DARIPADA Imran bin Hushain, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak boleh melaksanakan nazar yang berupa maksiat dan tidak boleh orang melaksanakannya. " (Hadis riwayat al-Bukhari)
Nazar disyariatkan Islam dan diharuskan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Perkara dinazar hendaklah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah dan Islam tidak membenarkan umatnya bernazar dengan perkara diharuskan syarak kerana tidak membawa kepada pahala atau dosa bagi sesiapa melakukannya seperti nazar untuk makan, minum atau tidur.
Perkara yang dinazarkan juga janganlah kewajipan yang memang diwajibkan seperti bernazar untuk mengerjakan puasa di bulan Ramadan.
Islam juga melarang bernazar dalam perkara makruh atau diharamkan seperti membunuh dan berzina.
Bernazar untuk melakukan perkara makruh dan haram tidak termasuk bertujuan mendekatkan diri kepada Allah tetapi mendatangkan kemurkaan Allah. Selain itu, tidak sah hukumnya orang bernazar secara dipaksa.
Home »
13. Agama/Ibadah/Amalan
» Larangan bernazar perkara harus, haram
Larangan bernazar perkara harus, haram
Written By Unknown on Wednesday, February 24, 2010 | 03:35
Labels:
13. Agama/Ibadah/Amalan
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !