“Dalam keadaan menahan sakit dan marah itulah Mak Teh seolah-olah berada di satu alam lain. Mak Teh dapat rasakan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak. Mak Teh masih ingat dengan jelas beberapa wanita separuh umur berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam bilik.
Mak Teh seolah-olah berada dalam alam lain dan dapat melihat wanita separuh umur berpakaian serba putih membantu melahirkan anak
SEIRING dengan kejadian manusia, turut diciptakan Allah ialah akal bagi membezakan mereka dengan makhluk lain. Akal juga sepatutnya menjadi pendinding kepada tindak tanduk yang memudaratkan diri dalam menghadapi segala bentuk dugaan kerana janji Allah setiap ujian itu didatangkan untuk menguji keimanan.
Allah juga tidak akan menurunkan dugaan yang melampaui kemampuan manusia tetapi jika namanya makhluk lemah ujian yang sedikit pun dipandang berat. Lebih-lebih lagi jika ujian yang menimpa sukar diterima akal
Mungkin kedengarannya pelik tetapi itulah peristiwa yang benar-benar berlaku kepada seorang wanita yang sehingga kini terus merindui anak yang dikandung selama sembilan bulan tetapi hilang sejurus dilahirkan.Mak Teh seolah-olah berada dalam alam lain dan dapat melihat wanita separuh umur berpakaian serba putih membantu melahirkan anak
SEIRING dengan kejadian manusia, turut diciptakan Allah ialah akal bagi membezakan mereka dengan makhluk lain. Akal juga sepatutnya menjadi pendinding kepada tindak tanduk yang memudaratkan diri dalam menghadapi segala bentuk dugaan kerana janji Allah setiap ujian itu didatangkan untuk menguji keimanan.
Allah juga tidak akan menurunkan dugaan yang melampaui kemampuan manusia tetapi jika namanya makhluk lemah ujian yang sedikit pun dipandang berat. Lebih-lebih lagi jika ujian yang menimpa sukar diterima akal
Kisahnya memang tidak logik mengikut hukum alam tetapi apabila yang turut terbabit dalam mencorakkan cerita berkenaan ialah makhluk bunian yang memang wujud dalam dunia ini, kesahihannya tidak boleh dinafikan begitu saja.
Wanita digelar Mak Teh yang kini melewati usia senja masih ingat peristiwa itu dengan sejelas-jelasnya.
“Mak Teh bersyukur sangat selepas disahkan mengandung. Maklumlah sudah agak lama berkahwin. Kegembiraan Mak Teh dan suami usah dikira. Tidak sabar rasanya menantikan kelahiran anak sulung kami,” katanya ketika mengimbas kembali peristiwa berpuluh tahun lalu yang sehingga kini masih sukar difahami.
Tidak sukar menyelami kegembiraan yang dirasakan Mak Teh bakal menimang anak sendiri. Kandungannya dijaga dengan penuh hati-hati, malah temujanji dengan jururawat tidak pernah diabaikan.
“Apa saja petua demi memastikan kandungan sihat, asalkan tidak melanggar syarak, Mak Teh ikut. Semuanya bagi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sempurna,” katanya sambil mengelap air mata yang membasahi pipi tuanya.
Penantian Mak Teh tiba di penghujung pada satu petang Khamis. Sakit yang dialami di sekitar pinggang dan perut tidak pernah dialami sebelum ini. Namun kesakitan itu masih tidak dapat menandingi kebahagiaan yang menyelubungi Mak Teh dan suami. Mereka bakal menimang anak sendiri. Biar perit menahan sakit, Mak Teh tidak kisah kerana keinginan memeluk anak sendiri lebih mengujakan.
“Entah mengapa Mak Teh memilih untuk melahirkan anak di rumah. Jururawat tidak membantah kerana Mak Teh tidak mempunyai masalah sepanjang mengandung. Kesihatan juga baik. Jadi, tiada masalah untuk melahirkan anak di rumah. Persiapan sudah dilakukan.
“Dari petang membawa ke senja, sakit Mak Teh semakin berat. Mak Teh sudah pun berada dalam bilik yang sudah dikemas untuk tujuan itu. Jururawat turut menemani Mak Teh di dalam bilik itu. Ketika itulah terjadi satu kejadian yang tidak dapat Mak Teh lupakan sehingga kini.
“Kejadian yang meruntun emosi dan fikiran Mak Teh sehingga sekarang. Mak Teh tidak pernah letih memikirkan mengapa itu terjadi kepada Mak Teh,” katanya.
Mak Teh berkata, menjelang Maghrib malam Jumaat itu, Mak Teh tiba-tiba terbau haruman yang begitu menyegarkan. Haruman yang tidak pernah dihidu sebelum ini.
“Mak Teh bertanya kepada jururawat yang menemani sama ada dia tercium bauan itu. Soalan Mak Teh tidak berjawab kerana rupa-rupanya dia tertidur. Rasa marah terbit juga kerana dalam keadaan Mak Teh yang semakin sakit hendak melahirkan anak, jururawat tertidur.
“Dalam keadaan menahan sakit dan marah itulah Mak Teh seolah-olah berada di satu alam lain. Mak Teh dapat rasakan berada dalam keadaan antara sedar dan tidak. Mak Teh masih ingat dengan jelas beberapa wanita separuh umur berpakaian serba putih melangkah masuk ke dalam bilik.
“Mak Teh ingin bertanya siapa mereka kerana memang Mak Teh tidak mengenali mereka. Tetapi mulut Mak Teh bagaikan terkunci. Langsung tidak boleh bersuara. Percaya atau tidak, dalam keadaan itu Mak Teh selamat melahirkan bayi lelaki dengan kumpulan wanita asing itu menjadi bidan,” katanya.
Mak Teh terus bercerita bagaimana dia melihat sendiri mereka mengerat tali pusat, memandikan dan membalut tubuh bayinya. Kumpulan wanita asing itu turut menunjukkan bayi itu kepadanya. Malah Mak Teh sempat menyusukan bayi lelaki yang dilahirkan dalam keadaan serba tidak masuk akal itu.
Saat kumpulan berkenaan membawa bayinya keluar, Mak Teh cuba menghalang. Sayangnya Mak Teh terus kaku tidak dapat berbuat apa-apa. Cuma air mata yang mengalir mengiringi pemergian anak yang amat dirindui selama ini.
Sejurus kumpulan wanita berkenaan hilang jururawat tiba-tiba tersedar dan panik apabila melihat Mak Teh sudah selamat melahirkan anak tetapi bayinya tiada.
“Dia bertanya kepada Mak Teh apa yang berlaku kerana perlu membuat laporan kepada pihak hospital tetapi Mak Teh sendiri kebingungan. Mak Teh masih ingat bagaimana jururawat berkenaan seperti hilang punca. Beberapa kali dia berkata kepada diri sendiri: “Macam mana aku nak buat laporan kepada hospital? Pesakit sudah bersalin tetapi bayi tiada.”
“Dia juga hairan mengapa dia boleh tertidur. Jururawat berkenaan bertanya Mak Teh apa yang berlaku tetap Mak Teh cuma boleh menceritakan apa yang berlaku ketika dalam keadaan sedar dan tidak. Mak Teh jadi seperti orang hilang akal selepas peristiwa itu. Namun setiap malam Jumaat, anak Mak Teh akan dibawa berjumpa Mak Teh dan menyusukan bayi itu. Cuma pada waktu itulah Mak Teh berkesempatan menemui anak Mak Teh. Itu pun berlaku seolah-olah dalam mimpi tetapi dapat rasakan dia menyusu,” katanya.
Keadaan itu berlanjutan sehingga anak lelakinya itu berusia 12 tahun dan sehingga sekarang Mak Teh tidak pernah lagi bertemu dengan anaknya yang dibawa orang bunian memasuki alam mereka. Mak Teh juga tidak pernah mengandung lagi dan mengambil beberapa anak angkat sebagai penyeri rumah tangga.
Memang cerita Mak Teh sukar dipercayai logik akal. Mungkin ada yang mencebik bibir tetapi kuasa Allah sudah membuktikan tiada apa yang mustahil dalam dunia ini dengan kehendak-Nya. Bagi Mak Teh dan beberapa wanita lain yang berkongsi cerita dan kesedihan sama, cuma kesabaran dan keimanan yang menguatkan mereka untuk terus cekal berdepan ujian perit itu
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !