Headlines News :
.
Home » , » Game 28 BPL 11/12 -Liverpool 3-0 Everton

Game 28 BPL 11/12 -Liverpool 3-0 Everton

Written By Unknown on Wednesday, March 14, 2012 | 10:44

Kemunculan semula abang long Liverpool Steven Gerrard dalam kesebelasan utama telah membuatkan peminat tersenyum girang. Kembali selepas pulih dari kecederaannya, Gerrard telah berjaya menjaringkan hat-trick pada perlawanan awal pagi tadi untuk Liverpool membenam Everton 3-0 di Anfield. Musim ini raja Merseyside terus dimahkotakan kepada Liverpool setelah mencipta rekod kemenangan bersih terhadap musuh setempat Everton.

Seperti yang SG katakan sebelum ini, pertembungan awal pagi tadi sememangnya Liverpool terus mendominasikan permainan. Jika sebelum ini walaupun Liverpool beraksi baik tetapi gagal menyempurnakan penyudah yang terhidang, kehadiran Gerrard membuktikan bahawa beliau adalah aset penting dalam operasi pemusnah pihak lawan. Jika diikutkan peluang yang terhidang, seperti biasa Liverpool bakal kenduri gol pada perlawanan ini. Malangnya Suarez dan Carroll terus gagal untuk memecah kebuntuan dihadapan gol. Tetapi pujian seharusnya diberikan kepada Suarez. Dua gol jaringan Gerrard adalah berpunca dari hantaran beliau.


J. Spearing dan Martin Kelly terus menunjukkan perkembangan positif. Kepercayaan yang diberikan oleh Dalglish terhadap mereka digunakan secukupnya untuk menjadi antara pelaburan yang baik pada masa depan. Malangnya kegugupan didalam kotak penalti membuatkan Kelly terlepas beberapa peluang untuk menjaringkan gol walaupun hanya berhadapan dengan Tim Howard. Aksi2 keras terus berlaku pada pertembungan ini. Pengadil perlawanan Philip Dowd terpaksa melayangkan 5 kad kuning dimana 1 untuk Jose Enrique dan empat untuk pemain Everton.

Apapun 3 mata telah diperolehi untuk merapatkan kembali jurang mata dengan pasukan ketiga liga. Walaupun masih jauh2 untuk mengejar pasukan atas, tetapi sekiranya pemain2 terus berusaha mencipta kejayaan, sudah pastinya tempat ke Champion League musim hadapan akan menjadi habuannya. YNWA..

Scoring Summary

Liverpool Everton
Steven Gerrard (34') 
Steven Gerrard (51') 
Steven Gerrard (90') 

Match Stats

Liverpool                            Everton
16(9) Shots (on Goal) 8(2)
6 Fouls 9
4 Corner Kicks 4
5 Offsides 2
51% Time of Possession 49%
1 Yellow Cards 4
0 Red Cards 0
2 Saves 6

Teams

Liverpool Everton
25 Pepe Reina24 Tim Howard
37 Martin Skrtel15 Sylvain Distin
23 Jamie CarragherPhil Jagielka
José EnriqueLeighton Baines
34 Martin KellyTony Hibbert
20 Jay Spearing26 Jack Rodwell
Steven Gerrard25 Marouane Fellaini
19 Stewart Downing22 Steven Pienaar
14 Jordan Henderson23 Seamus Coleman
Andrew Carroll11 Denis Stracqualursi
Luis Suárez28 Victor Anichebe
Substitutes
18 Dirk KuytTim Cahill 17
38 John FlanaganLeon Osman 21
11 Maxi RodríguezPhil Neville 18
32 DoniJohn Heitinga 5
26 Charlie AdamNikica Jelavic 7
33 Jonjo ShelveyRoyston Drenthe 10
16 Sebastián CoatesJan Mucha 1
Substitutions
Dirk Kuyt for Jordan Henderson (73)Nikica Jelavic for Victor Anichebe (61)
 Leon Osman for Denis Stracqualursi (62)
 Royston Drenthe for Seamus Coleman (62)
Yellow Cards
José Enrique (90)Steven Pienaar (56)
 Leighton Baines (78)
 Royston Drenthe (84)
 Tony Hibbert (90)
· Squads: Liverpool | Everton
Premier League
20:00 +00:00, March 13, 2012
Anfield, England
Referee: Philip Dowd


Share this article :

1 comment:

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger