Headlines News :
.
Home » » Hak Muslim-Hakim Berhak Tangguhkan Cerai Isteri Dalam Haid

Hak Muslim-Hakim Berhak Tangguhkan Cerai Isteri Dalam Haid

Written By Unknown on Wednesday, February 24, 2010 | 03:39

Soalan

Saya dan isteri telah bersetuju untuk bercerai secara baik, namun Mahkamah telah menangguhkan kes saya atas alasan isteri pada masa tersebut dalam haid. Mengapa mahkamah tangguhkan kes perceraian saya sedangkan pihak-pihak sudah bersetuju untuk bercerai dan apa kaitan haid dengan perceraian saya ini?

Ingin tahu, Kepong Indah

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Di dalam kes perceraian biasa, adalah menjadi kewajipan bagi Hakim untuk memastikan samada seseorang isteri itu berada di dalam kedaan suci atau haid atau mengandung sebelum membenarkan pihak suami melafazkan talak terhadap pihak isteri. Merujuk kepada kita Fiqh As-sunah, karangan Sayed Sabiq, ulama telah berijmak dan bersepakat bahawa adalah haram dan berdosa bagi seorang suami melafazkan talak ke atas seorang isteri ketika mana si isteri tersebut dalam keadaan haid walaupun talak tersebut sah. Talak seperti ini adalah dinamakan sebagai ”talak bid’ie”.

Perbuatan talak bid’ie ini diharamkan kerana ianya bersalahan dengan bentuk talak yang telah disyariatkan oleh Allah Ta’ala sebagaimana dalam firman-Nya di dalam surah al-Talak ayat 1 yang berbunyi :-

“Wahai Nabi apabila kamu menceraikan isteri-isteri kamu maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan eddahnya.”

Menurut kitab Fiqh al-Manhaji, ulama syafie berpendapat bahawa, suami disunatkan untuk rujuk kembali, jika dia melakukan talak bid’ie sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar :-

Beliau telah menceraikan isterinya ketika haid di zaman Nabi S.a.w Saidina Umar Al-Khattab r.a bertanya kepada Nabi S.a.w mengenai perkara itu: Perintahkan supaya beliau rujuk kembali, jangan ceraikan sehingga dia suci …”

Berdasarkan kepada nas-nas di atas, hikmah diharamkan talak bid’ie ini adalah kerana ia mendatangkan mudarat kepada isteri dan kaum wanita secara amnya.ini kerana tempoh eddah si isteri akan menjadi lebih panjang kerana masa haidnya tidak boleh dikira sebagai permulaan eddah.

Sabda Rasulullah S.a.w :

“Tidak boleh melakukan dharar (menyakiti orang tidak menyakitinya) dan dhirar (menyakiti dengan cara yang tidak sebenar orang yang menyakitinya) .”

Berdasarkan kepada hadis di atas, tindakan Hakim Mahkamah syariah menangguhkan kes saudara tersebut adalah bertepatan dengan Hukum Syara’ dan ianya bukanlah satu penangguhan yang bertujuan untuk melengah-lengahkan kes di Mahkamah Syariah. Sebaliknya beliau bertindak melindungi hak si isteri daripada teraniaya akibat menanggung tempoh eddah yang panjang. Ini menunjukkan bahawa Mahkamah Syariah bukan sahaja berperanan untuk menegakkan keadilan malah meletakkan martabat seseorang wanita itu ditempat yang mulia di dalam Islam.

Oleh itu demi menjaga kepentingan isteri saudara yang bakal diceraikan, maka saudara hendaklah berbincang dengan isteri saudara bila tarikh yang sesuai (iaitu tarikh beliau suci dari Haid) bagi membolehkan Mahkamah menyelesaikan permohonan cerai di bawah seksyen 47 Akta undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 dengan cepat.

Jawapan ini disediakan oleh Yusmawati Binti Ab.llah Exco Penerbitan PGSM.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger