Headlines News :
.
Home » » Bahagi harta ikut faraid dituntut agama

Bahagi harta ikut faraid dituntut agama

Written By Unknown on Wednesday, February 24, 2010 | 03:13

Persoalan Agama: Bahagi harta ikut faraid dituntut agama
Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

SAYA berusia 24 tahun dan mempunyai masalah berhubung pembahagian harta pusaka
arwah nenek. Ini disebabkan arwah bapa sudah kembali ke rahmatullah terlebih
dulu berbanding arwah nenek yang baru saja kembali ke rahmatullah. Persoalannya
ialah:

1. Adakah saya sebagai cucu lelaki daripada anak lelaki berhak mewarisi harta
pusaka mengikut hukum faraid jika bapa saya terlebih dulu meninggal dunia
berbanding nenek yang baru saja meninggal dunia?

2. Apakah hukum jika pembahagian harta pusaka tidak mengikut hukum yang
digariskan oleh Islam iaitu hukum faraid?

drpd:
Kabaa,
Rantau Panjang, Kelantan.

Jawapan:
ALLAH SWT menyebut dalam surah an-Nisa' ayat 7 iaitu, "Orang-orang lelaki ada
bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat, dan orang-orang
perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kaum kerabat,
sama ada sedikit ataupun banyak daripada harta yang ditinggalkan itu iaitu
bahagian yang telah difardukan (diwajibkan dan ditentukan oleh Allah)."

Apabila seseorang meninggal dunia, harta yang ditinggalkannya menjadi hak semua
anak dan kaum kerabat mengikut pembahagian ditentukan oleh Allah SWT. Apabila
kita tidak menjalankan pembahagian faraid sudah pasti kita sudah memakan hak
orang lain tanpa kita sedari dan kita terdedah dengan ancaman neraka oleh Allah
SWT. Lebih-lebih lagi jika si mati meninggalkan anak, sudah pasti kita tergolong
dalam golongan memakan hak anak yatim seperti firman Allah SWT dalam surah
an-Nisa' ayat 10, "Sesungguhnya orang yang memakan harta anak yatim secara
zalim, sebenarnya mereka itu hanya menelan api ke dalam perut mereka dan mereka
pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala."

Bagi penjaga anak yatim, perlulah melihat pada ayat sebelumnya iaitu ayat 9,
"Dan hendaklah takut (kepada azab Allah SWT daripada melakukan aniaya kepada
anak-anak yatim oleh) orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan
mereka pula meninggalkan anak-anak da'if (yatim) di belakang mereka, (tentulah)
mereka akan berasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak
mereka. Oleh itu, hendaklah mereka bertakwa kepada Allah SWT dan hendaklah
mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

Soalan saudara kurang jelas mengenai siapakah yang ditinggalkan oleh si mati
tetapi dalam ilmu faraid, Allah SWT sudah menentukan bahagian seorang anak
lelaki menyamai dua bahagian anak perempuan seperti dijelaskan dalam ayat 11
surah an-Nisa': "Allah SWT perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka
untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua
orang anak perempuan... "

Apakah hikmahnya, saya syorkan saudara membeli Majalah Solusi isu 14, yang
diterangkan panjang lebar mengenai hikmahnya.

Antaranya, "Seseorang perempuan dari segi perbelanjaan dan keperluan nafkah
sudah terjamin, kerana nafkahnya wajib sama ada suami, anak lelakinya, bapanya,
saudara lelakinya, datuknya atau kaum kerabatnya yang lain. Kedua, seseorang
perempuan tidak dipertanggungjawabk an untuk memberi nafkah kepada sesiapa pun,
sebaliknya lelaki diwajibkan memberi nafkah kepada ahli keluarga dan kaum
kerabat.

Hukum mereka yang tidak menjalankan hukum faraid, dikhuatiri ia sudah mengambil
hak orang lain dan terdedah dengan ancaman Allah SWT seperti diterangkan dalam
firman-Nya dalam surah an-Nisa' ayat 10, "Sesungguhnya orang-orang yang memakan
harta anak-anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu hanya menelan api ke
dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang
menyala."

Untuk menggunakan kaedah pembahagian harta mengikut selain faraid, boleh
dilakukan jika semua ahli yang berhak memperolehnya, bersepakat dan bersetuju
melepaskan hak masing-masing untuk dibahagikan sama rata atau seumpamanya.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger