Headlines News :

BERSIH 3.0 - Adakah benar-benar bersih?

Written By saleehs gerrard on Sunday, April 29, 2012 | 19:25

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dah lama rasanya SG tak berkecimpung dalam bidang politik di blog SG ini. Bukannya dah tak berminat ataupun ambil tahu mengenai aktiviti serta perang saraf yang berlaku di arena politik negara sekarang ni, tetapi memandangkan hari kehari kita dihidangkan dengan politik kotor, membuatkan kita naik muak dan loya untuk mendengar kisah-kisah serta skandal-skandal terbaru ahli politik Malaysia hari ini.

Sempena selesainya majlis gilang gemilang yang telah dianjurkan oleh Pakatan Rakyat (PR) dan badan bukan NGO semalam, SG ingin meluahkan apa yang tersirat didalam hati ini mengenai BERSIH 3.0 ini. BERSIH 3.0 adalah kesinambungan siri BERSIH dan BERSIH 2.0 yang juga telah dilangsungkan dengan jayanya pada tahun-tahun sebelum ini. Sememangnya SG akui, ketika2 program BERSIH ini, memang satu pun SG tak ikut serta. Untuk kali pertama SG pun tak ingat kenapa SG tak ikut, tetapi yang kedua sudah pastilah dihari yang sama ketika itu, ibu mertua SG meninggal dunia dan yang ketiga ini dah memang tawar hati nak berdemo-demo ni. Bukan apa, dipendekkan cerita SG ni orang reformasi sebab masa reformasi je dulu memang tak pernah terlepas menyertainya tapi bila BERSIH ni pula bagilah muka-muka baru yang rasa dirinya seorang pejuang.


Disini SG bukanlah nak puji habis dengan program BERSIH 3.0 semalam ni dan bukan juga nak kutuk habis apa yang berlaku. Tetapi kejadian semalam seluruh dunia mengetahui apa yang berlaku semalam. Sememangnya kita akan berniat baik untuk melakukan demo sebelum berlangsungnya program tersebut, tetapi nak mengawasi ratusan ribu pengikut bukanlah suatu kerja mudah oleh penganjur apatah lagi pihak berkuasa seperti polis dan FRU. Risiko untuk berlaku rusuhan terlalu tinggi lagi-lagi apabila peserta demo dijulapkan dengan bunga-bunga api kemarahan.


Sememangnya SG akui, SG adalah seorang yang lebih berhaluan kiri iaitu antara penyokong PR. Tetapi ini tidak bermakna apa yang di usulkan serta dibuat oleh PR ni SG sokong 100% dan apa yang kerajaan BN ni buat aku benci 100%. Apa yang SG tekankan disini, SG lebih memandang apa yang orang-orang politik ni boleh bagi kepada rakyat dari segi ekonomi, agama, masyarakat dan segalanyalah. Bukan hanya sekadar janji meraih undi atau gula-gula untuk mengenang jasa. Pokok pangkalnya walau parti manapun memerintah, sememangnya tugas mereka untuk memajukan dan menjaga keharmonian negara ini. Jadi tak perlulah nak cakap saya dah buat ini, saya dah buat itu. Rakyat ada mata untuk menilai prestasi sesebuah parti. Setakat ini bagi SG kerajaan yang terbaik sudah tentulah kerjaaan PR Selangor sekarang. Pengurusan yang cekap membuatkan negeri bertambah kaya dan hasilnya dinikmati bersama oleh rakyat. Jadi SG pun malas nak sanjung tinggi-tinggi, biarlah diri masing-masing menilai apa yang telah dilakukan kerajaan Negeri Selangor dalam masa 4 tahun ini dalam menampal segala lubang-lubang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan lama.


Alamak dah terlobi lebih pula. SG u-turn balik kepada topik asal tadi. Sebenarnya SG fikir adakalanya demo-demo ini banyak keburukan dari kebaikannya. Seperti yang terjadi semalam, SG nak komen lebih-lebih pun SG tiada di tempat kejadian semalam. Di internet dan laman-laman sosial ada bermacam-cerita yang timbul. Mana-mana yang kreatif tu, siap edit-edit lagi gambar dan video untuk menambah-nambahkan lagi bahang suasana. Jadi itulah antara risiko besar yang perlu dihadapi. Dalam kelompok ramai-ramai tu, sudah tentu ada masyarakat berbilang kaum, berbilang parti dan berbilang kumpulan. Jadi masing-masing yang menyertai perhimpunan tersebut mempunyai agenda dan niat yang suci dan tersembunyi. Apabila ada yang menyalakan api kemarahan terutamanya pakar-pakar motivasi (provokasi) ni, sudah tentulah minyak petrol akan ditambah-tambah untuk memarakkan lagi api tersebut . Maka terjadilah seperti kereta polis terbalik, pukul polis, dan sebagainya.

Nak salahkan polis, pun tak boleh sangat sebab mereka makan gaji dan mengikut arahan pihak atasan. Nak marah pakar motivasi pun, kita kurang bukti kukuh untuk menyatakan mereka walaupun hakikatnya merekalah punca segala-galanya. Tapi yang peliknya, Kerajaan Malaysia dah suruh pun guna stadium Bukit Jalil, tetapi kenapa tak nak. Nak juga buat kat KL. Bukankah itu salah satu petanda memang saja nak wat hal. Adakalanya kita perlu bertolak ansur dan bertimbang rasa untuk kepentingan semua. Kerana disebalik kekerasan hati sesorang ada pihak yang lain akan menangguk di air yang keruh. Sedikit sebanyak rakyat akan menilai apa yang digembar gemburkan oleh kerajaan berbanding fakta yang kita keluarkan. Jadi adakah dengan perhimpunan bersih ini kita yakin PR akan ke Putrajaya?


Bila cerita bab melayu, memang SG sedih kerana melayu terus ketinggalan dibumi sendiri. Bangsa melayu selalu dipergunakan untuk kepentingan individu sendiri samaada sebangsa ataupun berlainan. Mungkin rasanya tak salah kalau SG cakap bangsa melayu masih jauh mundur dari bangsa-bagsa lain didunia ini akibat pertelagahan sesama sendiri. Tapi bila diingatkan kembali, bangsa Amerika sewaktu dulu juga adalah antara bangsa yang termundur dan mereka juga sering melakukan konflik sesama bangsa. Tetapi apabila mereka mengenal erti sepakat dan keagungan bangsa, akhirnya mereka berjaya membuang tabiat pergaduhan sesama bangsa sendiri ini. Lihat hari ini, bangsa mereka sudah jauh kehadapan apabila mereka tahu apa itu erti sepakat dan berjaya menjadi bangsa yang kuat dimuka bumi ini. Adakah bangsa melayu mampu menjadi seperti ini.


Apapun yang buruk kita hindarkan yang elok kita contohi. Barisan Nasional telah membuktikan bahwa mereka bagus memerintah dan kita perlu kenang jasa mereka. Oleh itu jom kita tolak PR. (Bukankah pangkah (X) = tolak atau tidak suka) Apalagi mari kita pangkah PR sebagai tanda penolakan kita di kertas undi PRU 13 nanti.



----> Anda ada akal yang waras telah diberi oleh Allah, maka fikirlah dengan sebaik-baikya sebelum membuat sebarang keputusan.....

Game 35 BPL 11/12 - Norwich 0-3 Liverpool

Perlawanan malam tadi adalah malam milik penyerang Liverpool Luis Suarez. Beliau adalah wira pasukan apabila berjaya menghasilkan jaringan hattrick untuk memberi kemenangan mutlak kepada Liverpool 3-0 menewaskan Norwich City di Carrow Road.

Walaupun kemenangan ini tidak mengubah kedudukan Liverpool di tangga ke-8, tetapi ia cukup bermakna bagi pasukan dan peminat setia selepas dilanda duka pada perlawanan menentang West Brom Ahad lalu. Apatah lagi sebagai persediaan pasukan menjelang perlawanan akhir piala FA minggu hadapan, ia menjadi tonic untuk menguatkan barisan pemain yang selama ini tenggelam akibat ketandusan jaringan gol.


Pada perlawanan ini, Dalglish telah membuat sedikit rombakan pada kesebelasan pemainnya. Tidak menurunkan Carroll, Skrtel dan Spearing, Dalglish telah menguji beberapa gandingan muka baru dan lama untuk mencari persefahaman yang lebih jitu. Carragher berpasangan dengan Agger, sementara Gerrard kembali diturunkan selepas pulih dari kecederaan untuk digandingkan dengan Jonjo Shelvey. Sememangnya diawal2 perlawanan, kita disaksikan perlawanan bosan dari kedua-dua pasukan. Kedua-dua pasukan nampak lebih berhati-hati untuk membuat serangan walaupun perlawanan masih lagi dikuasai oleh Liverpool walaupun tidak sepenuhnya.


Tetapi itulah yang SG perkatakan sebelum ini. Membuat perancangan untuk menyerang dengan lebih bersistematik, sudah pasti dapat menghasilkan keputusan yang lebih baik berbanding membuat serangan secara melulu. Mungkin sudah tuah Suarez, 2 rembatan derasnya pada separuh masa pertama telah berjaya menghasilkan 2 jaringan. Tetapi sudah pasti gol ke-3 nya menjadi bualan hangat peminat-peminat bolasepak. Percubaan ala-ala Xabi Alonson dari kawasan berhampiran bulatan tengah padang, Suarez membuat sepakan terus jarak jauh dan gagal diselamatkan oleh penjaga gol Norwich John Ruddy. Memang terbaik aksi beliau malam tadi.


Selepas ini, sebelum menuju ke aksi akhir di Wembley, Liverpool sekali lagi berpeluang untuk menguji kemampuan sebenar pasukannya apabila akan melengkapkan jadual perlawanan ke 36 di Anfield untuk menentang pasukan bimbingan Martin Jol Fulham. Diharap perlawanan yang akan dilangsungkan pada awal pagi Rabu nanti Liverpool memperolehi kemenangan lagi untuk menjamin moral dan semangat yang kental menuju ke Wembley. YNWA..


Video Highlight perlawanan



Norwich City vs Liverpool 0-3 (04/18/12) by kofiswag

Scoring Summary

Norwich City Liverpool
Luis Suárez (24')
Luis Suárez (28')
Luis Suárez (82')

Match Stats

Norwich City                                                                                                                     Liverpool
9(1) Shots (on Goal) 16(5)
9 Fouls 4
5 Corner Kicks 7
2 Offsides 5
44% Time of Possession 56%
4 Yellow Cards 0
0 Red Cards 0
2 Saves 1

Teams

Norwich City Liverpool
John Ruddy25 Pepe Reina
22 Elliott WardDaniel Agger
33 Ryan Bennett23 Jamie Carragher
Adam DruryJosé Enrique
25 Kyle NaughtonGlen Johnson
Bradley Johnson33 Jonjo Shelvey
15 David Fox14 Jordan Henderson
24 Jonathan HowsonSteven Gerrard
12 Anthony Pilkington39 Craig Bellamy
17 Elliott Bennett19 Stewart Downing
Steve MorisonLuis Suárez
Substitutes
21 Aaron WilbrahamDirk Kuyt 18
Grant HoltMaxi Rodríguez 11
14 Wesley HoolahanMartin Skrtel 37
11 Andrew SurmanDoni 32
Russell MartinJay Spearing 20
James VaughanMartin Kelly 34
31 Jed SteerSebastián Coates 16
Substitutions
Russell Martin for Adam Drury (12)Sebastián Coates for Steven Gerrard (85)
James Vaughan for David Fox (45)Dirk Kuyt for Luis Suárez (85)
Grant Holt for Steve Morison (76)
Yellow Cards
Elliott Ward (43)
Jonathan Howson (45)
James Vaughan (66)
Ryan Bennett (71)
· Squads: Norwich City | Liverpool

Premier League
16:30 +00:00, April 28, 2012
Carrow Road, England

Preview : Game 35 BPL 11/12 - Norwich vs Liverpool

Written By saleehs gerrard on Friday, April 27, 2012 | 22:27

Tengah malam esok, Liverpool akan bertandang ke Carrow Road untuk menentang skuad tuan rumah Norwich City. Perlawanan ke 35 dalam pertandingan liga Premier musim ini sebenarnya tidak memberi sebarang erti bagi Liverpool melainkan untuk meningkatkan stamina menjelang perlawanan akhir FA Cup nanti.

Seminggu tanpa perlawanan, kita dihidangkan dengan perlawanan piala Eropah yang menyaksikan tersungkurnya 2 wakil  dari Sepanyol. Bukanlah SG disini ingin mengulas mengenai perlawanan Eropah tersebut, tetapi corak permainan yang dipertontonkan oleh pasukan Sepanyol terbabit ada persamaannya dengan Liverpool seperti yang SG ceritakan sebelum ini (klik sini). Sehingga kini, corak permainan sedemikian terus menjadi mainan dalam kotak fikiran SG ini.


Sewaktu dulu kita amat berbangga dengan pasukan Norwich ini apabila di jersi mereka terpampang jenama Lotus dan Proton. Malangnya selepas setahun tajaan tersebut, pasukan ini terjerumus ke liga divison bawahan. Musim ini mereka kembali lagi ke liga Premier dan perlawanan mereka menentang Liverpool di Anfield berkesudahan dengan seri 1-1. Jika kita kaji rekod perlawanan ketika itu, walaupun Liverpool mempamerkan aksi yang memberansangkan, tetapi posisi bola masih boleh dikirakan seimbang. Mungkin hanya disebabkan nasib yang tidak menyebelahi ketika itu akibat bola lebih banyak terkena palang dan tiang gol. Disitu kita dapat lihat Norwich ini sebenarnya adalah pasukan yang lebih memperkenalkan tektik bertahan dan akan menyerang apabila ada peluang sama seperti yang berlaku ketika perlawanan menentang West Brom Ahad lalu. Jadi apakah persediaan pasukan Liverpool untuk perlawanan ini.


Dalam melalui sisa-sisa penghujung musim, Dalglish sepatutnya mengubah sedikit corak permainan sedia ada dimana sikap kegopohan dalam aksi menyerang dan kegagalan untuk kembali mempertahankan kubu perlu ditekankan dan diperkemaskan lagi. Teknik banyak membuat hantaran lintang mencari kepala Carroll sebenarnya adalah tektik yang dianggap sudah tidak sesuai diguna pakai. Ini kerana kebayakan pasukan yang kita temui, mereka sudah dapat membaca tektik lapuk Liverpool ini dan akibatnya mereka mudah untuk mematahkan segala serangan yang dicipta oleh pemain kita dan segera membuat tindak balas untuk membuat jaringan hasil dari serangan pantas. Jadi keputusan untuk terus melakukan serangan yang kurang berkesan sebenarnya banyak mengundang padah ketika bertemu pasukan yang mempamerkan aksi bertahan. Itu sebabnya kita selalu hampa apabila bertemu pasukan bawahan dan berjaya apabila menentang pasukan atasan yang juga mempamerkan aksi menyerang.

Pokok pangkalnya, SG masih mengharapkan Dalglish untuk terus menurunkan tenaga-tenaga muda menjadi kesebelasan utama esok. Selain Spearing dan Henderson, SG sangat berharap Dalglish dapat menurunkan kesebelasan seperti ketika menentang Blackburn lalu. Kita nampak kemajuan serta semangat juang yang tinggi telah ditunjukkan oleh pemain-pemain ini dan ini adalah antara perkembangan positif dalam proses mencetak pemain-pemain muda yang berkualiti untuk jangka masa panjang. Selain memberi peluang kepada pemain muda, ia juga dapat memberi rehat yang cukup untuk menjamin kecergasan 100% kepada skuad utama menjelang pertemuan dengan Chelsea minggu hadapan nanti. Menang 1-0 sudah memadai, kalau dapat lebih itu adalah lebih baik. YNWA...

Norwich City vs Liverpool
Ahad - 29 April 2012 ( Malam Minggu)
Kick Off : 12:30 AM
Channel : ASTRO Super Sports 3 (817)
               : ASTRO Super Sports HD (831)
Live Streaming : LINK 1  LINK 2  LINK 3  LINK 4  LINK 5  LINK 6  LINK 7  LINK 8



Hebatnya Liverpool dalam percubaan ke tiang gol

Written By saleehs gerrard on Thursday, April 26, 2012 | 12:03


Berikut ini adalah video antara punca utama kegagalan pemain2 Liverpool gagal untuk menjaringkan gol. Video Youtube selama 4:03 minit ini memaparkan bagaimana sepakan dan percubaan pemain Liverpool yang terkena tiang dan palang sepanjang musim 2011/2012 ini. Ia adalah antara kajian dan suntingan oleh peminat Liverpool sendiri yang bergelar LiverpoolFC FansCorner. Terima kasih kerana berjaya membuat analisis ini sebagai tontonan peminat teristimewanya pemain-pemain Liverpool dan Dalglish sendiri.

30 kali bola yang sepatutnya menerjah jaring, hanya mampu hinggap di palang dan tiang sahaja. Mungkin Liverpool perlu kemukakan rayuan kepada FA England untuk meminta insiden-insiden ini dikira sebagai gol. emmm. boleh ke? Kalaulah boleh, dah sah Liverpool juara EPL musim ni. hahhahah. Jom tengok aksi yang menyakitkan hati ini. Enjoy......


Untuk pengetahuan, aksi-aksi ini adalah ketika berlangsungnya perlawanan Premier League dan tidak termasuk FA cup serta Carling Cup. Hebat tak? Bukan senang woooo nak tuju tiang dengan palang. Padahal ruangan jaring lagi lebih luas terbentang. Sabar je ler..

Zaman kejatuhan Barcelona

Written By saleehs gerrard on Wednesday, April 25, 2012 | 15:28

Walaupun menguasai perlawanan 82% sehingga hanya penjaga gol sahaja di kawasan sendiri dan yang lain sibuk menyerang. Walaupun berpuluh cubaan gol termasuk penalti diterbitkan tetapi tiang, palang dan kaki-kaki pemain jadi penghalang. Walaupun menentang lawan yang bermain 10 orang, belum tentu boleh seri apatah lagi menang. Itulah kisah sedih yang melanda pasukan Barcelona apabila diaibkan oleh Chelsea pada saingan separuh akhir liga juara-juara awal pagi tadi.

Sebenarnya bukanlah nak cerita sangat untuk membangga-banggakan Chelsea atau membangang-bangangkan Barcelona, tetapi sebelum nak mengeluh lebih mendalam, baik kita selit-selitkan sikit kisah penderitaan dan kezaliman kedua-dua pasukan tersebut. Sebelum perlawanan masing-masing membayangkan Chelsea bakal jadi lauk sama seperti nasib yang melanda Arsenal tahun lalu. So awal-awal perlawanan, memang nampak macam nak jadi. Lagi-lagi selepas Sergio Busquets menjaringkan gol awal, Terry dilayangkan kad merah bila buat kerja bodoh apabila melututkan punggung si Alexis Sanchez dengan sengaja. Padahal ketika kejadian, bukanlah diwaktu perebutan bola. Nak tunjuk gengster ler konon. Bola dah lawan 10 orang, mmg pastilah Chelsea kena lauk besar2an. So gol kedua dari Iniesta pun muncul.


Tapi malang, disebalik gembira berkelebihan untuk mengayamkan Chelsea, terlepas seekor ayam hitam Ramires untuk menjaringkan gol penyelamat. Aggregat 2-2 dengan Chelsea berkelebihan jaringan tempat lawan membuatkan separuh masa kedua, semua pemain Chelsea berkampung seperti ada pesta keramaian. Bayangkan hanya tinggal Victor Valdes saja yang ada kat kawasan sendiri, yang lain termasuk Puyol join menyerang. Tapi nasib malang memang dah nampak awal-awal lagi. Messi yang dapat sepak penalti pun, tendang bola ke tiang. Tu belum lagi beberapa percubaan yang senasib macam tu gak. Dipendekkan cerita, diwaktu-waktu sakaratul maut hampir tiba, terlalu aggresif menyerang, terlupa pula Barcelona akan ayam termahal dalam liga Inggeris iaitu Torres yang bijak mencuri ayam dan hanya bertentangan dengan Valdes keseorangan untuk mudah memberikan gol kemenangan. Glamer dan dipuja-puja untuk seketika si pembelot ini.

Kesimpulannya, Barcelona telah melalui 3 perlawanan sepanjang 7 hari ini dimana kesemua perlawanan terbabit mereka menguasai perlawanan dan kesudahannya mereka tewas. Jadi ada tak persamaan dengan Liverpool. Berapa banyak perlawanan yang Liverpool menguasai perlawanan, tapi palang, tiang dan tak pandai buat penyudah membuatkan kalah akibat kena Counter Strike. Tak payah pergi jauh-jauh cukuplah perlawanan menentang West Brom Ahad lalu. Bagai nak rak menyerang, akhirnya kantoi dengan serangan balas hasil dari kesilapan Johnson.


Disini bukanlah nak takut dengan kebangkitan mendadak Chelsea dan keajaiban Di Matteo, tetapi sekiranya corak perlawanan sebegini masih dipratikkan oleh Dalglish dan pemain-pemainnya, maka lupakan piala FA dan tittle juara berganda. Sekiranya nak menang, Dalglish perlu kaji apa yang dah melanda Liverpool dan terjadi kepada Barcelona. Di Matteo pasti sudah mengkaji 3 kekalahan berturut-turut yang mereka alami semenjak Dalglish menjadi pengurus walaupun ketika itu Matteo bukanlah pengurusnya. Mungkin pada firasat SG, Chelsea akan mengurangkan corak menyerang dengan lebihkan kepada bertahan untuk mudah sesekali membuat serangan pantas hasil dari kealpaan pemain Liverpool. Kalau tak percaya, tengok statistik 3 perlawanan (EPL 10/11, EPL 11/12, Quater Carling Cup 11/12) tersebut dimana ketiga-tiga perlawanan itu dikuasai Chelsea lebih dari 55%. Jadi Di Matteo sudah ada teorinya. Adakah Dalglish masih berdiam diri? Tunggu jawapannya di Final FA Cup 5 May nanti. YNWA....

p/s: Barca jatuh tanpa piala musim ini. Begitu juga MU yang masih terawang mengharapkan belas ikhsan Man. City. Tapi mereka masih lagi boleh membanggakan piala Comunity Shield di awal musim yang dimenangi. Chelsea masuk dua final, belum tentu boleh mendakap kedua2nya. Arsenal lagilah macam mesin buruk yang kuat bunyinya dari productionnya. So Liverpool saja yang masih teguh selepas ada piala cikai Carling. Harap tak terlepas ler piala tertua ini yer.....


Game 34 BPL 11/12 - Liverpool 0-1 West Bromwich

Written By saleehs gerrard on Monday, April 23, 2012 | 11:21

Roy Hodgson tersenyum puas apabila melihat kejayaan anak2 buahnya mengalahkan Liverpool 0-1 pada perlawanan malam tadi. Lebih manis lagi bagi beliau adalah berjaya mengecewakan peminat setia Liverpool di halaman sendiri bagi membalas dendam kutukan dan macian terhadapnya setahun yang lalu sewaktu menjadi pengurus di Anfiled. Ini adalah kemenangan kedua Hodgson dalam siri 3 pertemuan semenjak Dalglish merampas kerusi pengurus darinya.

Adakalanya menguasai 3/4 perlawanan belum menjamin kemenangan. Kita lihat ketika Chelsea menundukkan Barcelona dalam Liga Juara2 serta Barcelona tewas kepada Real Madrid dalam La liga. Kedua2 perlawanan tersebut dikuasai lebih 70% penguasaan bola oleh Barcelona, tetapi mereka tetap juga kalah.  Begitulah nasib ceritanya yang terjadi kepada Liverpool pada perlawanan ini. Ben Foster yang selama ini mudah melepaskan bola, bukan main cekap pula menangkis serta menafikan percubaan Liverpool. Sememangnya sudah menjadi kemestian bahawa sesiapa sahaja penjaga gol lawan yang bermain di Anfield pasti akan berusaha bermati-matian menyelamatkan gawang mereka.

Kalau tak tiang, palang pula bola tu tuju. Adoiii

Latihan yang ditekankan untuk tidak menyepak bola kearah tiang dan palang gol masih lagi gagal untuk diterjemahkan. Dengan kawasan penalti penuh pemain2 West Brom berkampung seperti ada kenduri kahwin, sememangnya amat menyukarkan Suarez, Carroll, Maxi dan lain2 untuk melepasi halangan. Tapi macam biasa, disebabkan leka menyerang, pasti terlupa nak kunci rumah yang ditinggalkan. Serangan balas yang sentiasa menjadi igauan musim ini sekali lagi menjadi punca kita merelakan West Brom berpesta malam tadi.

Abang Long yang gelisah tengok permainan rakan2nya.

Apapun nasib baik tiada apa lagi yang perlu dikejarkan dalam liga Premier musim ini. Baki2 perlawanan yang tinggal hanyalah sekadar pelengkap jadual serta memantapkan lagi pasukan menjelang perlawanan akhir piala FA pada awal bulan depan. Jadi tak perlu tekan punat panik kerana segala percaturan dan kekalah hanya Dalglish yang memahami. Tugas kita hanya sokong saja. Bukan kena bayar pun kan.

Adakalanya keputusan berpura2 tergolek lebih baik berbanding betul2 dijatuhkan.

p/s: Bila diingat2 balik, 3 perlawanan sebelum ini tanpa Reina, Liverpool seri sekali dan menang 2 kali. Emmm.. agak2 apa yang tak kena yer....

Scoring Summary

Liverpool West Bromwich Albion

Peter Odemwingie (75')

Match Stats

Liverpool                                                                                                       West Bromwich Albion
30(6) Shots (on Goal) 9(3)
12 Fouls 8
15 Corner Kicks 3
2 Offsides 4
63% Time of Possession 37%
2 Yellow Cards 0
0 Red Cards 0
2 Saves 6

Teams

Liverpool West Bromwich Albion
25 Pepe ReinaBen Foster
Daniel AggerJonas Olsson
37 Martin Skrtel23 Gareth McAuley
José EnriqueLiam Ridgewell
Glen Johnson28 Billy Jones
20 Jay Spearing17 Graham Dorrans
14 Jordan Henderson21 Youssuf Mulumbu
11 Maxi Rodríguez14 Jerome Thomas
18 Dirk Kuyt11 Chris Brunt
Andrew CarrollShane Long
Luis Suárez24 Peter Odemwingie
Substitutes
23 Jamie CarragherKeith Andrews 8
39 Craig BellamyNicky Shorey 20
19 Stewart DowningPaul Scharner 33
32 DoniMarton Fulop 13
33 Jonjo ShelveySomen Tchoyi 5
34 Martin KellyCraig Dawson 25
16 Sebastián CoatesSimon Cox 31
Substitutions
Craig Bellamy for Dirk Kuyt (68)Keith Andrews for Jerome Thomas (69)
Stewart Downing for Maxi Rodríguez (74)Paul Scharner for Peter Odemwingie (83)
Jonjo Shelvey for Jay Spearing (83)Simon Cox for Graham Dorrans (86)
Yellow Cards
Jonjo Shelvey (90)
· Squads: Liverpool | West Bromwich Albion

Preview : Game 34 BPL 11/12 - Liverpool vs West Brom

Written By saleehs gerrard on Saturday, April 21, 2012 | 18:02

Dalam pertemuan esok, Liverpool akan bertemu West Brom di Anfield dalam perlawanan ke 34 liga Premier. Seperti yang kita ketahui, bekas bos Liverpool Roy Hodgson adalah pengurus pasukan ini selepas beliau di pecat dari Anfiled pada Januari tahun lalu. Malam sok buat pertama kalinya selepas melepaskan jawatan pengurus tahun lalu pakcik Roy akan menjejaki kakinya ke stadium Anfield. 16 bulan lalu beliau meninggalkan Anfield dengan kedukaan, sudah pastinya kenangan pahit lalu masih segar lagi dalam ingatan beliau dan juga kita sebagai peminat setia Liverpool.

West Bromwich Albion adalah salah sebuah pasukan yang boleh kita anggap sebagai pasukan pengacau. Menduduki tangga ke 13 liga pada ketika ini, ia mungkin sudah memadai buat pakcik Roy berbangga kerana dapat mempertahankan pasukannya dalam liga premier dari terus terjerumus ke dasar liga. Pasukan ini yang melalui perlawanan ke 35 pada pertemuan nanti, sebenarnya meletakkan harapan tinggi untuk menewaskan pasukan Liverpool. Ini kerana selain membalas dendam kekalahan 0-2 di pusingan awal liga lalu di The Hawtorns, pakcik Roy juga ingin membuktikan beliau sebenarnya masih lagi antara pengurus yang berjaya pada abad ini. Kalau tak berjaya masakan FA England menyarankan beliau memegang jawatan pengurus skuad kebangsaankan.


Bagi Liverpool pula, selepas melakukan aksi terbaik ketika melayakkan diri ke saingan akhir piala FA Ahad lalu, seminggu tanpa apa2 aksi sememangnya digunakan secukupnya untuk Liverpool terus memperbaiki kelemahan yang ada. Disebalik semangat dan moral yang tinggi selepas meraih kemenangan lalu, Dalglish lebih fokus untuk terus memperbaiki kedudukan liga walaupun untuk layak ke liga juara-juara sudah awal-awal lagi dilupakan. Penghujung musim yang menyaksikan Carroll mula kembali mencipta sentuhan penyelamat dan menjadi wira dalam beberapa siri perlawanan, ia satu petanda strategi dan persefahaman antara pemain mula kembali bertaut.


Seperti biasa, SG lebih suka seandainya Dalglish menurunkan skuad-skuad mudanya dalam kesebelasan utama esok. Seperti yang telah dilakukan oleh beliau ketika menentang Blackburn lalu, ia terbukti amat berkesan dengan aksi pemain muda seperti Shelvey, Flanagan dan Coates. Dengan tiada apa kedudukan dan cabaran yang ada untuk dikejar, sudah pastinya kita mengharapkan sisa-sisa perlawanan bakal digunakan untuk memberi pendedahan kepada pemain-pemain muda yang ada sebagai persedian jangka masa panjang. YNWA.

Bosko Balaban : Wira baru Selangor

Written By saleehs gerrard on Thursday, April 19, 2012 | 20:47

Bosko Balaban sekali lagi menyerlah dalam Liga Super selepas menjaringkan dua gol yang memberi kemenangan 2-0 Selangor ke atas Johor FC. Balaban bagaimanapun kini telah kembali ke negara asalnya selama 10 hari untuk meluangkan masa bersama keluarganya. Bosko tidak meraikan kemenangan selepas perlawanan itu kerana dia harus berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Croatia.

"Dia rindukan isteri dan anaknya. Kami memberinya rehat selama 10 hari memandangkan liga hanya akan disambung semula pada bulan depan," kata jurulatih Selangor, Irfan Bakti kepada New Straits Times.

"Saya telah mengingatkannya untuk menjaga kesihatan di Croatia. Balaban sangat hebat hari ini (Selasa) kerana dua golnya memberikan tiga mata kepada kami."

Balaban, bekas pemain Aston Villa setakat ini telah menjaringkan lapan gol sejak menyertai Selangor pada bulan Februari.

"Saya percaya Balaban akan mencapai tahap terbaiknya dan akan mencabar pihak lawan," kata Irfan.

Sumber - ESPNSTAR.MY

Game 15 MSL 2012 - Selangor 2-0 Johor FC

Written By saleehs gerrard on Wednesday, April 18, 2012 | 00:20

Buat pertama kalinya bermain di gelanggang keramat Stadium Shah Alam untuk musim ini, Selangor berjaya membuatkan penyokong Red Giants tersenyum girang apabila berjaya mengalahkan Johor FC 2-0 malam tadi. Badi terhadap pasukan selatan tanah air ini akhirnya dapat dileraikan dari terus menjadi sebati dalam pasukan.

Selangor menggunakan kesempatan diatas kehadiran Johor FC ke Shah Alam tanpa jurulatih yang rasmi. Seperti yang SG perkatakan pada preview perlawanan ke 14 lalu, K. Devan telah pun dipaksa untuk meletakkan jawatan selepas gagal mengemudi pasukan tersebut dengan baik.

Gol Selangor hadir di babak kedua dhasil dari percubaan Balaban pada minit ke 57. Pada penghujung perlawanan, sekali lagi Balaban membuktikan bahawa kuda tua ini sememangnya hebat apabila berjaya menanduk masuk hasil dari sepakan sudut Safiq Rahim. Sepatutnya Selangor boleh kenduri gol pada perlawanan tadi, tetapi malangnya 3 gol yang dijaringkan telah pun dibatalkan oleh pengadil perlawanan.


Dengan kemenangan ini, Selangor kembali melonjak ke tangga ke-4 untuk memintas Perak yang telah tewas kepada Sabah serta mengekori rapat Terengganu yang juga hanya sekadar seri dengan Negeri Sembilan.


Liverpool jumpa Chelsea di final piala FA

Written By saleehs gerrard on Monday, April 16, 2012 | 22:50

Malam semalam, Chelsea telah mengesahkan slot terakhir untuk mengikut jejak Liverpool ke perlawanan akhir piala FA tahun 2012 ini. Mengalahkan Tottenham di pusingan separuh akhir dengan keputusan 5-1, ia seperti amaran awal kepada Liverpool bahawa pasukan bimbingan pengurus sementara Di Matteo lebih bersedia untuk menyahut cabaran.

Terlebih dahulu pada hari Sabtu, Liverpool terlebih dahulu mengesahkan tempat ke aksi perlawanan akhir piala FA setelah berjaya menewaskan jiran setempat Everton dengan keputusan 2-1. Jaringan Suarez dan Carroll sudah memadai untuk merapatkan lagi langkah Liverpool untuk mengutip piala kedua musim ini selepas piala Carling.

Apapun masih ada tiga minggu lagi untuk difikirkan tentang perlawanan ini. Yang penting persiapan untuk menghadapi perlawanan tersebut adalah penting bagi memastikan kejuaraan berganda menjadi kenyataan. Jadi kita mengharapkan Liverpool dapat menggunakan perlawanan liga yang bakal berlangsung kelak, sebagai medan untuk memantapkan lagi pasukan. YNWA.

Preview : Game 15 MSL 2012 - Selangor vs Johor FC

Setelah hampir 5 bulan ditinggalkan dengan kerja2 membaik pulih, esok stadium Shah Alam akan kembali bergema dengan sorakan padu lautan penyokong setia Merah Kuning. Melalui 6 perlawanan dihalaman sendiri dengan menumpang ditempat orang, buat pertama kalinya Selangor akan berpijak dibumi sendiri untuk melayani kunjungan Johor FC dalam pertandingan Liga Super.

Dalam melalui perlawanan ke 15 liga bagi musim 2012 ini, sekali lagi Selangor terpaksa bertemu pasukan Johor FC buat kali ke-3 musim ini dan kali kedua berturut2 hanya berselang 3 hari. Kali pertama ketika tewas melalui jaringan penalti dipusingan ke-2 Piala FA dan Sabtu lalu kedua2 pasukan hanya mampu seri 1-1 di Stadium Pasir Gudang. Malam esok apakah keputusan yang bakal diperolehi.

Seperti sudah menjadi badi pasukan Selangor terhadap pasukan kelab dari selatan tanah air ni. Sukar untuk mencipta sesuatu yang lebih bermakna selepas 2 perlawanan di temukan. Mampukah malam esok stadium Shah Alam menjadi saksi pasukan Selangor akan bangkit kembali. Harapannya begitulah. Semoga berkat di stadium yang baru pulih bakal membantu Selangor untuk kembali bangkit menjadi antara kuasa besar dalam bolasepak tempatan. InsyaAllah...

Ulang tahun Hillsborough Disaster

Written By saleehs gerrard on Sunday, April 15, 2012 | 05:24


Disebalik meraikan kemenangan menewaskan Everton di pusingan separuh akhir semalam, pada hari ini bertarikh 15 April 2012, jika pada waktu dan hari yang sama bertempat di Liverpool, pastinya keadaan berada dalam keadaan suram kerana pada waktu ini dan tarikh ini pada 23 tahun lepas, telah berlaku kejadian yang benar- benar tragis dalam sejarah bola sepak Liverpool dan juga boleh dikatakan sebagai kejadian pengajaran kepada seluruh peminat bola sepak di England. Sempena ulang tahun kejadian bencana ini, SG disini ingin menulis dan menceritakan kepada anda semua mengenai sejarah rentetan bagaimana kejadian ini berlaku dan apakah kebenaran disebalik kejadian ini yang telah mengorbankan 96 orang dan ratusan yang cedera dalam kejadian ini.

Memahami kejadian ini adalah penting, kerana sebagai penyokong kelab kesayangan kita, adalah perlu untuk kita mengetahui kejadian ini supaya kita lebih tahu berkenaan sejarah kelab kesayangan kita ini.

Ceritanya bermula tarikh 15 April 1989 di stadium Hillsborough, yang pada ketika itu merupakan gelanggang rasmi bagi pasukan yang dikenali sebagai Sheffield Wednesday FC yang bertempat di Sheffield, United Kingdom. Pada waktu ini, berlakunya pertemuan antara Liverpool Fc menentang Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA. Selepas empat tahun berlakunya bencana Heysel Stadium disaster, dengan pada masa yang sama Liverpool dalam proses ban untuk menyertai kejohanan di peringkat eropah. Dengan pada masa itu Liverpool dikendalikan oleh Kenny Daglish terus cemerlang dan gemilang dalam aksi dalam liga domestik. Dengan kejuaran berturut-turut menjadi juara Liga pada tahun “1985–86”,” 1987–88”, “1989–90” . Liverpool terus megah melebarkan sayap kejuaraan walaupun tidak boleh bermain di perlawanan liga peringkat eropah.


Diteruskan kejayaan demi kejayaan, Liverpool akhirnya telah ditakdirkan bertemu dengan Nottingham Forest, dalam perlawanan separuh akhir Piala FA pada tahun 1989. Perlawanan yang berlangsung pada tarikh hari (semasa entri inii ditulis) pada 15 April 1989. Mungkin anda semua agak terkejut mendengar nama pasukan ini” Nottingham Forest” merupakan pasukan antara yang terhebat pada era tahun 1980an. Dengan pada tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1988 pada peringkat yang sama iaitu separuh akhir piala FA, Liverpool menentang Nottingham Forest yang menyaksikan Liverpool menewaskan pasukan ini dengan jaringan 2-1. Mungkin disebabkan dendam dari pasukan Nottingham Forest ini, maka secara tidak langsung menyebabkan semangat untuk membalas dendam adalah sangat tinggi.


Pada tahun selepas itu, dengan Liverpool kembali menentang Nottingham Forest serta pada pelawanan separuh akhir kedua dimana Everton vs Norwich City, dimana menyaksikan Everton menewaskan Norwich City dengan jaringan 1-0.

Menurut daripada sumber yang boleh dipercayai ...


Jalan antara Merseyside nak ke Sheffield itu ada kerosakan,dan pada masa yang sama berlaku traffic jam yang teruk di jalan tersebut.Perlawanan terpaksa ditangguhkan beberapa jam,sedangkan sudah ada beribu lagi penyokong Liverpool sudah berada di persekitaran Stadium Hillsborough. Pada perlawanan itu menyaksikan penyokong Liverpool telah diberikan di seat di Lepping Lane yang boleh memuatkan 15,000 orang.Manakala penyokong pasukan Nottingham Forest FC pula diberikan seat Spion Kop yang berjumlah 21,000 orang. Hal ini telah menimbulkan sedikit kekeliruan dimana, pada lumrahnya penyokong Liverpool lebih ramai daripada penyokong Nottingham Forest FC, dan secara metematiknya perlulahnya penyokong Liverpool diberikan lebih seat di dalam stadium ataupun untuk lebih bersikap adil perlulah jumlah tempat duduk di dalam stadium dibahagikan sama banyak dan sama rata.


Dan selepas itu berlakulah tragedi yang amat buruk dan menyedihkan.Setibanya mereka yang ramai sudah berkumpul di luar stadium dengan pada masa yang sama penghadang pintu tiket tidak berfungsi, maka pihak polis mengarahkan agar pintu pagar di sebelahnya dibuka. Pada masa yang sama tolak menolak untuk memasuki stadium pun berlaku untuk merebut masuk ke dalam stadium.  Tolak menolak ini menyebabkan mereka yang tersangkut di pintu tiket yang rosak tertolak ke arah meraka yang berada di depan.Dan didepan mereka yang sedang berhimpit-himpit itu ada satu terowong kecil menuju ke Lepping Lane.Dan pada masa yang sama Lepping Lane yang sudah penuh dengan penyokong Liverpool serta ditambah lagi dengan tekanan tolak lagi dari peyokong dari luar, telah menyebabkan mereka yang di depan tertolak ke pagar dan pagar itu runtuh, dan penyokong tehumpan dalam padang sekali dengan skruktur stadium yang runtuh.


Sungguh menyayat hati dan memang mengerikan, bayangkanlah dengan niat yang baik dan niat untuk menyaksikan pasukan kesayangan masing-masing beraksi dalam perlawanan, tidak disangka-sangka bertukar menjadi tradigi menyedihkan dan kini kejadian ini menjadi ingatan kepada seluruh penyokong Liverpool mahupun penyokong Nottingham Forest , bahkan juga kepada seluruh penyokong yang meminati sukan yang bernama bola sepak di England kini.


Kejadian ini menyaksikan, perlawanan ini, ditanguhkan dan berlangsung pada tarikh baru pada 7 mei 1989 bertempat di Old Trafford, Manchester yang menyaksikan Liverpool menewaskan Nottingham Forest Fc dengan jaringan 3-1. Dan pada perlawanan akhir Liverpool menentang pasukan jiran kita iaitu Everton di Wembley Stadium, London- meyaksikan Liverpool menewaskan Everton dengan jaringan 3-2- Ian Rush menjadi wira Liverpool apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan- dalam perlawanan 3 jaringan Liverpool dijaringakan oleh (Aldridge minit ke 4/ Rush minit ke 95 dan 104).


Harap anda semua sedikit sebanyak sudah memahami segala penjelasan yang panjang lebar dari SG. Semoga semangat untuk menyokong Liverpool akan semakin menebal dalam diri anda semua . YNWA......



Kredit untuk : bobdaron.blogspot

Semi Final FA Cup 11/12 - Liverpool 2-1 Everton

Walk On To Wembley. Yess!!! Liverpool sekali lagi ke pentas Final untuk kali kedua berturut2 pada musim 2011/2012 ini. Pertembungan Merseyside kali ini yang dilangsungkan distadium berkecuali Wembley, terus menjadi milik Liverpool apabila berjaya mengalahkan Everton 2-1 untuk mencatatkan rekod bersih 3 pertemuan musim ini dengan 3 kemenangan.

Pasukan abang (Everton) terpaksa akur dengan kebangkitan skuad adiknya (Liverpool) diseparuh masa kedua. Belajar dari kesilapan separuh masa pertama yang mempamerkan aksi agak perlahan Liverpool bangkit untuk menafikan gol pendahuluan Everton. Everton terlebih dahulu berada dihadapan apabila mendahului seawal minit ke 24 melalui Jelavic. Gol yang berpunca salah faham diantara Daniel Agger dan Carragher berjaya dikuis oleh Tim Cahill sebelum sampai kepada Jelavic yang sedia menanti untuk mudah menewaskan Brad Jones.


Boleh dikatakan aksi2 separuh masa pertama agak membosankan. Kedua2 pasukan bermain berhati2 dan bola kebanyakannya hanya berada ditengah padang. Kita boleh saksikan kedua2 penjaga gol Brad Jones dan Tim Howard banyak lepak akibat kurangnya percubaan merbahaya dari kedua2 pasukan. Tetapi kesilapan Sylvain Distin yang gagal menyepak kemas bola kepada Tim Howard berjaya dipintas oleh Suarez untuk menyamakan kedudukan pada minit ke 62. Gol tersebut telah menyemarakkan lagi semangat Liverpool untuk menguasai perlawanan.


Terdesak untuk memburu gol, Dalglsih mengeluarkan kedua2 sayap Henderson dan Downing untuk digantikan Maxi Rodriguez dan Bellamy. Hasilnya pemain2 Everton tak cukup kaki untuk mengawal kegiatan pemain2 Liverpool. Carroll sepatutnya boleh menjaringkan sekurang2nya 3 gol malam tadi tetapi tandukan bebas dan beberapa percubaannya hanya sipi dari tiang gol. Walaubagaimanapun, amanat Kapten Gerrard kepada Bellamy yang akan membuat sepakan percuma digunakan dengan sebaik2nya. Bellamy menyepak bola dengan baik dan tepat hinggap dikepala Carroll untuk disudahkan dengan cemerlang. Selepas gol tersebut , Maxi pula gagal untuk menyudahkan hantaran Suarez apabila badi tiang gol masih terus melekat.



Carroll yang selama ini dikritik hebat dengan nilainya yang tidak setimpal telah belajar dari kutukan tersebut untuk membuktikan bahawa beliau kini adalah wira Liverpool apabila dua kali menjaringkan gol kemenagan dalam dua pertemuan ini. Yang bagusnya Howard Webb pula telah mengadili perlawanan dengan baik sekali tanpa ada rasa sangsi atau tidak puas hati dari kedua2 pasukan.

Ketika ini lawan Liverpool di final masih menjadi tanda tanya kerana perlawanan diantara Chelsea menentang Tottenham hanya akan berlangsung pada malam nanti. Harapnya biarlah Chelsea yang layak berbanding Tottenham. Ini disebabkan rekod pertemuan dengan kedua2 pasukan ini, Liverpool lebih badi kepada Tottenham berbanding Chelsea yang mudah untuk dibaham. Mudah2an termakbul hendaknya. YNWA..

Scoring Summary

Liverpool Everton
Luis Suárez (62')Nikica Jelavic (24')
Andrew Carroll (87')

Match Stats

Liverpool                                                                                                                     Everton
12(6) Shots (on Goal) 7(4)
5 Fouls 9
6 Corner Kicks 2
2 Offsides 2
56% Time of Possession 44%
1 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
4 Saves 4

Teams

Liverpool                                                        Everton
Brad Jones24 Tim Howard
23 Jamie Carragher18 Phil Neville
Glen JohnsonJohn Heitinga
Daniel Agger15 Sylvain Distin
37 Martin SkrtelLeighton Baines
Steven Gerrard17 Tim Cahill
19 Stewart Downing21 Leon Osman
20 Jay SpearingDarron Gibson
14 Jordan Henderson25 Marouane Fellaini
Andrew CarrollNikica Jelavic
Luis Suárez19 Magaye Gueye
Substitutes
42 Peter GulacsiMarcus Hahnemann 12
José EnriquePhil Jagielka 6
34 Martin KellyTony Hibbert 2
11 Maxi RodríguezSeamus Coleman 23
33 Jonjo ShelveyJames McFadden 14
39 Craig BellamyVictor Anichebe 28
18 Dirk KuytDenis Stracqualursi 11
Substitutions
Maxi Rodríguez for Jordan Henderson (75)Seamus Coleman for Magaye Gueye (68)
Craig Bellamy for Stewart Downing (84)Victor Anichebe for Leighton Baines (88)
Yellow Cards
Jordan Henderson (73)Sylvain Distin (37)
Nikica Jelavic (59)
Seamus Coleman (79)
· Squads: Liverpool | Everton
FA Cup
11:30 +00:00, April 14, 2012
Wembley Stadium, London, England
Referee: Howard Webb

Game 14 MSL 2012 - Johor FC 1-1 Selangor

Selangor gagal meneruskan kesinambungan untuk meraih kemenangan kedua berturut2 apabila sekadar seri 1-1 dengan Johor FC di Stadium Pasir Gudang malam tadi. Amukkan distadium MBPJ menentang Terengganu pada Sabtu lalu gagal diterjemahkan kembali dimana aksi lesu pasukan Selangor amatlah mengecewakan.

Dari segi permainan, sepatutnya Selangor bersyukur dengan keputusan seri ini kerana sekiranya pemain2 Johor FC tidak mensia2kan peluang sudah tentu Red Giants pula yang kena belasah 4-1. Ketiadaan Amri Yahya nampak Selangor tempang dan kelebihan ini digunakan sebaik mungkin oleh Johor FC.

Selangor dihukum seawal minit ke 18 melalui jaringan Mohd Ridhuan berpunca dari kesilapan Asrarudin yang gagal menanduk bola dengan kemas. Disebalik keadaan seperti Selangor bakal kecundang, Bosko Balaban menjadi penyelamat apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 81. Begitulah keadaannya pemain2 Selangor apabila sukar untuk menewaskan pasukan bekas jurulatih mereka musim lalu K. Devan.

Apapun Selasa nanti, Johor FC pula akan berkunjung ke Stadium Shah Alam yang telah siap sedia untuk digunakan. Semoga dengan kembalinya beraksi di stadium keramat ini, Selangor mampu menggunakan kesempatan yang ada untuk kembali menjadi lebih berkeyakinan dalam meraih kemenangan.

Preview : Semi Final FA Cup 11/12 - Liverpool vs Everton

Written By saleehs gerrard on Saturday, April 14, 2012 | 02:56

Saat yang dinantikan akhirnya bakal berkunjung tiba. Debaran menantikan sepak mula perlawanan separuh akhir piala FA esok mula terasa pada tahap kemuncaknya. Pertembungan jiran setempat atau sinonimnya digelar "Merseyside Derby" diantara Liverpool menentang Everton sudah menjadi bualan hangat oleh peminat2 bolasepak semenjak akhir2 ini. Bezanya pertembungan kali ini bukan berlangsung di Anfield ataupun Goodison Park seperti selalu. Sebaliknya perlawanan panas ini akan berlangsung di stadium berkecuali iaitu stadium kebanggaan rakyat England Stadium Wembley.

Semenjak jawatan pengurus diambil alih oleh Kenny Dalglish pada Januari tahun lalu, Rekod pertemuan kedua2 pasukan ini sememangnya dimiliki oleh Liverpool. Setelah hanya mampu seri 2-2 di Anfield pada pertemuan liga awal tahun 2011 lalu, Liverpool berjaya memenangi kedua2 perlawanan susulan iaitu pada bulan  Oktober 2011 di Goodison Park dengan jaringan 0-2 dan 3-0 di Anfield pada pertengahan bulan Mac lalu. Nampak seperti tuah keatas kelab Everton ini masih menyebelahi kita semenjak kehadiran Dalglish.


Jika dikaji dari segi prestasi semasa, Everton nampak lebih menonjol pada penghujung musim ini. Memintas Liverpool untuk menduduki tangga ke 7 dengan berkelebihan 1 mata, mereka telah pun membuktikan bahawa tanpa ada pembelian bintang tidak menjadi masalah kepada kelab. Terbaru Everton telah membelasah anak2 buah Martin O'Neill Sunderland dengan keputusan 4-0 pada hari Isnin lalu untuk tidak membenarkan Liverpool memintas mereka dikedudukan sekarang.

Dipihak Liverpool pula, moral kemenangan 2-3 keatas Blackburn dengan Liverpool bermain 10 orang selama 65 minit menjadi inspirasi untuk mencipta kejayaan esok. Walaupun ramai pemain2 utamanya seperti Lucas, Charlie Adam dan Martin Kelly masih mengalami kecederaan, tetapi penampilan pemain2 muda seperti Shelvey, Spearing, Flanagan, Coates dan Carroll pada aksi Selasa lalu memberikan Liverpool nafas baru untuk kembali kelandasan sebenar. Kemunculan semula Daniel Agger dan Glen Johnson dari kecederaan membuatkan kita berasa sedikit lega dikala Brad Jones terpaksa menjadi taruhan untuk menjadi benteng terakhir pasukan. Harapnya Brad Jones mampu untuk membuktikan bahawa beliau lebih hebat dari penjaga gol yang ada walaupun beliau sebelum ini sama seperti Doni langsung tidak pernah diberi peluang oleh Dalglish untuk beraksi dalam barisan skuad utama. Mudah2an tiada halangan berat yang bakal menimpa esok.

David Moyes menyaksikan perlawanan diantara Blackburn vs Liverpool di Ewood Park Selasa lalu.
Cuma perkhabaran yang kurang enak, dua pengadil yang selalu memberi masalah kepada Liverpool akan mengadili perlawanan hari ini. Howard Webb sebagai pengadil utama dan Lee Mason sebagai pengadil ke 4 adalah antara dua nama yang sering dikaitkan berat sebelah untuk memberi kelebihan kepada pasukan Manchester United. Harapnya kedua2nya malah keempat pengadil yang dilantik ini dapat mengadili perlawanan dengan adil dan saksama dan tidak terlepas pandang kesalahan yang sering berlaku seperti memberikan penalti dan kad merah dalam situasi yang tidak sepatutnya serta membenarkan jaringan walaupun diposisi offside.


Match official appointments for The FA Cup.
Liverpool FC v Everton FC
Referee : Howard Webb
Assistant Referees : Steve Child & Michael Mullarkey
Fourth Official : Lee Mason


Pengadil ke-4, Lee Mason dan pengadil utama Howard Webb
Apapun kita terus berharap dan mengharap Liverpool mampu untuk melakar kemenangan pada perlawanan ini dan seterusnya melangkah ke perlawanan akhir untuk meneruskan misi menjulang piala kedua pada musim ini selepas piala Carling. YNWA

SEMI FINAL FA CUP 2012
LIVERPOOL vs EVERTON
DATE : Saturday - 14 April 2012
KICK OFF : 07:30 PM
CHANNEL : ASTRO STAR Sports (813) & ESPN HD (832)
LIVE STREAMING : LINK1  LINK2  LINK3  LINK4  LINK5  LINK6  LINK7
Live And Exclusive from WEMBLEY STADIUM.

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger