Headlines News :
.
Home » » Di China: Rupanya muka 'release' selepas sholat.

Di China: Rupanya muka 'release' selepas sholat.

Written By Unknown on Wednesday, February 24, 2010 | 03:30

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

bukan mudah untuk kita menegakkan sholat apabila kita dlm pengembaraan. Di tambah pula apabila tuan rumah yg mengendalikan kita atau entertain kita tidak dapat memahami ada perkara2 tertentu adalah non-compromi.

Perjalanan dari beijing keselatan dgn menaiki bullet train adalah memenatkan. Apabila sampai jam 2 petang, kami dibawa kesebuah restoran. Waktu zohor disana adalah 1230, asar 1515 dan maghrib 1730. Direstoran kami dijamu sambil menunggu seseorang datang untuk membawa kami ke hotel.

Perkara utama yg perlu kami buat pada masa itu ialah bagaimanakah nak sholat. Jam 3 tiada org datang menjemput, jam 4 masih juga tiada. Kami mula resah. Akhirnya kami mengambil keputusan utk mengambil wudhu dahulu. seorang demi seorang keluar dari bilik jamuan kami untuk kebilik air. Masalah disana dalam toilet tiada paip. Kami akan menggunakn air dari tangki toilet atau menyediakan cawan kertas kecil. Cawan kertas kecil ini selalunya memang ada dalam kocek seluar saya. Kpd kawan2 selalu saya katakan, tindakan sedemikian adalah menggunakan konsep 'just in case management".

Pada masa ini, beijing adalah bercuaca sejuk dan dlm transition dari musim sejuk kepada musim bunga. Musim sejuk berakhir minggu lalu. Dari pengalaman diaustralia saya mengetahui masa transition ini cuaca boleh menjadi extreme. Pada hari ahad, salji telah turun pada malamnya, menjadikan cuaca amat sejuk.

Untuk pengetahuan, apabila cuaca sejuk begini dan dalam keadaan mengembara, saya masih mengambil airsembahyang. Cuma saya masih belum pernah menggunakan kaedah tayammum dgn menepuk dinding.. . Tapi jika saya tahu saya akan menggunakan stokin dari pagi hingga kemalam, saya tidak membuka stokin apabila membasuh kaki. Saya menggunakan kaedah menyapu air pada stokin dibahagian atas kaki. (jarang saya share dgn publik apabila saya menggunakan rukhsah2 begini) Boss saya tetap membuka stokin... dan dia merasa nikmatnya menyapu air yg sg sejuk di sebuah masjid dibeijing pada hari sabtu lalu. & sejuk itu bukan sejuk main main...

Berbalik ada cerita direstoran tadi, bila jam sudah 1615, kami sudah tidak boleh mengambil risiko lagi. Maghrib pada jama 1715. Saya masuk kebilik jamuan tersebut. (chinese restoran ada byk bilik jamuan sebab itu cara mereka entertain org) . Dimasa itu yg tinggal, seorang professor penyakit kanser dan seorang lagi counsellor. Saya memohon kebenaran utk sembahyang disitu juga dan berkata "only 5 minutes". Mereka bertanya, perlu ke mereka keluar..saya katakan tidak perlu.

Saya membentang baju sejuk saya dan bersembahyang ringkas...selepas itu saya duduk depan mereka.

Yg menariknya, cancer professor yg tidak boleh bertutur b inggeris itu berkata, yang diterjemahkan oleh kawan kami"  bahawa dia nampak muka saya 'release' sebaik sahaja sudah sembahyang. Dia menambah "memang ada baiknya apa yg saya buat itu kerana dalam seharian kesibukan kita meletakkan beberapa minit utk melupakan kesibukan kita dan fokus pada benda lain".... Dua kawan saya pula sembahyang dibilik lain yg tiada org.

Apa yg nak saya sampaikan ialah "rupanya apabila kita yg biasa sembahyang, kita akan rasa cemas jika kita belum menunaikannya dan org boleh nampak riak muka kita. Dan apabila kita sudah selesai sembahyang ada riak muka tenang yg keluar"

Saya katakn kepada mereka "byk benda yg kita tidak boleh control dalam kehidupan, itu sebab kita perlu sembahyg supaya kita boleh memohn pertolongan". Saya juga sempat menerangkan bhawa kami boleh kumpulkan sholat semasa kami dlm perjalanan.

Dalam learning adventure saya pada kali ini memberi peluang utk sholat dimerata tempat spt dibilik meetg, di airport, di restoran....

Apa yg saya ingin ingatkan, jika pengembaraan 'mudah' begini kita tidak sholat atau mengambil kaedah qadha' yg tidak jelas betulnya, percayalah kita tidak mudah sholat jika kita jatuh sakit dan terlantar dikatil. Itulah yg berlaku kepada ramai org islam hari ini. Pelbagai alasan diberi utk tidak sholat semasa terlantar sakit. Sholat tidak menjadi wajib, hanya apabila otak atau minda kita tidak ingat lagi atau kewarasan kita telah hilang...(bukan bermaksud gila). Dan juga qadha hanya dibenarkan apabila kita tertidur. Jika kita sakit, mengembara dan sebagainya, ada pelbagai kaedah sholat yg ada, yg menunjukkan sholat itu perlu dilakukan pada setiap waktu, dan qadha' bukan satu dari kaedahnya.

wallahualam.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger