Headlines News :
.

UMNO

Written By Unknown on Wednesday, February 24, 2010 | 04:11

By Dr. Mahathir Mohamad
on November 30, 2009 12:07 PM | Permalink | Comments (146) |TrackBacks (0)

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti
reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya
terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan
perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk
hingga ke ususnya).

 2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong
PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin
UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat
tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk
mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua
cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan.
Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar
bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan
benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO
cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli
UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan.
Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana
mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar
disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli
UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada
doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang
tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu
pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa
berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri
daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti
kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya
mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh
perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang.
Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga
memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai
calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan
maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan
sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya
lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat
kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan
mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka
yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai
daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap
mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan
mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi
akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya
tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah
pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan
ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah.
Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat
maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger