Sesuatu amalan itu diberi pahala hanya jika disertai dengan niat. Tanpa niat yang ikhlas, amalan itu tidak mendapat pahala. Ini berdasarkan beberapa firman Allah.
Allah akan membalas amalan orang Islam yang dilakukan semata-mata untukNya.
“Dan tidak ia (Allah S.W.T.) menanggung budi sesiapa pun, (dengan amalan mereka) yang patut dibalas, melainkan (bagi) yang hanya mengharap keredhaan tuhannya yang Maha Tinggi, dan sesungguhnya ia akan dipuaskan hatinya. (Dengan dikurniakan apa yang diharapkan dari Allah S.W.T.)” [Surah al-Lail ayat 19-21].
Orang Islam disuruh melakukan ibadah dengan niat yang ikhlas kerana Allah semata-mata. . Ikhlas adalah perasaan hati. Kita tidak dibenarkan menggunakan ibadat kepada Allah untuk tujuan lain misalnya untuk menunjuk-nunjuk, inilah dinamakan riak.
Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan (hanya) supaya menyembah Allah S.W.T. dengan mengikhlaskan Ibadat kepadanya, lagi teguh di atas kesucian batin (Tauhid) dan seterus ayat tersebut.”
(Surah al-Bayyinah, ayat 5)
…..Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya
[ Al-Kahfi 110]
Pahala amalan ibadat yang dilakukan di dunia dan dikirim ke akhirat tidak akan hilang, akan kita dapati bila berada di sana.:
“Dan dirikan sembahyang (yang difardhukan) dan keluarkan zakat, dan apa sahaja kebaikan yang telah kamu kehadapankan (sebelum kamu mati) tetap kamu dapatinya di sisi Allah S.W.T. sesungguhnya Allah S.W.T. tetap melihat apa (sahaja) yang kamu kerjakan.” .[Al-Baqarah 110]
Gandaan pahala mengikut ikhlas niat
Setiap perbuatan baik dibalas pahala yang setaraf dengannya. Jikalau niat untuk melakukan kebaikan tapi tidak dilakukan dapat 1 pahala. Jika dilakukan 1 kebaikan diberi 10 pahala beserta dengan pahala niat, maka jumlahnya 11 pahala.
Ada kemungkinan diberi pahala sehingga 50, 100, 700, 1000 kali ganda pahala. Balasan amalan itu dinilai dari segi keikhlasan niatnya. Semakin ikhlas semakin besarlah balasannya. Di dalam hadis:-
Sesungguhnya Allah S.W.T. merekodkan (segala) pahala kebaikan dan dosa kejahatan, sehingga Baginda Mulia (Nabi Muhammad s.a.w.) menerangkan, Siapa (orang Islam) yang berazam melaku (mengerjakan) kerja yang baik tidak ia lakukan, Allah S.W.T. memberi baginya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah memberi ia 10 pahala kebajikan yang penuh sehingga 700 kali ganda, dan sehingga lebih banyak lagi, dan jika sesorang orang Islam berazam hendak melakukan sesuatu kerja jahat (yang berdosa) tidak ia lakukannya, Allah mengurniakannya 1 pahala kebajikan yang penuh, tapi jika ia berazam dan melakukannya, Allah menulis dosa satu kejahatan yang penuh, dan tidak binasa seseorang itu disisi Allah S.W.T. melainkan orang yang telah ditakdir binasa (Bukhari, Muslim – Jamek Saghir 1/270)
Niat menyampaikan pahala amalan kepada simati
Sesetengah golongan berpendapat pahala tahlil tidak boleh disampaikan kepada simati, mereka menggunakan ayat:
At-Tur [16]….kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan”.
Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat, jika kita berniat untuk menghadiahkan pahala sesuatu bacaan kepada si mati, Allah akan menyampaikannya. Berdasarkan hadith ” Innamal ‘amalu binniati”, setiap amalan diberi pahala mengikut apa yang diniatkan. Jika diniatkan untuk sedekah pahala kepada simati, maka akan diberi pahala dan disampaikan kepada simati. Lagipun Allah mengajar kita mendoakan orang-orang terdahulu.
Hasyr [10] Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata:Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu
Sumber :http://nasbunnurain i.wordpress. com/2008/ 09/15/amalan- diberi-pahala- berdasarkan- niat/
" Serulah olehmu kepada jalan Allah dengan cara bijaksana dan pengajaran yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Allah tuhan kamu Dialah Maha Mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah Maha Mengetahui akan orang orang yang mendapat petunjuk." Surah Al-Nahli Ayat 125
Home »
12. Tazkirah/Wasiat/Ikhtibar
,
13. Agama/Ibadah/Amalan
» Amalan diberi pahala berdasarkan niat...
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !