Headlines News :
.
Home » , » Memahami Kulit Bayi

Memahami Kulit Bayi

Written By Unknown on Wednesday, February 24, 2010 | 03:52

Kajian klinikal mendapati lebih 60 peratus bayi dinilai mengalami masalah kulit kering, namun 90 peratus ibu yang terbabit dalam kajian berkenaan percaya anak berkenaan tidak menghadapi masalah berkenaan. Hakikatnya, kulit bayi amat berbeza dengan kulit orang dewasa.

Kulit bayi didapati lebih cepat mengalami kekeringan berbanding kulit orang dewasa dan kulit bayi juga belum matang sepenuhnya tidak seperti kulit mereka yang lebih berusia.

Sehubungan itu, perkara utama yang perlu dititikberatkan bagi penjagaan asas bayi ialah memastikan kulit bayi mempunyai kelembapan mencukupi, selain faktor kebersihan juga tidak boleh diabaikan bagi mengelakkan pelbagai penyakit yang mungkin menyerang bayi.

Pengarah Pemasaran Profesional Johnson & Johnson Asia Pasifik, Robert Kwon, berkata kulit bayi yang baru lahir belum mempunyai sistem pertahanan badan yang sempurna kerana pada peringkat awal kelahiran, kulit dalam peringkat membina sistem daya ketahanan menyebabkan apabila terdedah kepada cuaca atau anasir lain, ia mudah mendatangkan kesan negatif kepada bayi,

“Bayi yang masih kecil mudah mengalami jangkitan ataupun kekeringan walaupun pada pandangan mata kasar, kulit bayi kelihatan segar dan bermaya. Ini berlaku kerana sel kulit bayi bersaiz kecil dan mempunyai liang yang besar jika dibandingkan dengan sel kulit orang dewasa yang besar tetapi mempunyai liang sempit,” katanya pada sesi taklimat Johnson & Johnson: Memahami Kulit Bayi, di ibu kota, baru-baru ini.

Beliau berkata, kulit bayi sememangnya lembut, tetapi terdedah kepada unsur kekeringan walaupun bayi lazim menyusu dalam jumlah yang banyak pada satu-satu ketika. Keadaan berkenaan berlaku kerana liang yang besar di antara sel kulit bayi menyebabkan cecair dalam badan mudah hilang walaupun bayi berkenaan banyak mengambil minuman. Sehubungan itu, untuk mengelak daripada bayi mengalami masalah kulit kering, bahan seperti pelembap perlu digunakan bagi melindungi kulit bayi anda.

“Di dalam kandungan, bayi berada dalam persekitaran yang cukup dengan kelembapan kerana mereka dikelilingi air di dalam kandungan ibu. Apabila dilahirkan, mereka tidak lagi berada dalam keadaan yang membekalkan cukup kelembapan untuk melindungi kulit mereka.

“Jadi, perlu untuk ibu membantu membekalkan kelembapan yang bersesuaian dengan kulit bayi supaya si kecil mereka tidak mengalami kerengsaan. Langkah yang boleh dilakukan ialah menyapu krim dengan formula khusus pada kulit si kecil,” katanya.

Selain terdedah kepada kekeringan, kulit bayi juga amat sensitif terhadap tahap kekotoran sekeliling. Sebarang habuk atau partikel kecil yang melekat pada kulit bayi mungkin akan menimbulkan kesan ruam atau kegatalan pada bayi.

Rutin memandikan bayi umpamanya, bertujuan menghilangkan kekotoran pada badan bayi walaupun mereka dikatakan bebas kekotoran kerana sentiasa berada dalam balutan lampin hampir setiap ketika.

“Tempoh memandikan bayi tidak lama. Mungkin lima hingga 10 minit, tetapi ibu perlu memastikan bayi mereka benar-benar bersih daripada bahan mandian kerana sisa mandian yang tertinggal pada kulit bayi juga boleh mendatangkan masalah pada kulit yang belum cukup sempurna menangkis serangan.

“Ibu mesti memastikan bahan mandian yang digunakan tidak memudaratkan bayi mereka kerana ketika proses membersihkan bayi, mungkin lebihan mandian termasuk ke dalam mata bayi. Bagaimanapun, jika menggunakan bahan mandian yang sesuai, ia tidak akan mendatangkan masalah kepada bayi,” katanya.

Kwon berkata, mandian dan pelembap diperkenalkan Johnson & Johnson misalnya sesuai untuk kesejahteraan bayi kerana kedua-duanya dirumus dengan formula sesuai untuk kulit bayi.

“Bayi perlu dimandikan dengan bahan mandian bertujuan membersihkan badan mereka daripada air kencing, najis, air liur dan sisa makanan yang mungkin tertinggal di badan bayi.

“Jika si ibu menggunakan air semata-mata untuk membersihkan kotoran berkenaan, ia tidak cukup untuk menjadikan badan bayi bersih. Jadi, sebaik-baiknya gunakan pembersih yang dirumus khusus untuk kulit bayi,” katanya.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger