Headlines News :
.

Preview : Game 23 BPL 11/12 - Wolverhampton VS Liverpool

Written By Unknown on Tuesday, January 31, 2012 | 12:35

Moral serta kegembiraan menyambut kemenangan terhadap dua pasukan adik beradik Manchester minggu lalu masih segar dalam ingat. Walaubagaimanapun kita terpaksa melupakan untuk seketika kejayaan tersebut demi menghadapi semula cabaran Liga Barclays yang akan berlangsung esok pagi.

Berkujung ke Molineux stadium untuk menentang skuad tuan rumah Wolverhampton Wanderers, Liverpool sudah pasti akan mengambil ikhtibar dari kejadian dibelasah oleh skuad Bolton untuk lebih berhati2 dalam setiap perlawanan. Seperti yang kita sedia maklum, dari segi prestasi semasa, Liverpool sememangnya hebat apabila bertembung dengan pasukan kelas atasan, tetapi akan lemah gemalai apabila bertembung pasukan kelas bawahan. Sikap pemain dan prestasi sebeginilah yang membuatkan kita pening kepala, bahkan Dalglish juga mengakui kelemahan ini dan telah pun memberi amaran keras kepada pemain untuk menjual mana2 pemain yang gagal memberi sumbangan maksimum.


Dalam seminggu ini, sudah pastinya Video perlawanan menentang Bolton sentiasa dikaji oleh Mick McCarthy dimana ilmu yang telah diturunkan oleh Owen Coyle bakal dicuba pakai sekali lagi. Mungkin akan ada rasa sedikit gentar dihati McCarthy dengan kebangkitan Liverpool apabila menumbangkan dua pasukan berjiran. Tetapi seharusnya ia bukan satu alasan mudah untuk Liverpool memperlekehkan kebolehan anak serigala ini. Gagal memungut 3 mata, ini membuatkan kita sudah boleh melupakan tempat ke Champion League. Harap kita tidak terus berputih mata.

Perlawanan ini adalah perlawanan terakhir Luis Suarez digantung. Diam2 sudah lapan perlawanan Liverpool lalui tanpa Suarez. Malam ini adalah perlawanan kesembilan dimana lebih satu perlawanan Suarez digantung akibat tingkah lakunya ketika menentang Fulham awal Disember tahun lalu. Apapun tanpa Suarez bukan alasan kita lemah, diharap kuda2 tua Liverpool dapat membuat keajaiban lagi untuk memberikan peluang Liverpool terus bersaing mengejar empat kelompok terbaik liga. YNWA.

Siaran Langsung di:
Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
              : ASTRO SuperSport HD (831)
Live Streaming : Link 1  Link 2  Link 3
Tarikh : 1 February 2012 (pagi Rabu)
Kick Off : 03:45 pagi

FA Cup 11/12 - Undian pusingan ke 5

Written By Unknown on Monday, January 30, 2012 | 12:38

Sebelum bermulanya perlawanan di antara Arsenal menentang Aston Villa malam tadi, terlebih dahulu telah dilangsungkan undian pusingan ke-5 piala FA di stadium Emirate. 16 pasukan yang telah dan bakal layak ke pusingan ke 5 telah pun boleh berkira2 terhadap pasukan lawan masing2.

Kali ini sekali lagi Liverpool diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan ia menjadikan yang ketiga berturut dalam kejohanan piala FA musim ini. Lawan yang bakal berkunjung ke stadium Anfield pada kali ini adalah pasukan yang pernah kita tentang di dalam pusingan ke 3 piala Carling pada musim ini. Pasukan dari division satu ini ialah pasukan Brighton & Hove Albion.

Diatas kertas ia nampak seperti laluan mudah bagi Liverpool. Tetapi berdasarkan prestasi pasukan Liverpool kita seharusnya berhati2 dengan pasukan ini. Ketika pertemuan di piala Carling lalu, Liverpool telah berjaya mengalahkan Brighton dengan 2-1 melalui jaringan Bellamy dan Kuyt. Dengan berpandukan keputusan tersebut. kita dapat membayangkan bahawa menentang pasukan bawahan bukanlah satu tugas yang mudah kerana, pada perlawanan tersebut, Liverpool gagal untuk memberi persembahan terbaik untuk menjaringkan gol yang lebih banyak. Sekiranya Liverpool tidak berhati2 sudah pasti nasib sama seperti Newcastle United yang dikalahkan oleh Brighton bakal berulang kembali.

Perlawanan ini dijangkakan akan dilangsungkan pada 18 dan 19 Februari 2012 nanti. Kita berharap pasukan Liverpool tidak bermasalah untuk melangkah ke pusingan ke enam dan seterusnya mencipta sejarah berganda ke Wembley pada musim ini selepas Piala Carling. YNWA

Berikut adalah keputusan undian pusingan ke 5.

Liverpool VS Brighton & Hove Albion
Everton VS Blackpool OR Sheffield Wednesday
Chelsea VS Birmingham City
Crawley Town VS Stoke City
Stevenage VS Tottenham Hotspur
Norwich City VS Leicester City
Sunderland OR Middlesbrough VS Arsenal
Millwall OR Southampton VS Bolton Wanderers

4th Round FA Cup 11/12 - Liverpool 2-1 Manchester United

Written By Unknown on Sunday, January 29, 2012 | 04:01

"Kalau anda gembira tepuk tangan". Yeahhh, tiada ungkapan yang mampu lagi diucapkan melainkan sekalung tahniah keatas pemain2 Liverpool yang telah berjaya membenam pasukan yang kononnya hebat MUnyet di Anfield malam tadi. mengaibkan anak2 setan dengan keputusan 2-1 sudah memadai untuk Liverpool terus mara kepusingan ke 5 dan seterusnya merapatkan lagi misi ke Wembley buat kali kedua berturut2 musim ini selepas piala Carling.

Pemain terbaik perlawanan ini sudah tentunya Danie Agger yang berjaya mengawal kubu Liverpool dengan cemerlang sekali serta menjaringkan gol pembukaan melalui tandukan yang tidak dicabar oleh pertahanan Munyet. Mungkin pemain Munyet tak menyangka Agger boleh terbang tinggi melebihi mereka dan Carroll untuk menanduk masuk bola tersebut.


Park Ji-Sung berjaya juga menyamakan kedudukan, tetapi memasukkan tiga pemain, Adam - Kuyt dan Bellamy untuk mengantikan Carragher, Maxi dan Gerrard memberi satu tamparan hebat kepada pertahanan MUnyet. Seburuk2 Carroll, beliau telah memberi sumbangan yang amat besar pada keputusan malam tadi. Menanduk kebelakang bola untuk menghantar kepada Kuyt sebelum disempurnakannya adalah gol yang paling berharga bagi Liverpool serta menyayat hati penyokong MUnyet.

Kesian Alex Fuckinson, beliau sendiri tak tahu kenapa MUnyet kalah. Itulah alasan yang tak munasabah untuk menutup kemaluan yang amat sangat setelah gagal meneruskan ke pusingan seterusnya. Evra, memang kantoi akibat diejek oleh penonton. Nasib Baik kat England, kalau kat Malaysia dah lama melekat botol air kat kepalanya. Apapun cukuplah setakat ini SG melepaskan kegembiraan sambil mengutuk pasukan hebat yang jatuh terhumban kedalam Lubang Old Toilet. Simpan selebihnya untuk pertembungan Liga pada 11 Februari di Old Toilet nanti.


p/s : Liverpool tidur dengan lena sambil dibuai mimpi indah. Manchester United tidur dalam kegelisahan sambil dibuai mimpi ngeri.... itulah namanya bola itu bulat.

Scoring Summary

Liverpool Manchester United
Daniel Agger (21')Park Ji-Sung (39')
Dirk Kuyt (88') 

Match Stats

Liverpool               Manchester United
14(9) Shots (on Goal) 9(3)
11 Fouls 9
5 Corner Kicks 1
2 Offsides 1
43% Time of Possession 57%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
3 Saves 11

Teams

Liverpool Manchester United
25 Pepe ReinaDavid De Gea
23 Jamie CarragherPatrice Evra
Daniel Agger21 Rafael
37 Martin SkrtelJonathan Evans
Josรฉ Enrique12 Chris Smalling
34 Martin Kelly16 Michael Carrick
Steven Gerrard11 Ryan Giggs
19 Stewart Downing22 Paul Scholes
11 Maxi Rodrรญguez13 Park Ji-Sung
14 Jordan Henderson25 Antonio Valencia
Andrew Carroll19 Danny Welbeck
Substitutes
32 DoniAnders Lindegaard 34
Glen JohnsonMichael Keane 38
16 Sebastian CoatesRio Ferdinand 5
26 Charlie AdamFabio 20
33 Jonjo ShelveyPaul Pogba 42
39 Craig BellamyDimitar Berbatov 9
18 Dirk KuytJavier Hernรกndez 14
Substitutions
Dirk Kuyt for Jamie Carragher (63)Javier Hernรกndez for Paul Scholes (76)
Charlie Adam for Maxi Rodrรญguez (63)Dimitar Berbatov for Ryan Giggs (90)
Craig Bellamy for Steven Gerrard (72) 
Yellow Cards
 Rafael (66)
· Squads: Liverpool | Manchester United

Game 5 MSL 2012 - T-Team 1-2 Selangor

Akhirnya badi kekalahan empat perlawanan berturut2 musim lalu berjaya juga dihapuskan pada perlawanan malam tadi. T-team terpaksa akur dan merelakan rekod cemerlang keatas Selangor lebur dihalaman sendiri Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Red Giant telah membuktikan mereka sudah kembali bangkit untuk menewaskan T-Team 1-2.

Gol Selangor berkunjung tiba pada minit ke 35 hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain importnya Ramez Dayoub. Walaubagaimanapun jaringan tersebut berjaya disamakan oleh Zairo Anuar Zailani seawal babak kedua bermula. Tetapi telah tersurat kemenangan bakal berpihak kepada Selangor, Azidan Sarudin telah menjadi wira untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke 77. Dengan keputusan ini Selangor telah melonjak ke tangga 5 liga dengan memungut 8 mata.


Selepas ini, pasukan selangor akan mengadakan aksi persahabatan bersama skuad Olimpik negara pada hari Selasa nanti. Pada perlawanan ini juga Skuad Selangor akan menguji 2 pemain import baru untuk mengantikan Lelo Mbele yang telah ditamatkan kontraknya akibat kecederaan yang masih belum sembuh. Dua pemain import tersebut ialah Amadou Konte, 31, dari Mali yang pernah beraksi bersama Cambridge United, Hibernian dan Al Hilal serta Bosko Balaban, 34, dari Croatia yang pernah menyarung jersi Dinamo Zagreb, Aston Villa dan FC Ingolstadt 04.

Preview : 4th Round FA Cup 11/12 - Liverpool VS Man. United

Written By Unknown on Saturday, January 28, 2012 | 02:45

"Road To Wembley". Hajat pertama untuk melangkah ke stadium Wembley sudah berhasil apabila Liverpool layak ke Final piala Carling menentang pasukan Cardiff City. Kini misi kedua pula diteruskan untuk memastikan Liverpool bakal memonopoli Stadium Wembley pada musim 2011/2012 ini.

Merentasi pusingan ke-4 dalam saingan piala FA ini, Liverpool berdepan tugas besar apabila menerima kunjungan pasukan Manchester United di Anfield. Sememangnya begitulah nasib Liverpool apabila seringkali diundi untuk bertemu pasukan2 terbaik liga di awal aksi saingan. Musim lalu juga kita telah diundi untuk bertemu pasukan Setan Merah ini seawal pusingan ke-3.

Kita masih ingat lagi dengan aksi perlawanan yang amat menyakitkan kita. Diaibkan oleh pemain ke 12 Setan Merah diatas padang " Howard Webb", yang telah membuat keputusan diluar dugaan. Memberi sepakan penalti kepada MU seawal minit ke-2 dan kemudiannya melayangkan kad merah kepada Steven Gerrard di waktu perlawanan baru berlangsung setengah jam. Sememangnya kisah yang serupa juga terjadi kepada Mak Siti ketika menentang mereka di pusingan ke-3 tempohari.


Kini adakah peristiwa itu bakal berulang kembali. Provokasi penyokong Setan Merah telah bermula semenjak Liverpool tewas kepada Bolton lagi. Bagi SG, kalau bola tu empat segi ataupun lonjong, mungkin bolehlah penyokong mereka kata MUnyet menang, ini bola bulat. Macam2 boleh terjadi. Tetapi berdasarkan prestasi Liverpool musim ini, walaupun terumbang ambing ketika menentang kelab bawahan, tetapi apabila bertemu pasukan atasan, pasti kejayaan bakal tercipta walaupun hanya sekadar mampu seri. Dibantu lagi dengan sorakan peminat di halaman sendiri serta semangat layak ke Final Piala Carling, sekurang2nya Alex Fuckinson bagai nak gila termenung memikirkan strategi yang bakal diguna pakai oleh Dalglish.

Apa yang pasti, si petualang Evra pasti sukar untuk menyesuaikan diri di atas padang pada perlawanan nanti akibat di booo dan diejek oleh penyokong Liverpool diatas kesialan yang telah dilakukan olehnya. Di atas kertas, mungkin MUnyet menguasai perlawanan, tetapi dari segi moral dan semangat membalas kebiadaban yang telah dilakukan oleh mereka, sudah pastinya Bellamy akan mengamuk lagi untuk membawa Liverpool mara ke pusingan seterusnya. YNWA.....


 p/s: Suarez dah mula kembali kepadang dalam pra latihan terakhir sebelum perlawanan ini. Walaupun beliau dijangkan hanya mula bermain  ketika menentang Spurs pada 6 Februari nanti, tapi kehadirannya sedikit sebanyak dapat membakar semangat rakan2nya untuk menghukum "SETAN DIREJAM...."

Preview : Game 5 MSL 2012 - T-Team VS Selangor

Tempoh rehat seminggu sudah cukup bagi Selangor untuk kembali memberi saingan dalam kancah Liga Super. Berkunjung ke stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu untuk menentang skuad T-Team sememangnya memberi satu cabaran besar kepada pasukan Selangor.

Selangor memulakan musim ini dengan langkah yang terlalu perlahan dimana hanya mampu memungut 5 mata dari empat perlawanan. Menduduki tangga ke 8 dalam carta liga, ia bukanlah suatu keputusan yang digemari oleh peminat setia merah kuning ini. Rekod pertemuan bersama pasukan T-Team ini kebanyakannya lebih memihak kepada kelab dari Terengganu ini. Sejak tahun 2010, 6 perlawanan telah mereka lalui, dimana selangor hanya memenangi hanya 2 perlawanan pada tahun tersebut dah selebihnya Selangor gagal mengutip sebarang mata.


Badi kekalahan pasukan Selangor ini sememangnya diakui oleh Jurulatih Irfan Bakti. Kita boleh bandingkan sendiri prestasi semasa skuad T-Team ketika ini, memungut 7 mata untuk berada ditangga ke-4 adalah satu petanda bahawa pasukan ini sedang berada pada prestasi terbaiknya. Dengan masalah penyerang yang masih melanda, diharap Selangor dapat memberi saingan hebat dalam mengejar 3 mata penuh untuk dibawa pulang.

Kisah kejayaan Ke Wembley menjadi topik hangat

Written By Unknown on Thursday, January 26, 2012 | 23:25

Kemenangan perlawanan separuh akhir kedua semalam, menjadikan semua peminat tersenyum dalam tidur mereka. Jika 4 hari sebelum ini, pasukan Liverpool mendapat kutukan keras dari peminat2 sendiri hasil selepas kekalahan 3-1 keatas Bolton Sabtu lalu, hari ini, masing2 memberi pujian yang melambung tinggi.

Itulah adat bolasepak. Kutukan, kritikan dan pujian tidak dapat dipisahkan. Ia jugalah sebenarnya membuktikan kesetian peminat2 & penyokong setia terhadap kelab bolasepak kesayangan masing2. Marah itu perkara biasa, pujian melambung tinggi pula sukar untuk dibiasakan. Walauapapun cara kita meluahkan perasaan kita terhadap kelab, pastikan kita tetap setia bersama pasukan disaat susah senangnya.

Bukan senang nak jadi peminat sejati kalau pasukan tak stabil. Sakit telinga kena Provokasi. Apapun orang kata, kita tetap bersama selamanya. Liverpool Y.N.W.A.....

Semi Final 2 Carling Cup 11/12 - Liverpool 2 - 2 Man. City (agg 3-2)

Hari ini SG lalok. Akibat tidur hanya 2 jam saja, waktu kerja disiang hari jadi mengantuk dan rasa nak tumbang je. Mula tidur selepas melayan filem hindustan "Mann" sekita2 1.30 pagi, bangun semula tepat pukul 3.30 pagi. Inilah namanya kerja gila bagi orang yang tak memahami erti pengorbanan seorang penyokong setia kelab bolasepak.

Sememangnya kerja gila itu mendapat balasan yang berbaloi2. Menyaksikan aksi2 dramatik untuk meneruskan misi laluan  ke Stadium Wembley, akhirnya walaupun sekadar seri 2-2 dihalaman Anfield, Liverpool diiktiraf menjadi pasukan yang layak untuk ke perlawanan akhir piala Carling menewaskan Mak Siti dengan aggregat 3-2. Aksi yang mendebarkan. Kalau ada yang sakit jantung memang mau pengsan tengok perlawanan ini pagi semalam.


Kuda tua juga yang memberi kita kelegaan dengan kejayaan ini. Craig Bellamy berada tepat pada kedudukan yang betul selepas bermain satu dua bersama Johnson dan kemudiannya menyudahkan dengan cantik menewaskan Joe Hart. Itulah gol kedua Liverpool untuk menyamakan kedudukan selepas Mak Siti mendahului 1-2 melalui Edin Dzeko. Terlebih dahulu, De Jong yang telah membuat percubaan jarak jauh berjaya memberi gol pendahuluan pelawat sebelum disamakan oleh Gerrard melalui jaringan penalti selepas bola rembatan Agger terkena tangan Micah Richards.

Selepas mendapat amaran lisan dari Dalglish, nampaknya semua pemain Liverpool bermain mati2an untuk mengelakkan mereka dijual. Tiada Carroll sebagai pemain utama, menjadikan Bellamy sebagai penyerang untuk mengkucar kacirkan pertahanan Mak Siti. Apa pun semua pemain dapat menjalankan tugas yang baik dan cemerlang untuk mengekang jentera Mak Siti.

Lawan pasukan Liverpool di Wembley sudah tentunya bekas kelab Bellamy merangkap kelab yang dimiliki jutawan Malaysia Cardiff City. Ingat tarikh ini " 26 Februari 2012", kita bertemu di Wembley selepas 6 tahun tidak pernah beraksi di pentas Final. YNWA


p/s: Piala cikai pun cikailah, janji ada kejuaraan yang bakal dijulang. Sekurang2nya menjuarai piala cikai ini, pintu untuk bermain di Liga Eropah terbuka secara automatik untuk Liverpool. Tapi aku nak Champion League......

Layan gol2 dalam perlawanan ini.

Scoring Summary

Liverpool Manchester City
Steven Gerrard (pen 41')Nigel De Jong (31')
Craig Bellamy (74')Edin Dzeko (67')

Match Stats

Liverpool                     Manchester City
15(12) Shots (on Goal) 6(4)
7 Fouls 7
12 Corner Kicks 2
6 Offsides 1
44% Time of Possession 56%
2 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
4 Saves 10

Teams

Liverpool Manchester City
25 Pepe Reina25 Joe Hart
Glen JohnsonJoleon Lescott
Daniel AggerMicah Richards
37 Martin SkrtelPablo Zabaleta
Josรฉ Enrique13 Aleksandar Kolarov
Steven Gerrard15 Stefan Savic
19 Stewart Downing18 Gareth Barry
26 Charlie Adam34 Nigel De Jong
14 Jordan Henderson19 Samir Nasri
39 Craig Bellamy21 David Silva
18 Dirk Kuyt10 Edin Dzeko
Substitutes
32 DoniCostel Pantilimon 30
23 Jamie CarragherGaรซl Clichy 22
34 Martin KellyKarim Rekik 44
16 Sebastian CoatesOwen Hargreaves 20
11 Maxi RodrรญguezJames Milner 7
33 Jonjo ShelveyAdam Johnson 11
Andrew CarrollSergio Agรผero 16
Substitutions
Martin Kelly for Craig Bellamy (88)Sergio Agรผero for Stefan Savic (46)
Andrew Carroll for Dirk Kuyt (90)Adam Johnson for Nigel De Jong (78)
Yellow Cards
Steven Gerrard (5)Aleksandar Kolarov (56)
Josรฉ Enrique (64)
· Squads: Liverpool | Manchester City

Preview : Semi Final 2 Carling Cup 11/12 - Liverpool VS Man. City

Written By Unknown on Wednesday, January 25, 2012 | 01:19

Misi selangkah lagi untuk ke Wembley akan diteruskan lagi pada awal pagi esok. Menerima kunjungan anak2 buah Mancini  di Anfield sudah pastinya Liverpool terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi bagi memastikan layak ke slot perlawanan akhir.

Bekalan 1 gol yang dibawa dari Etihad sebenarnya masih belum menjamin tempat yang kukuh ke perlawanan akhir. Seperti yang kita ketahui, prestasi pemain2 bertaraf bintang yang dimiliki Mak Siti ini sememangnya amat merisaukan kita. Sudah 3 kali kedua2 pasukan ini bertemu dimana sama2 setaraf kedudukannya. Menang, seri dan kalah sekali. Tetapi jika dikira dari segi jaringan, sudah tentunya Mak Siti boleh berbangga kerana berjaya membenam pasukan kita dengan 3-0 pada perlawanan liga dan hanya tewas 1-0 pada kempen Carling Cup.

Setakat ini, stadium Anfield masih kukuh dari diruntuhkan oleh pasukan lawan yang datang bertandang. Walaupun rekod bermain di sini kebanyakannya hanya berkesudahan dengan seri, tetapi kita yakin, Liverpool akan memperolehi tonik yang mujarab apabila bertemu pasukan top 6 liga. Jika kita kaji semula prestasi Liverpool musim ini, kita banyak membuang mata pada kelab bawahan, tetapi, kita telah berjaya menundukkan keangkuhan kelab atasan. Harap2 ia akan terus berulang.

Diharap dengan ketiadaan dua beradik Toure yang sedang bermain piala Afrika, Kompany yang masih digantung serta kemungkinan besar Baloteli juga digantung 4 perlawanan,akan memberi kita sedikit ruang untuk mencipta jaringan. Kita mula nampak apabila tiadanya Kompany dibahagian pertahanan dan digantikan Savic, memang nampak sedikit kegoyahan dan semoga kecacatan ini dapat digunakan sebaik mungkin.

Akhir kata, majulah Liverpool untuk melangkah ke Wembley serta mengembalikan moral yang tercalar disebalik kekalahan kepada Bolton tempohari. Kutip kemenangan untuk menambahkan semangat menjelang pertemuan skuad Setan Merah pada hari Sabtu nanti. YNWA..

p/s: Lama lagi nak lawan MUnyet, tapi budak2 scum dia telah memulakan provokasi murahan. Tak layan pun mereka2 ni, just fokus Carling Cup dulu. Berjaya ini, maka berjaya jugalah piala FA. pergi jahanam ko setan....

Game 22 BPL 11/12 - Bolton 3-1 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, January 22, 2012 | 13:02

Apa komen anda tentang perlawanan ini. Buat pertama kalinya SG malas nak komen lebih2 tentang prestasi Liverpool yang terus merundum. Rekod cemerlang 7 perlawanan tidak pernah tewas dengan Bolton, akhirnya berkecai apabila diaibkan oleh anak2 buah Owen Coyle 3-1 di Stadium Reebok.

Sebenarnya memang nampak nyata pembelian Liverpool  musim ini sememangnya pembaziran besar kecuali pembelian Bellamy dan Jose Enrique. Walaupun sudah boleh digelar kuda tua, tetapi Bellamy juga yang nampak menyerlah dan telah mengumpul 7 gol bersama Liverpool musim ini. Carroll, macam main polis sentri jer kat atas. Charlie Adam semakin lama semakin hampeh. Downing dan Henderson masih tercari2 rentak yang diterapkan oleh Dalglish. Dipendekkan cerita membariskan pemain2 British adalah keputusan yang tak boleh pakai. Kalau tak percaya tengoklah macamana permainan pasukan England. Hanya gah pada nama bintang2, tetapi hakikatnya korang fikirlah sendiri.


Dalglish dah kena tukar plan B, buang egonya untuk tidak mengulangi nasib serupa pasukan dibawah Pakcik Roy. Biar beli pemain2 cikai macam Wenger buat, tapi berbaloi2 pada pasukan dari membeli bintang2 yang mahal, tapi malap tak bersinar. Se ngok2 Ngog sikit punya bagus dia main untuk Bolton. Masa kat Liverpool, tak ada siapa yang tahu nak gilap. Ingatkan Gary Cahill dah kena jual ke Chelsea, bolehlah nak mengigit Bolton, rupanya Liverpool pula kena sengat.

Selepas ini dua perlawanan maut menanti Liverpool. Kedua2nya perlawanan penting hidup mati pasukan. Bertemu Mak Siti pada pagi Khamis dalam timbal balik separuh akhir piala Carling dan Bapak Setan Merah pada hari Sabtu dalam pusingan ke-4 piala FA . Walaupun berkelebihan 1 gol tempat lawan ketika menentang Mak Siti nanti, tetapi nak bangga sangat pun takut makan diri. Harap kedua2 perlawanan itu nanti Liverpool tidak diaibkan dihalaman sendiri.

p/s: Tiba2 SG teringatkan Rafa Banitez, Adakah Liverpool masih memerlukan khidmatnya lagi. (Rindukan Suarez dan Lucas)..



Scoring Summary

Bolton Wanderers Liverpool
Mark Davies (3')Craig Bellamy (36')
Nigel Reo-Coker (29') 
Gretar Rafn Steinsson (50') 

Match Stats

Bolton Wanderers            Liverpool
16(5) Shots (on Goal) 11(5)
10 Fouls 15
5 Corner Kicks 5
0 Offsides 5
39% Time of Possession 61%
0 Yellow Cards 2
0 Red Cards 0
4 Saves 2

Teams

Bolton Wanderers Liverpool
Adam Bogdan25 Pepe Reina
12 Zat KnightDaniel Agger
31 David Wheater37 Martin Skrtel
18 Samuel RickettsJosรฉ Enrique
Gretar Rafn SteinssonGlen Johnson
Fabrice Muamba26 Charlie Adam
19 Nigel Reo-CokerSteven Gerrard
16 Mark Davies11 Maxi Rodrรญguez
10 Martin Petrov14 Jordan Henderson
Chris Eagles39 Craig Bellamy
24 David NgogAndrew Carroll
Substitutes
14 Kevin DaviesJamie Carragher 23
Tuncay SanliDirk Kuyt 18
21 Darren PratleyStewart Downing 19
25 Dedryck BoyataDoni 32
36 Michael O'HalloranJonjo Shelvey 33
39 Joe RileyMartin Kelly 34
43 Jay LynchSebastiรกn Coates 16
Substitutions
Kevin Davies for David Ngog (88)Dirk Kuyt for Maxi Rodrรญguez (64)
Tuncay Sanli for Chris Eagles (90)Stewart Downing for Charlie Adam (65)
Yellow Cards
 Josรฉ Enrique (63)
 Dirk Kuyt (90)
· Squads: Bolton Wanderers | Liverpool

Game 4 MSL 2012 - Selangor 0-0 Sarawak

Sama hebat, sama kuat dan sama hampeh. Itu sahaja yang boleh diungkapkan mengenai perlawanan diantara Selangor menentang Sarawak di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. Perlawanan yang berkesudahan dengan seri tanpa jaringan membuktikan kedua2 pasukan masih buntu untuk mencari jaringan.

Selangor yang terus dilanda masalah penjaring, gagal memanfaat kesempatan bermain dihalaman dan dihadapan penyokong sendiri apabila banyak melepaskan peluang2 yang terhidang. Tuah terus tidak menyebelahi Selangor apabila sepakan percuma yang cantik dari Asrarudin Putra hanya sekadar menyinggahi palang gol. Begitu juga percubaan Amri Yahya dari jarak 50 meter dan percubaan jauh Bunyamin berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Sarawak.


Melalui 4 perlawanan. Selangor kini menduduki tangga ke -8 dengan memungut 5 mata, 5 mata ketinggalan dengan pendahulu liga Kelantan. Minggu hadapan Selangor akan bertandang pula ke Kuala Terengganu untuk menentang pasukan T-Team. Tugas yang pasti mencabar perlu digalas oleh anak2 buah Irfan Bakti untuk mengembalikan kepercayaan penyokong dimana rekod musim lalu, Selangor tidak pernah menang ketika menentang pasukan ini. Harap segala bakal berubah. Viva Selangor.

Kedudukan Carta Liga Super (4 perlawanan)

Preview : Game 22 BPL 11/12 - Bolton VS Liverpool

Written By Unknown on Friday, January 20, 2012 | 17:07

Setelah gagal mengutip 3 mata penuh di Anfield minggu lalu, esok Liverpool akan bertandang ke Stadium Reebok untuk bertemu pasukan di tangga 19 liga ketika ini iaitu Bolton Wanderers. Atas kertas nampak mudah kerana Bolton adalah pasukan yang mudah untuk menjadi santapan pasukan2 lain. Tetapi jika dibandingkan prestasi Liverpool ketika ini, kita sendiri berasa sedikit gusar.

Sememangnya rekod Liverpool apabila bertemu pasukan kelas bawahan ini, amatlah merisaukan. Sukar mendapatkan 3 mata penuh melainkan seri sepanjang masa. Rekod bertemu Bolton pula dalam 3 perlawanan yang lalu, memang menyebelahi Liverpool dimana kali terakhir bertemu ialah pada awal musim ini dengan kemengan 3-0 di Anfield. Tetapi itu hanya rekod yang menjadi sejarah. Sampai bilakah kita nak banggakan sejarah?

Mengikut pola servey yang telah dilakukan, ramai peminat lebih mengharapkan Kuyt untuk menjadi penyerang utama berbanding Carroll ditempat kedua dan Bellamy ketiga.  Tetapi jika dibandingkan dengan jumlah jaringan yang telah mereka cipta, Bellamy telah mencipta 6 gol peribadi, Carroll dan Maxi 4 gol sementara Kuyt hanya 1 gol. Harap Dalglish kena bijak untuk menggunakan penyerang yang sedia ada dalam mencari gol kemenangan. YNWA.

Statistik kedua2 pasukan.

Channel : ASTRO SuperSport 3 (817)
               : ASTRO SuperSport HD (831)
Live Streaming : LINK 1 , LINK 2 , LINK 3
Date : 22 January 2012
Kick Off : 01:30 am (Malaysia Time)

Preview : Game 4 MSL 2012 - Selangor VS Sarawak

Selepas diaibkan oleh pasukan berstatus kelab Selasa lalu, adakah skuad Selangor akan kembali menyinar pada perlawanan esok?. Bermain dihalaman sendiri sudah pastinya penyokong2 setia Red Giants mengharapkan tuah Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menundukkan pasukan Sarawak.

Prestasi semasa skuad Bujang Senang ini sebenarnya tidaklah seberapa hebat ketika ini. Tiga perlawanan yang telah mereka harungi, mereka hanya menang sekali pada perlawanan pembukaan sebelum tewas dua kali berturut2. Tetapi ia bukanlah satu petanda bahawa skuad Bujang Senang ini mudah untuk diratah sebaliknya kita seharusnya risau sekiranya tiba2 buaya yang diam akan tiba2 menganas akibat dahagakan kemenangan.

Irfan Bakti perlu membuat sesuatu perubahan pada perlawanan ini dimana hanya mengharapkan Amri Yahya sahaja dihadapan membuatkan Red Giants buntu untuk mencari gol. Apapun kita mengharapkan Irfan dapat memberi sesuatu yang terbaik kepada pasukan sepertimana pengalamannya yang telah mengendalikan banyak pasukan lain. Viva Selangor.

tamatnya kontrak adidas di Anfield

Written By Unknown on Thursday, January 19, 2012 | 03:32

Dengan rela hati terpaksa penyokong Liverpool menerima hakikat bahawa bermula musim 12/13, tiada lagi jersi Adidas berlambangkan Liverpool. Adidas secara rasminya tidak menyambung kontrak lanjutan setelah tempoh kontraknya tamat pada akhir musim ini. Secara rasminya syarikat dari Amerika Warrior Sports akan mengambil alih penjenamaan barangan Liverpool.

Kita akui, sememangnya jenama Adidas sentiasa menjadi gilaan ramai apalagi dengan designnya yang amat menarik hati. Setiap jersi seperti ada kekurangan sekiranya tiada 3 jalur disisi. Tapi apaguna design dan kualiti bagus sekiranya pandangan seorang lembaga pengarahnya terlalu keji buat Liverpool. Beliau telah menyatakan bahawa :-

" Adidas tidak menyambung kontrak jenama pakaian dan peralatan Liverpool disebabkan prestasi pasukan Liverpool yang tidak meningkat"

Bolehkah anda terima alasan sedemikian?. Memang bangang betullah pengarah ni. Tidakkah beliau sedar bahawa jersi Liverpool terjual hampir 900 ribu setahun yang menjadikan antara kit jualan keempat tertinggi didunia selepas Manchester United, Barcelona dan Real Madrid dimana Liverpool hanya memperolehi sekitar £ 12 juta setahun dari Adidas. Berbaloikah royalti yang dibayar ini?

Sebenarnya Adidas tak mampu nak membida harga yang Liverpool minta. Kita masih ingat bagaimana Carlsberg pun bagi royalti rendah gak sebelum diambil alih oleh Standart Chartered. Kini dengan Warrior Sports Liverpool dapat 2 kali ganda iaitu £ 25 juta setahun. Rekod terbaru liga Inggeris selepas menewaskan nike yang menaja MU sekitar £ 23.5 juta setahun. Bayangkan dengan penjenamaan semula berapa banyak kelab memperolehi keuntungan.

Contoh Warrior Sports Design

Apapun alasan Adidas, pergi jahhanamlah dia sebab musim depan dah keluar design baru. SG boleh saja terima apapun jenama( walaupun cap ayam). Selangor yang sebelum ini Adidas dan kini Kappa pun SG beli gak. So tiada masalah cacat tanpa 3 jalur disisi.

p/s: Kalau tak silap Swansea dan Stoke City pun Adidas taja gak. So kelab2 tu meningkat sangat ke naiknya. Banyak sangat ke bagi untung kat mereka. Otak nak melingkup bisnes. huhuhuhuhu

Tinggal kenangan
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger