Headlines News :
Home » » Cerita GelakGiler: "Pakcik Racer"

Cerita GelakGiler: "Pakcik Racer"

Written By saleehs gerrard on Monday, February 22, 2010 | 12:33

Pada suatu petang yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan
kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada
seorang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan
kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah
kereta pun berhenti.

Tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo7 berhenti di sebelah kancil tadi.

" Ada apa ni pakcik,kereta rosak ke? "tanya pemuda berusia dalam lingkungan
20an. "Ha'ah rosak" jawap pakcik tu simple aje.....

"Ok, cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik
kereta pakcik sampai tol" pemuda ini memberi cadangan.

"Terima kasih banyak-banyak nak, eeer tapi....nanti kalau pakcik rasa anak
bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam, boleh ke"

"Ok pakcik"..Pemuda nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan
hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanlah dengan
perlahan dan berhati-hati. Dalam lima kilometer pemuda nie laju le sikit,
apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat pemuda tu. Pemuda tu
pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat
pemuda evo7. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak
rapat nak kejar ferrari nie... lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg
diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak. Pemuda evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.

Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommm. bedesup peginye, ini dah lebih speed limit nie...kate polis
nie..cecah 250kmj gila nie...

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg
laju nie...

"Over..over... ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah
ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye, sebuah kancil putih, pak haji pulak yang bawak, tengah
cucuk angin evo7 dan ferari tu, bagi hon dan hi beam nak potong dua-dua tu
lagi, gila kancil tu dasyat!!!'


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger