbuka. Walaupun ia perit bagi kita, tetapi bagi Dalglish demi pembangunan masa panjang beliau terpaksa merelakannya dengan berharap kemajuan serta kepekaan pengadil dalam membuat sesuatu keputusan tidak menyinggung mana2 pihak.

Perlawanan ke 3 Piala Malaysia 2011 - Kuala Lumpur 0-0 Selangor

Written By Unknown on Wednesday, September 14, 2011 | 21:51

Perlawanan diantara dua jaguh bolasepak Lembah Klang ini nampaknya sama hebat dan sama kuatnya. Pertembungan Kuala Lumpur dan Selangor di stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi berkesudahan seri tanpa jaringan. Dengan keputusan seri ini, Selangor jatuh kembali ke tempat ke 3 selepas T-team melonjak kembali ke tangga ke 2 setelah mengalahkan PDRM 4-0.

Nampaknya tuah tidak berpihak kepada Selangor malam tadi. Walaupun menguasai perlawanan, tetapi ketumpulan jentera serangan serta kecekapan penjaga gol Kuala Lumpur Norazlan Razali berjaya menggagalkan beberapa percubaan merbahaya dari Red Giants. 4 mata dari 3 perlawanan adalah sesuatu perkara yang amat merisaukan kita kerana sepatutnya pasukan Selangor memperolehi 9 mata maksimum ataupun sekurang2nya 6 mata bagi memudahkan lagi mengharungi pusingan ke 2 nanti.

Diharapkan pada pusingan ke 2 yang bermula Sabtu ini menentang T-Team di Stadium Shah Alam dapat digunakan sebaik mungkin oleh skuad Red Giants. Mengejar kembali 9 mata maksimum pada pusingan ke 2 ini akan menjadi bekalan selamat untuk melayakkan diri ke saingan suku akhir.

SELANGOR: G Jeevananthan, Razman Roslan, Nasriq Baharom, Asraruddin Putra Omar, P Gunalan, Amirulhadi Zainal, Hardi Jaafar, Amri Yahyah (c) (Azidan Sarudin 84), Fitri Shazwan Raduwan (Safiq Rahim 52), Rudie Ramli (S Sritharan 72), Fadzli Saari.

Game 4 BPL 11/12 - Stoke City 1-0 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, September 11, 2011 | 19:31

Marah, bengang, sakit hati dan macam2 lagi yang buruk ingin disuara dengan ketidak puas hatinya kita dengan kekalahan pasukan kesayangan kita Liverpool di tangan Stoke City. Bukan ingin mengutuk mengenai The Reds, tetapi dengan mutu pengadil malam tadi serta corak permainan yang dipamerkan oleh Stoke City membuatkan kita panas hati. Beberapa insiden didalam kotak penalti seperti bola terkena tangan pemain Stoke hanya dibiarkan sahaja oleh pengadil tanpa memberi sepakan penalti yang sepatutnya.


Corak permainan ganas yang dipamerkan oleh skuad kendalian Tony Pulis ini agak menyukarkan pasukan kita untuk mencari gol. Selain telah terbinanya "kampung tersusun" oleh pemain2 Stoke dihalaman sendiri, menyukarkan lagi pemain2 kita untuk membuat gerakan ke dalam kotak penalti. Seperti sudah tertulis badi kekalahan di Britannia Stadium ini terus kekal, kehebatan penjaga gol Stoke Ashmir Begovic menyelamatkan beberapa percubaan membuatkan kita rasa terkilan. Apatah lagi 5 percubaan sekali gus dari Henderson dan Adam berjaya dipatahkan oleh beliau membuatkan kita sesak nafas.


Kita tidak sepatutnya mengalahkan Carragher kerana tindakan beliau menyebabkan pasukan Stoke dihadiahkan sepakan penalti. Ini kerana walaupun kita nampak Carragher tidak membuat tarikan kasar, tetapi apabila didalam kotak penalti, sudah pastinya keadaan demikian akan digunakan sepenuhnya oleh pemain Stoke untuk merebahkan badan bagi meraih simpati sepakan penalti.


Pada perlawanan ini juga Kuyt serta Henderson gagal menyerlah dimana gagal untuk menyumbang banyak gerakan kepada Suarez. Keadaan ini dapat dikesan oleh Dalglish dan mengeluarkan mereka berdua untuk digantikan oleh Carroll dan Bellamy. Setelah kemasukan mereka berdua, permainan lebih rancak tetapi nasib masih juga tidak menyebelahi Liverpool.


Walaupun The Reds kalah, kita semua tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh pemain2 kita. Begitulah bolasepak, walaupun pasukan menguasai permainan, tetapi belum menjamin kemenangan mutlak jika tidak diiringi dengan tuah.

Scoring Summary

Stoke City Liverpool
Jonathan Walters (pen 21')

Match Stats

Stoke City                     Liverpool

3(1) Shots (on Goal) 24(7)
13 Fouls 14
2 Corner Kicks 12
5 Offsides 1
27% Time of Possession 73%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
7 Saves 0

Teams

Stoke City Liverpool
Asmir Begovic25 Pepe Reina
20 Matthew UpsonDaniel Agger
17 Ryan Shawcross23 Jamie Carragher
12 Marc WilsonJosรฉ Enrique
Robert Huth37 Martin Skrtel
18 Dean Whitehead26 Charlie Adam
24 Rory Delap21 Lucas
26 Matthew Etherington19 Stewart Downing
16 Jermaine Pennant14 Jordan Henderson
25 Peter CrouchLuis Suรกrez
19 Jonathan Walters18 Dirk Kuyt
Substitutes
Glenn WhelanCraig Bellamy 39
29 Thomas SorensenGlen Johnson 2
28 Andy WilkinsonMaxi Rodrรญguez 11
Kenwyne JonesDoni 32
33 Cameron JeromeAndrew Carroll 9
40 Wilson PalaciosJay Spearing 20
30 Ryan ShottonSebastiรกn Coates 16
Substitutions
Andy Wilkinson for Robert Huth (65)Andrew Carroll for Dirk Kuyt (67)
Kenwyne Jones for Matthew Etherington (68)Craig Bellamy for Jordan Henderson (67)
Wilson Palacios for Rory Delap (71)Glen Johnson for Martin Skrtel (81)
Yellow Cards
Luis Suรกrez (90)
· Squads: Stoke City | Liverpool

p/s: Pakar penghayun kayu golf kita, Bellamy hampir hilang sabar dengan kerenah pemain2 Stoke ini. Nasib baik debut beliau bersama Liverpool FC tidak tercalar dengan sebarang kad. (Nasib baik juga tak ada yang makan kayu golf.)
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger