Headlines News :
.
Home » , » Game 29 BPL 11/12 - QPR 3-2 Liverpool

Game 29 BPL 11/12 - QPR 3-2 Liverpool

Written By Unknown on Thursday, March 22, 2012 | 20:55

Penyakit lama pasukan Liverpool berjangkit kembali. Begitulah kisahnya ketika menentang skuad kelas bawahan seperti QPR yang sebelum perlawanan menduduki tangga ke 18 liga. Seperti satu trend kepada Liverpool apabila menjadi harimau ketika menentang pasukan pilihan, tetapi hilang taring bila bertemu kelab2 lemah. Adakah sikap terlalu memandang rendah dan terlalu yakin terhadap pasukan bawahan ini menjadi punca kegagalan.

Sebelum perlawanan lagi, ramai yang mempertikaikan kesebelasan utama Liverpool. Adam diletakkan diposisi sayap kiri sementara Downing sebelah kanan dan Kuyt bergandinagn dengan Suarez. Seperti yang kita ketahui, sejak akhir2 ini, Adam sudah tidak lagi dipercayai oleh peminat2 semenjak kehadiran Spearing bergandingan dengan Gerrard. Begitulah yang terjadi apabila Adam terus gagal mempamerkan aksi terbaiknya.

Ni saja buat penawar duka. Gol tercantik dari Coates.

30 minit pertama Liverpool seakan dapat menjaringkan sekurang2nya 2 gol. Tetapi kegopohan  di hadapan gawang, menyebabkan kita berputih mata sebelum QPR kembali bangkit untuk menjadikan perlawanan lebih seimbang. Sebastian Coates yang masuk mengantikan Kelly yang cedera, telah menjaringkan gol tercantik pada masa kedua. Rembatan guntingnya terus menerjah jaring tanpa dapat diselamatkan oleh Patrick Kenny. Dirk Kuyt yang telah membuat penampilannya ke 200 bersama Liverpool pada perlawanan ini juga tidak menghampakan apabila menjaringkan gol kedua. Gol berpunca dari bola muntah Kenny hasil dari rembatan deras Stewart Downing terus disudahkan oleh kuyt untuk menjadikan kedudukan 0-2.

15 minit terakhir segalanya berubah. Mengeluarkan Suarez untuk digantikan Carrol telah memakan diri sendiri. Pemain2 QPR tiba2 seakan mendapat tenaga baru apabila terus mengasak untuk menjaringkan 3 gol. Dua gol melalui tandukan Patrick Kenny dan Djibril Cisse menjadikan seakan2 keputusan seri bakal tercipta. Malangnya diwaktu2 kecederaan, Jamie Mackie menjadi wira QPR apabila menghukum kesilapan Jose Enrique yang gagal menyepak kemas bola lalu disudahkan dengan cemerlang sekali dikala Reina sudah tidak mampu berbuat apa2. Malam yang menduka citakan. Itu sahaja yang mampu diungkap.

Ni ler keje Adam, lain yang disuruh buat, lain pula yang dipraktikkan.

Berbaki sembilan perlawanan, adakah masih mampu Liverpool untuk mengejar kelompok 4 terbaik liga sambil mengharapkan kekalahan yang bakal berlaku pada pasukan tangga teratas. Harap kita jangan bermimpi disiang hari. Lupakan Champion League untuk musim depan. Fokus kepada Piala FA yang lebih cerah masa depan. YNWA...

p/s: Terasa lebih siksa bila kalah pada perlawanan yang dilangsungkan ketika waktu pagi berbanding malam. Dahlah kalah, mengantuk nak pergi kerja lagi. Itu belum lagi ditambah dengan bengang dan kutukkan kawan2. Apa ler nasib....




21-03-12 by thekopinth

Scoring Summary

Queens Park Rangers Liverpool
Shaun Derry (77')Sebastián Coates (54')
Djibril Cissé (86')Dirk Kuyt (72')
Jamie Mackie (90')

Match Stats

Queens Park Rangers       Liverpool
12(5) Shots (on Goal) 19(7)
8 Fouls 7
7 Corner Kicks 17
1 Offsides 4
43% Time of Possession 57%
0 Yellow Cards 0
0 Red Cards 0
5 Saves 2

Teams

Queens Park Rangers Liverpool
Patrick Kenny25 Pepe Reina
35 Anton Ferdinand37 Martin Skrtel
42 Nedum Onuoha23 Jamie Carragher
13 Armand TraoreJosé Enrique
18 Luke Young34 Martin Kelly
Samba Diakité26 Charlie Adam
Shaun DerrySteven Gerrard
Adel Taarabt20 Jay Spearing
17 Joey Barton18 Dirk Kuyt
52 Bobby Zamora19 Stewart Downing
23 Djibril CisséLuis Suárez
Substitutes
32 Shaun Wright-PhillipsFabio Aurelio 6
10 Jay BothroydJohn Flanagan 38
Daniel GabbidonDoni 32
24 Radek CernyAndrew Carroll 9
34 Taye TaiwoJonjo Shelvey 33
14 Ákos BuzsákyJordan Henderson 14
12 Jamie MackieSebastián Coates 16
Substitutions
Taye Taiwo for Armand Traore (45)Sebastián Coates for Martin Kelly (34)
Jamie Mackie for Joey Barton (62)Jordan Henderson for Charlie Adam (45)
Ákos Buzsáky for Djibril Cissé (88)Andrew Carroll for Luis Suárez (82)
· Squads: Queens Park Rangers | Liverpool

Share this article :

1 comment:

  1. aku rasa semalam silap pecaturan lagi...

    tang kelly mungkin tak boleh buat apa lah...

    tapi tang tukar suarez tu memang tak bleh blah lah...sgt pasif...aku tgk game tu dapat rasa sayap kanan dan kiri kurang berkesan inikan pi masukan carrol yang jenis duduk satu tempat tunggu bola mai betul2 kat kepala.

    secara peribadi aku rasa kalau gatai sgt nak kuar kan suarez sepatutnya tolak ajer kuyt kat atas dan masukan player tengah gantikan tempat kuyt,

    tgk sub maxi tarak...

    hendo tukar adam 2kali 5 jer... kalau aku baik try jonjo

    liverpool punya pertukaran sgt predictable... pengurus mcm hughes pon boleh baca liverpool punya permainan...

    kecederaan johson, agger, kelly nampaknya dah beri masalah pada Liverpool

    dan Reina tidur game semalam..


    dah boleh lupakan CL... bagi pendedahan secukupnya untuk player muda...dan kejar betul FA cup...

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger