Headlines News :
.
Home » » Siapa kata kita tak berjimat?

Siapa kata kita tak berjimat?

Written By Unknown on Monday, February 22, 2010 | 12:45

Mengubah Paradigma Berjimat

Siapa kata anda tidak berjimat? Jangan salah faham kawanku. Saya tidak
ragu-ragu lagi anda pasti berjimat dengan sebaiknya. Tapi masalahnya anda
tidak sedar bahawa anda bersikap boros. Jadi mari kita lihat sepintas lalu 4
daripada punca kenapa keadaan ini berlaku.

1.      kita tidak diasuh berjimat
Oleh kerana impaknya tidak mendadak dan jauh di masa hadapan. Jadi sikap
berjimat cermat jarang sekali diterapkan. Sikap yang baik ini kurang diberikan
perhatian yang sewajarnya.  Hanya setakat jangan menghabiskan wang belanja
harian ke sekolah. Itu pun bukan semua keluarga mengamalkannya. Anak-
anak kurang diterapkan dengan pendidikan kewangan.

2.      kehendak yang banyak
Anda juga hendak membeli dan mengambil alih seterusnya menerajui Microsoft,
TM, Sime Darby, Berkshire Hathway, Arcelor Mittal, Reliance Industries, ExxonMobil,
Petronas, Toyota Motor, GM, HSBC Group dan Citigroup di bawah satu bumbung
(dan ini adalah sama dengan anda hendak menjadi dewa). Anda mahukan
segala-galanya. Hanya satu pesanan saya. Kehendak anda tidak terbatas manakala
wang anda adalah sangat terhad.

3.      keseronokan semasa berbelanja
Membeli belah adalah menyeronokkan. Anda akan berasa girang dan gembira
selepas membeli belah. Bagi kebanyakkan dari kita, hari yang paling
menyeronokkan dalam hidup ialah dimana gaji anda keluar. Sebab anda akan
dapat pergi ke gedung-gedung pakaian, restoran makanan segera, membeli
itu dan ini. Sepanjang bulan anda telah bersusah payah bekerja. Tugasan bertimbun.
Dimarahi bos. Tidur sehingga lewat malam. Jadi inilah masanya anda menikmati
segala penat lelah anda.

4.      sektor perdagangan yang semakin berdaya saing
Syarikat-syarikat pengeluaran hadir dengan pelbagai barangan dan perkhidmatan
yang bagus. Mereka memiliki pekerja yang cemerlang. Mereka penuh inovasi
dan kreatif. Dibungkus dengan berwarna warni. Mereka menambah baik barangan
yang sedia ada. Para usahawan juga kini semakin handal. Mereka menjual
segalanya. Menjual keperluan, menjual kehendak, menjual impian dan menjual
kejayaan.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger