Headlines News :
Home » » 'Brooottt' Tanda Sihat

'Brooottt' Tanda Sihat

Written By saleehs gerrard on Wednesday, February 24, 2010 | 03:28

Sering keluar angin

Soalan:
SAYA berusia 28 tahun dan baru mendirikan rumah tangga pada pertengahan tahun lalu.

Saya sering mengeluarkan angin (kentut) ketika membuang air kecil. Adalah ini satu perkara biasa atau sesuatu yang menandakan saya tidak sihat?
Drpd: WAN
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
Jawapan Dr;
Mengeluarkan angin atau kentut adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi jika banyak angin dalam usus akibat tertelan angin ketika makan, minum dan tidur berdengkur.

Produksi angin ketika makanan dihadam oleh enzim dalam usus dan juga akibat tindak balas bakteria dalam usus yang menghasilkan angin dalam proses `putrefaction' atau pemusnahan sisa makanan dalam usus besar.

Angin akan berkumpul di bahagian rektum dan akan terkeluar apabila otot penutup penghujung usus besar bergelar `anus' lega, sama ada ketika buang air besar atau buang air kecil atau kentut.

Pengeluaran angin melegakan perut dan usus. Jadi jika tiada pengeluaran angin, pergerakan makanan yang dihadam dalam usus kecil dan sisa makanan dalam usus besar tidak akan bergerak dengan cergas dan usus akan mengembang dan perut akan kelihatan kembung! Jadi kentut itu sangat melegakan dan tanda sihat! Kebiasaan kentut mengandungi gas nitrogen apabila oksigen dan karbon dioksida diserap oleh usus.

Kentut yang berbau ialah apabila ia mengandungi hidrogen di sulfida. Jadi makan makanan mengandungi logam sulfur menghasilkan kentut yang sangat berbau.

Ia sebenarnya bukan petanda penyakit, sebaliknya lebih kepada cara pemakananan.

Adakalanya kentut menjadi satu tanda penyakit, lebih-lebih lagi jika perkara itu berlaku secara kerap dan menyulitkan.

Penyakit usus saperti IBS atau Irritable Bowel Syndrome, Diverticulitis dan batu karang dalam hempedu sebahagian daripada penyakit usus yang memberi simptom kentut yang ketara.

Kini degnan kaedah moden, masalah berkenaan boleh dikenal pasti dan rawatan sewajar diberi.

Untuk anda yang mengalami kentut ketika buang air kecil, ini satu perkara yang normal.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger