Headlines News :
Home » , , » Bagaimana Untuk Memilih Kontraktor Binaan Yang Boleh Dipercayai?

Bagaimana Untuk Memilih Kontraktor Binaan Yang Boleh Dipercayai?

Written By saleehs gerrard on Wednesday, February 10, 2010 | 00:08

Sila baca,faham,dan fikir-fikirkan lah......

Salam sejahtera!

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada pengalaman anda dan ramai lagi yang pernah berurusan dengan pelbagai jenis kontraktor binaan, samada melibatkan projek kecil seperti membaiki paip jamban atau longkang sehinggalah projek ubahsuai/pembinaan kediaman yang besar iaitu membina rumah baru dari tanah yang kosong hingga siap untuk diduduki.

Sudah tentu macam2 kerenah kontraktor binaan yang anda pernah temui, jika belum maka saya sekadar termampu akan berkongsi pengalaman dalam memilih kontraktor binaan yang boleh diharap dan tidak akan menge'pau' wang anda!

Disebabkan terdapat pelbagai jenis kontraktor yang menawarkan khidmat dalam pelbagai jenis kerja binaan, maka saya hanya akan berbincang dalam nisbah yang kecil sahaja, iaitu bagaimana untuk memilih kontraktor ubahsuai rumah yang boleh dipercayai. Berikut adalah tips yang selalu saya gunakan untuk 'menapis' kontraktor ubahsuai rumah yang boleh dipercayai;

A ) Mempunyai lesen perniagaan / lesen kontraktor

Pilih kontraktor ubahsuai yang mempunyai lesen perniagaan yang sah dan berdaftar dengan pendaftar perniagaan samada lesen ROB (enterprise) atau ROC (sdn.bhd). Ini membuktikan bahawa mereka sangat serius berniaga dan menjadikan bidang ini sebagai kerjaya. Pastikan juga kontraktor tersebut mempunyai lesen kontraktor sekurang-kurangnya kelas F atau E sebagai bukti bahawa mereka adalah kontraktor yang berdaftar.

B ) Alamat pejabat/urusniaga yang sah

Pastikan kontraktor ubahsuai anda mempunyai alamat urusniaga samada pejabat atau rumah. Sesetengah kontraktor kecil menjadikan alamat rumah sebagai alamat perniagaan. Dalam berurusniaga dengan mereka, jika mereka mudah dihubungi melalui telefon/emel dan dikunjungi di alamat pejabat/premis, maka ini antara tanda bahawa mereka mempunyai peniagaan yang jujur.

C ) Rekod kerja dan profil syarikat


Saya secara peribadi lebih suka memilih kontraktor binaan yang mempunyai rekod kerja yang baik walaupun baru menyiapkan 2 atau 3 projek binaan/ubahsuai yang kecil & sederhana, seperti tambahan/pindaan rumah. Rekod kerja ini dibuktikan dalam dokumen profil syarikat yang boleh anda minta dari mana-mana kontraktor yang jujur. Dalam dokumen profil syarikat akan disenaraikan projek2 yang telah disiapkan berserta gambar sebelum/selepas dan kos projek yang telah disiapkan. Dengan ini anda boleh menilai sendiri hasil kerja mereka.

D ) Menghubungi & melawat tapak projek yang telah siap

Susulan daripada rujukan anda kepada profil syarikat kontraktor tersebut, jika boleh eloklah anda hubungi klien terdahulu kontraktor tersebut dan dapatkan pengesahan. Anda digalakkan melawati tapak binaan yang telah siap untuk melihat kualiti binaan serta bertanya sedikit sebanyak kepada pemilik rumah (yang telah siap diubahsuai) tentang kontraktor binaan yang dilantik.

E ) Sebutharga ubahsuai yang berpatutan (dengan harga bahan binaan semasa)

Dalam hal ini, mana-mana kontraktor akan memberikan sebutharga ubahsuai yang berbeza. Untuk mendapatkan sebutharga yang sesuai dengan bajet anda, minta kontraktor tersebut menyediakan secara bertulis dan terperinci;

- Sampel bahan & harga bahan tersebut
- Upah pasang / upah kerja bagi setiap skop kerja binaan
- Jangkamasa siap kerja
- Kos kerja yang ditanggung kontraktor (pembuangan sampah sisa binaan dsb)
- Kos tambahan/luaran yang perlu ditanggung pemilik rumah/klien

Merujuk pada sebutharga yang terperinci ini, anda boleh berbincang dengan kontraktor & membuang atau menambah mana2 bahan yang dirasakan perlu dalam ubahsuai rumah anda sehingga anda dapat mencapai bajet ubahsuai yang sesuai dengan kemampuan anda tanpa berkompromi dengan kualiti bahan dan hasil kerja binaan. Kontraktor yang jujur akan memberi penjelasan & maklumat lengkap mengenai jenis/kualiti bahan binaan yang sesuai untuk kegunaan ruang di rumah anda serta harga pasaran bahan binaan dan upah kerja beliau secara terperinci.
Saya yakin jika 5 tips di atas anda ikuti, insyaAllah anda akan dapat memilih kontraktor binaan yang sesuai dengan projek dan bajet anda, samada untuk ubahsuai rumah atau lain2 projek yang lebih besar. Saya mohon maaf kerana tips yang digariskan ini adalah sangat umum hasil dari pengalaman saya yang kerdil, jika anda ada tips tambahan, maka silalah kongsikan bersama-sama saya agar kita dapat manfaatnya bersama.




AWAS! Seboleh-bolehnya anda mesti ELAKKAN kontraktor binaan yang;

- Tiada lesen perniagaan
- Tiada alamat perniagaan/pejabat
- Susah untuk dihubungi
- Tiada rekod kerja & rujukan
- Memberikan sebutharga paling murah giller
- Memberi sehelai kertas sebutharga 'lump sum' tanpa perincian skop kerja/bahan binaan
- Banyak berjanji dan mengaku boleh buat semua (kontraktor yg jujur akan mengakui bahawa ada skop kerja tertentu yang akan di'sub-con' kepada kontraktor lain)
- Mengaku gerenti siap dalam tempoh singkat
- Tidak mahu menyediakan perjanjian bertulis lengkap, hanya sediakan satu surat ringkas & terus sain & ambil deposit

Sebenarnya banyak lagi yang nak saya kongsikan, tapi cukuplah sekadar ini dahulu.bolehkah lantik kontraktor warga asing untuk ubahsuai rumah - sebab sebutharga mereka murah & hasil kerja bagus????





”Kebolehan dan pengalaman kami dalam bidang ini membolehkan kami menawarkan harga dan pakej yang menarik mengikut keperluan dan bajet anda”
Maklumat lanjut sila lawati : SBD PLASTER CEILING
Share this article :

1 comment:

  1. Jana income rm900 sehari tanpa modal. Asslm..tuan/puan drpd berfacebook tak dpt hasil, baik berfacebook yang dpt hasil. Saya nak berkongsi 1 program dari US yang boleh buat income sampingan. Free register tiada apa2 bayaran dikenakan. Tiada tipu muslihat (kalau anda rasa program ni menipu.. anda tak rugi apa2 pun.. anda tak keluar modal pun kan?) tak perlu cari org , tak perlu beli or jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu guna komputer sikit2. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas register anda terus dapat 25 usd x 3.4 = rm85.00. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 saya ni dan paste dkt facebook, Twitter dan sebagainya. Setiap org yang buka link anda, anda akan terima ganjaran sebanyak 10 usd x 3.4= rm 34.00 Mudah kan? Duit anda boleh pilih, samada duit masuk ke akaun bank atau cek akan di pos ke alamat rumah anda. register percuma sila Clik link ni http://www.theweeklypay.com/index.php?share=238344

    ReplyDelete

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger