Headlines News :
.

Will 2011 - Peminat Liverpool wajib tonton

Written By Unknown on Wednesday, February 29, 2012 | 02:24


Dah 5 hari SG mendownload filem Will ini, baru malam tadi sempat nak tengok. Maklumlah masa yang sentiasa sibuk dengan kerja2 harian serta meraikan kemenangan Liverpool dalam Piala Carling tempohari. Bila ada masa yang terluang barulah teringat movie ni belum tengok lagi. Memang ingat sebelum ni nak posting link download ni, tetapi tak syok pula sibuk2 nak promosi tapi SG sendiri belum menontonnya. Jadi maafkanlah SG sekiranya terlambat nak share download link movie tersebut.


SG nak cerita sinopsis pasal Will ni pun, x ler banyak mana yang boleh dikongsikan. Sebab kalau dicerita semua, memang dah tak bestlah bila korang tengok cerita ni nanti. Sebab dah tau jalan ceritanyakan. Yang terbaiknya, pelakon cilik inilah yang boleh kita jadikan idola dalam kesetiaan dan minat yang mendalam terhadap pasukan Liverpool. Terpaksa menghadapi berbagai rintangan di beberapa buah negara sebelum sampai ke Istanbul untuk bertemu Steven Gerrard, Jamie Carragher dan Kenny Dalglish dalam final Champion League 2005.

Yang tak seronoknya, Gerrard dan Carragher hanya muncul selama 1 minit manakala Dalglish 5 minit sahaja dalam cerita ini. Kalaulah lebih lama mereka diberi peluang berlakon, barulah lebih menarikkan. Bila dengan lagu You'll Never Walk Alone pula, bukan main tersentuh hati SG. Pokok pangkalnya korang layanlah cerita ni. Sedih, kelakar semua cukup. Kepada anda, selamat menonton.


Cepat2lah download, sebelum link ni dihapuskan oleh pihak yang berkenaan.

Click disini dan pilih hosting server yang sesuai


p/s: Kesian kat Rafa Banitez. Sepatutnya dia yang layak membintangi watak pengurus. Tetapi apakan daya, Dalglish adalah pengurus semasa dan Liverpool lagend. Apapun TQ Rafa. Kerana anda, Liverpool 2 kali melangkah ke Final Champion League dan menjuarainya pada tahun 2005. YNWA....

Final Carling Cup 11/12 - Liverpool juara

Written By Unknown on Monday, February 27, 2012 | 05:04

Siapa yang mengaku peminat setia Liverpool tak sesak nafas tengok game tadi. Rasanya mahu ada yang kena serangan jantung tengok game yang penuh dramatik, fantastik dan mendebarkan. 130 minit masa perlawanan ditambah sepakan penalti, barulah Liverpool ditabalkan sebagai juara piala Carling merangkap koleksi ke-8 dalam kabinet di Anfield.


Seperti y ang dikatakan dulu, Cardiff City sememangnya Liverpool tidak boleh pandang rendah terhadap kemampuan mereka. Mungkin dari beberapa kesilapan kecil, akhirnya perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan 30 minit sebelum penentuan sepakan penalti dilangsungkan. Sebagai suatu pasukan, sememangnya kita tidak menyalahkan hanya sesorang pemain sahaja, tetapi kesemuanya memainkan peranan penting dalam membina kejayaan. Walaupun ditingalkan dengan jaringan awal Cardiff, Skrtel menjadi penyelamat seketika untuk keputusan 1-1 hingga tamat waktu sebenar perlawanan.


Strategi Kenny memasukkan Kuyt pada babak2 masa tambahan sememangnya dipuji tinggi. Ketika pemain2 Liverpool seakan sudah keletihan, Kuyt yang digelar Mr. Duracell memberi sinar baru apabila berjaya menjaringkan gol untuk mendahului dengan 1-2. Malangnya 2 minit terakhir, Liverpool gagal mengekang kemaraan pemain2 Cardiff. 2 sepakan sudut berturut2 menjadikan Ben Turner berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2. Terlepas kembali piala digenggaman disaat akhir.


Apabila sepakan penalti bermula, Gerrard dan Adam gagal menyempurnakannya menjadikan Liverpool ketinggalan seketika. Pandangan ramai, sudah pasti Liverpool pulang dengan kekecewaan. Tetapi 3 sepakan selepas itu berjaya disudahkan dengan baik oleh Kuyt, Downing dan Johnson. membuatkan Liverpool ditabalkan juara setelah sepakan terakhir yang diambil oleh sepupu Gerrard juga tersasar. Apapun, Cardiff memang pasukan terbaik setanding pasukan Liverpool. Hanya nasib tidak menyebelahi mereka.


Tahniah Liverpool. Koleksi musim 11/12 baru bermula. Ayuh lengkapkan lagi dengan piala FA pula.. YNWA...


Scoring Summary

Cardiff City Liverpool
Joe Mason (19')Martin Skrtel (60')
Ben Turner (118')Dirk Kuyt (108')

Match Stats

Cardiff City                        Liverpool
11(7) Shots (on Goal) 39(19)
11 Fouls 14
3 Corner Kicks 19
1 Offsides 5
47% Time of Possession 53%
2 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
12 Saves 8

Shootout Snapshot

 0 - 0Steven Gerrard (miss)
Kenny Miller (miss) 0 - 0 
 0 - 0Charlie Adam (miss)
Don Cowie (pen) Goal1 - 0 
 1 - 1Dirk Kuyt (pen) Goal
Rudy Gestede (miss) 1 - 1 
 1 - 2Stewart Downing (pen) Goal
Peter Whittingham (pen) Goal2 - 2 
 2 - 3Glen Johnson (pen) Goal
Anthony Gerrard (miss) 2 - 3 

BR1M - Rezeki ayah

Written By Unknown on Sunday, February 26, 2012 | 18:48

Hari ini terpaksa SG bekerja half day. Inilah gara2 nak bawa ayah SG untuk menerima sumbangan kerajaan Malaysia sebanyak RM500 melalui skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Niat dihati nak je ambil cuti terus satu hari, tetapi memandangkan teman sepejabat pula nak cuti sekerat hari sebelah petangnya jadi terbantut jugalah untuk SG beragenda lain.

Bukan nak banyak songeh dan juga bukan nak puji melambung tinggi, tetapi mengenai pemberian BR1M ni sedikit menjadi tanda tanya kepada SG. Pelik juga apabila kawasan nak mengambilnya lebih jauh dari kawasan sekitar tempat kediaman. Mengikut pemerhatian SG, didalam DUN SG ni ada juga tempat yang membuat majlis penyerahan voucer tersebut. IKBN Kuala Langat hanya terletak lebih kurang 5 km dari rumah SG, tetapi kenapa pula dihantarnya ke DUN Sijangkang  iaitu di Sekolah Kebangsaan Kebun Bharu. Memanglah semenjak jalan pintas dimana jambatan menghubungkan Telok Panglima Garang telah dibuka dan jaraknya hampir jauh sedikit sahaja, tetapi lebih elokkan kalau diberi mengikut DUN ataupun kawasan mengundi.

Sebenarnya bapa SG pada mulanya memang tak nak pun memohon bantuan ni. Macam2 alasan dia bagi. Disebabkan disuruh mengisi borang secara paksa oleh orang kampung, dia mengalah juga. Layak ke tak, dia tak kisah pun memandangkan bila dah tahap warga emas ni, duit pencen pun cukup. SG?... tak layak kot nak memohon. So kalau dikira pendapatan bersama wife, nasib2 je boleh dapat. Senang cerita tak payahlah nak sibuk2 ambil. Bagi saja pada mereka yang benar2 layak dan memerlukan.

SG sampai di sekolah tersebut sekitar jam 9.30 pagi. Ramai tu memang adatlah. Nak buang duit pun boleh ramai, inikan nak dapat duit. SG berkira2 mahunya 2,3 jam baru boleh balik ni. Sambil2 menunggu ayah, SG disapa oleh seorang makcik. Bukan main membebel dia sebab susah sangat nak mencari tempat ni. Dia pun pelik kenapa dia dihantar kesini sedangkan tempat tinggalnya di Bandar Saujana Putra. Memanglah kalau dikira alamatnya, Saujana Putra tu dalam daerah Kuala Langat, tetapi secara geografinya kawasan yang terletak ditepi highway KLIA ni, memang terpencil dari daerah ini. Kenapa mereka tidak buat saja dikawasan tersebut untuk orang2 disana. Emmmm.. sabar ler makcik, dapat RM500 ni pun dah terlebih berbaloi dari kepenatan mencari destinasi ni.

Seronok juga melihat gelagat mereka2 yang dah dapat duit ni. Ada yang dah kena pau le oleh anak2 dan adik beradiknya minta belanja. Mungkin ada juga yang dah mengarang nak tukar tayar kereta baru dan sebagainya. Maklumlah masing2 senyum sampai ketelinga dapat durian runtuh. Dalam masa setengah jam, ayah SG dah pun keluar. Aikk... cepatnya. OOO.. patutlah ada lorong warga emas rupanya. Terima kasihlah kerana menghargai mereka untuk tidak mendera dengan beratur panjang menjela2 dan berjam2. Didalam kereta ayah pun berceritalah kisah semasa nak ambil duit tu tadi. Yang menggelikan hati SG, ada orang pesan kat ayah "Lepas ni ingat2 le kita yer pakcik". Statement yang memang SG dah agak dari dulu lagi. Apa ni bro, ni pemberian ikhlas ke, ada udang sebalik mee. Hahahahha.

Apapun niat pemberian mereka, SG ucap terima kasihlah kepada kerajaan Malaysia. Ingat ye, KERAJAAN MALAYSIA bukan Kerajaan Barisan Nasional. Kan sama je tu cuma bunyi je yang lain. Memanglah sama, tetapi ia membawa maksud yang berlainan. Kerajaan Malaysia untuk semua rakyat tanpa mengira fahaman politik dan bersikap bebas. Kerajaan Barisan Nasional pula lebih kepada kepartian. Bukanlah SG nak kata terlalu pro pada Pakatan Rakyat, tetapi dinegeri Selangor sendiri SG lebih senang memanggil kerajaan negeri dari kerajaan Pakatan Rakyat. Harap anda faham dengan istilah tersebut. So tak perlulah BN ke PR ni nak menonjolkan parti masing2 ketika nak beri sesuatu. Hakikatnya rakyat dah faham, parti apa yang pegang kerajaan persekutuan dan parti apa yang pegang kerajaan negeri. Bila ditonjol2kan parti ni, sebenarnya rakyat lagi menyampah. Kira masih mengharapkan pembalasan disebalik pemberian.

p/s: Sampai rumah, ayah bagi RM100 kat anak SG. Rezeki lebih katanya. Buat beli baju. Hahahahhah... TQ ayah...

Preview : Final Carling Cup 11/12 - Cardiff City VS Liverpool

Written By Unknown on Saturday, February 25, 2012 | 15:59

"WALK ON TO WEMBLEY". Ketika ini kata2 pembakar semangat terus berkumandang menjelangnya pertemuan akhir piala Carling ataupun dikenali juga dengan piala liga. Tengah malam esok sudah pastinya mata seluruh peminat bolasepak diseluruh dunia terutamanya di England dan Wales akan tertumpu distadium Wembley yang bersejarah untuk menyaksikan perlawanan hebat diantara kelab berlainan negara iaitu Cardiff City dan Liverpool.

Diatas kertas sememangnya kita sedia maklum bahawa Liverpool adalah calon yang paling layak untuk menjuarai piala bagi musim 2011/2012 ini. Tetapi itu hanyalah pandangan mata kasar berdasarkan taraf kedudukan kelab, sejarah dan pemain2 bintang yang dimiliki oleh Liverpool berbanding Cardiff. Jika dilihat dari sudut prestasi pula, Liverpool masih belum lagi boleh mendabik dada dengan rekod semasa yang telah dicipta. Sebaliknya Cardiff yang bermain dalam liga Championship seharusnya di hormati dengan kebolehan mereka. Bayangkan sebuah kelab yang kecil dan dimiliki oleh jutawan Malaysia, boleh berada dipentas akhir dengan menafikan kelab2 besar diperingkat awal saingan. Disini kita boleh membayangkan bahawa semangat juang serta keazaman mereka untuk menumpaskan Liverpool sememangnya terlalu tinggi. Sekiranya Liverpool tidak berhati2 dan bersikap memandang rendah terhadap pasukan ini, sudah pastinya Liverpool akan pulang ke Anfield dengan kekecewaan.


"Pedulikan rekod saya. Hanya kemenangan yang kita cari". Itulah kata2 Dalglish untuk meredakan tekanan kepada anak2 buahnya. Dalglish sendiri tahu, impian pemain malahan peminat setia yang dahagakan piala setelah kali terakhir piala yang didakap ialah pada tahun 2006 iaitu piala FA. Jika kemenangan esok dimiliki oleh Liverpool, sudah pastinya Liverpool menambah lagi koleksi piala Carling ini menjadi yang ke 8. Lebih manis lagi sudah tentulah Dalglish kerana beliau menjadi pengurus yang ketiga dalam England yang berjaya memungut semua piala yang di pertandingkan selepas Jose Mourinho dan Alex Ferguson. Tetapi Dalglish juga kena hormati rakan sejawatnya di Cardiff Malky Mackay yang telah mengemudi pasukannya dengan cemerlang. Walaupun pengurus muda ini kita boleh ibaratkan masih belum sempurna, tetapi tidak ramai yang mengetahui strategi yang bakal diguna pakai nanti. Yang pastinya jika Dalglish tersalah strategi yang diturunkan, peluang untuk kalah adalah lebih besar.


Yang menariknya pada perlawanan esok sudah pastinya kelibat dua orang sepupu berlainan pasukan bakal bertembung dan bermusuh dalam masa 90 minit perlawanan. Mereka ini sudah tentulah kapten Liverpool Steven Gerrard dan sepupunya Anthony Gerrard. Steven yang bakal membantu bahagian serangan Liverpool terpaksa berhadapan Anthony dibahagian benteng Cardiff. Tetapi dalam bolasepak, persaudaraan  dan sahabat terpaksa diketepikan demi memenuhi kehendak majikan masing2. Kehadiran semula Bellamy dan Agger dari kecederaan sedikit sebanyak melegakan kita tetapi ia juga memeningkan kepala Dalglish kerana terlalu banyak pilihan untuk diturunkan. Harap Dalglish tidak tersalah pilih pemain dan formasi yang diguna pakai nanti.

Apapun, hanya kemenangan malam esok mampu menutup mulut2 mereka yang tiada insurans mengutuk kelab kesayangan kita ini.  Peminat Liverpool tidak lagi mampu untuk berpuasa dari menikmati kejayaan dan piala untuk dimiliki. Semoga pemain2 yang bakal diturunkan nanti dapat memberi sesuatu hadiah yang istimewa untuk Dalglish dah seluruh peminat setia Liverpool walaupun dimana mereka berada. You'll Never Walk Alone.....


p/s: Kalaulah SG kini berada di England, sudah pasti tak akan SG lepaskan untuk berada dalam stadium Wembley yang penuh sejarah untuk menyaksikan perlawanan hebat ini. Zam-zam alakazam.....

Langkahan bersemangat ke Wembley

Written By Unknown on Thursday, February 23, 2012 | 10:40

Seminggu ini, teman2 semusuh pasukan EPL sibuk bercerita pasal jadual EPL. Apa barang wei cerita EPL. Kelab SG 3 minggu tutup kedai pasal EPL. Minggu lepas kita orang buka kedai FA, minggu ni pula tengah sibuk buka pintu kedai di Wembley. Biasalah nak stanby celebrate menang piala Carling. Minggu depan je ler SG join dengan korang nak cerita EPL ni. Sorry ye kalau terasa hati. Maklumlah pasukan korang tak layak ke final ler katakan.

Piala CIKAI? Peduli apa SG dengan apa pun tanggapan korang. Korang nak kata piala kayu ke, piala budak2 tadika ke, yang penting Liverpool last step nak julang piala ni. Itu ler yang sebenarnya membuatkan korang dengkikan. Maklumlah cemburu dengan terujanya kami nak collect piala pertama musim ini. Korang nak tau, SG hampir dah nak pegi stadium Wembley ni. Tetapi dengan beberapa masalah teknikal yang melanda, terpaksa juga dibatalkan hajat tu.

Mesti korang pun nak tau jugakan apa penyebab yang melanda SG tu. Pertama SG dah try nak booking tiket final ni, tapi last transaction untuk payment, diaorang reject pula kad kredit SG. Sebabnya, dah over limit. Try pula guna CIMB clicks, pun sama gak sebab diaorang tak terima bank luar. Huhuhuhu. Tapi SG tak putus asa, SG nak juga pergi. Manalah tau kat Wembley nanti kot2 ada ulat2 yang nak jual tiket last2 minit. So SG pun check ler tiket flight. Amboi mak, mahalnya. Tak ada diskaun atau promosi tambang murah ke? Ooooo.. Patutlah, final nanti bukannya kelab QPR yang main. Macam manalah Tony Fernandez nak bagi diskaun. Dahlah Airasia dengan MAS dia yang punya. Jadi kempunanlah juga.

Dipendekkan cerita, terpaksa jugalah SG tengok di Malaysia je. Banyak tempat ada wat live viewing. Mungkin boleh lepak kat D'stall Corner ker. Paling teruk pun tengok kat rumah sudah. Boleh gak sorak2 & menjerit2. Bila gol je boleh peluk2 wife sambil goleng2 merayakan jaringan. Bila dah menang pula, boleh lambung2 anak membayangkan SG sedang julang piala. Memang terbaik dari family LFC. Sehati sejiwa dan sehidup semati. "You'll never walk alone" ler katakan. Family setan ada ke?. Lagi memecah belahkan ada ler....

Apapun dimana sekalipun penyokong Liverpool berada nanti, sudah pastinya kita seolah2 seperti berada di stadium Wembley. Merealisasikan piala liga untuk mengumpul koleksi ke 8 ini membuatkan kita tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan pada tengah malam hari Ahad nanti. Semoga Liverpool berjaya menakluki Wembley nanti. YNWA..

p/s: Tiba2 K. Rajagobal bersuara: "Rakyat Malaysia tidak patriotik kerana menyokong Liverpool. Sepatutnya mereka kena sokong Cardiff sebab jersi mereka warna biru kemudian siap ada nama Malaysia lagi tu". Lollllllll.......

FA Cup 11/12 - Undian Suku Akhir

Written By Unknown on Monday, February 20, 2012 | 12:31

Seperti skrip piala Carling, selepas bertemu dan mengalahkan Brighton, Liverpool telah diundi untuk bertemu pula Stoke City. Bezanya pertemuan di piala Carling adalah pada pusingan ke -4 manakala dalam piala FA ini pula di peringkat suku akhir ataupun pusingan ke 6. Selain itu Liverpool terus mendapat tuah apabila sekali lagi menjadi tuan rumah dan ini menjadikan kesemua peringkat dalam saingan Piala FA musim ini, Anfield menjadi gelanggang utama pertarungan.

Mengulas mengenai pertemuan dengan Stoke, kedua2 pasukan ini telah bertemu sebanyak 3 kali musim ini. Pada pusingan pertama liga Liverpool tewas 0-1 di Britannia Stadium yang mengakibatkan kekalahan pertama dalam liga. Kemudian Liverpool berjaya membalas dengan kemenangan 1-2 juga di Britannia Stadium dalam piala Carling sekali gus memusnhakan badi kekalahan disini. Walaubagaimanapun, pusingan kedua liga di Anfield, Liverpool sekadar seri tanpa jaringan walaupun perlawanan dikuasai oleh Liverpool.

Kesimpulannya, Soke City ini bukanlah suatu pasukan yang boleh diambil mudah. Kita boleh lihat ketiga2 perlawanan tersebut, kesemua perlawanan Liverpool berjaya menguasai permainan. Hanya lalai dan tiada penyudah yang berkesan membuatkan kita sering kecewa dengan pasukan pengacau ini. Apapun 17 mac 2012 nanti adalah penentu untuk Liverpool terus menghampiri Wembley sekali lagi atau tidak. Diharap Liverpool tidak bermasalah untuk menundukkan anak buah Tony Pulis ini. YNWA.

Keputusan penuh Undian Suku Akhir @ pusingan -6
  • Liverpool VS Stoke City
  • Chelsea OR Birmingham VS Leicester City
  • Stevenage OR Tottenham VS Bolton Wanderrers
  • Everton VS Sunderland
p/s: Sekiranya ikut skrip undian Piala Carling, jika Liverpool memenangi perlawanan ini, Liverpool akan diundi untuk bertemu Chelsea. Chelsea yang masih bergelut dengan prestasi tidak menentu terpaksa menjalani perlawanan timbal balik setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Birmingham. Harap Liverpool menang dan jumplah pasukan selain Everton dan Tottenham. Kedua2 pasukan ini amat liat sekali ketika bertemu Liverpool. Apapun tugas untuk menstrokkan Stoke City lebih utama dari undian Separuh akhir akan datang.

5th Round FA Cup 11/12 - Liverpool 6-1 Brighton

Liverpool kalah 3-4 kepada Brighton. Itulah hakikat sebenar jika dikira jaringan melalui pemain dari pasukan masing2. 3 gol sendiri yang dijaringkan oleh pemain Brighton, membuatkan Liverpool menang bergaya utuk menewaskan mereka dengan jaringan 6-1. Rasanya inilah sejarah dalam hidup SG melihat dalam satu perlawanan terdapat 3 gol jaringan sendiri. Lebih mengelikan hati, sekali lagi Anfield gempar dengan tragedi larian tiger show oleh penonton yang terlepas kedalam padang.


Skrtel terdahulu mencipta nama sebagai penjaring apabila berjaya menanduk masuk sepakan sudut Gerrard seawal minit ke 5. Walaubagaimanapun gol tersebut berjaya disamakan oleh pemain Brighton, Kazenga LuaLua melalui sepakan percuma yang gagal diselamatkan oleh Reina pada minit ke 17. Tetapi seminit sebelum tamat separuh masa pertama, hasil dari keadaan kelam kabut didalam kotak penalti Brighton, walaupun tandukan Johnson berjaya diselamatkan oleh pertahanan Brighton, tetapi bola tersebut telah terkena kaki Liam Bridcutt untuk bola terus menerjah gawang sendiri. Kedudukan separuh masa liverpool 2-1 Brighton.


Separuh masa kedua bersambung dengan Andrew Carroll pula mencipta nama dengan sepakan deras hasil umpanan Downing. Gol tersebut membuktikan Carroll kini semakin meningkat naik dan bukan sahaja kepalanya boleh menjaringkan gol, malah kakinya juga mempunyai bisa yang tajam. Gerrard kempunan untuk mencipta nama sebagai penjaring. Setelah berjaya melepasi halangan penjaga gol Brighton, sepakan beliau berjaya dihalang oleh Liam Bridcutt tetapi malanya halangan tersebut membuatkan bola terus menerjah ke gawang sendiri menjadikan gol sendiri kedua Bridcutt dalam perlawanan ini dan merangkap gol ke 4 Liverpool.


Pesta gol sendiri berterusan. Gol sendiri ketiga menjelma hasil aksi bodoh Lewis Dunk yang tidak diganggu oleh pemain Liverpool, kurang kemas mengawal bola dan akibatnya bola sudah melepasi garisan gol sebelum diselamatkan. Malang pula bagi Suarez apabila gagal untuk menyudahkan sepakan penalti. Sepakan penalti diberi setelah Kuyt dijatuhkan oleh pertahanan Brighton. Tetapi Suarez berjaya juga menebus kehampaan tersebut apabila menjaringkan gol penutup Liverpool hasil tandukan Carroll yang singgah tepat ke kepala Suarez sebelum disudahkan dengan mudah. Keputusan muktamad, Liverpool 6-1 Brighton.


Keseluruhan permainan, membuktikan pemain2 Liverpool telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap pasukan. Dalglish telah berjaya memotivasikan pemain2nya setelah diprovokassi oleh MUnyet pada minggu lalu. Hasilnya pemain Liverpool tidak terbawa2 keadaan yang berlaku di Old Toilet minggu lalu. Selepas ini, Liverpool akan bertemu Stoke City diperingkat Suku Akhir. Mudah2an tiada masalah Liverpool untuk meneruskan kecemerlangannya. YNWA..

p/s: Dah agak dah, mesti lepas kejadian kucing masuk padang ada lagi yang nak popular macam kucing ni juga. Apa punya manusia ler. Kucing tu haiwan, takkan ler dia pun nak berperangai macam haiwan juga. ishh3....


Video Aksi terlampau 18sx......

Scoring Summary

Liverpool Brighton
Martin Skrtel (5')Kazenga LuaLua (17')
Liam Bridcutt (og 44')
Andrew Carroll (57')
Liam Bridcutt (og 71')
Lewis Dunk (og 74')
Luis Suรกrez (pen miss 81')
Luis Suรกrez (85')

Match Stats

Liverpool                               Brighton
28(15) Shots (on Goal) 10(4)
12 Fouls 7
9 Corner Kicks 2
0 Offsides 1
55% Time of Possession 45%
0 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
5 Saves 17

Teams

Liverpool Brighton
25 Pepe ReinaPeter Brezovan
23 Jamie CarragherGordon Greer
Glen JohnsonAdam El-Abd
37 Martin Skrtel14 Inigo Calderon
Josรฉ EnriqueLewis Dunk
Steven GerrardAlan Navarro
19 Stewart Downing25 Kazenga LuaLua
26 Charlie Adam26 Liam Bridcutt
14 Jordan Henderson30 William Buckley
Andrew Carroll24 Sam Vokes
Luis SuรกrezAshley Barnes
Substitutes
32 DoniCasper Ankergren 16
34 Martin KellyRoman Vindelot 20
16 Sebastian CoatesVicente 15
11 Maxi RodrรญguezRyan Harley 17
33 Jonjo ShelveyCraig Noone 11
20 Jay SpearingCraig Mackail-Smith 12
18 Dirk KuytTorbjorn Agdestein 23
Substitutions
Maxi Rodrรญguez for Stewart Downing (76)Craig Noone for William Buckley (46)
Jonjo Shelvey for Steven Gerrard (76)Vicente for Adam El-Abd (69)
Dirk Kuyt for Jordan Henderson (76)Craig Mackail-Smith for Sam Vokes (69)
Yellow Cards
Alan Navarro (49)
· Squads: Liverpool | Brighton

Pusingan 1 Piala FA 2012 - Shahzan Muda 0-4 Selangor

Selangor melangkah bergaya ke pusingan ke 2 Piala FA selepas mudah mengalahkan kelab liga FAM, Shahzan Muda 4-0 pada aksi pusingan pertama di Stadium Mini temerloh. Dua jaringan Safiq Rahim serta satu masing2 dari Bosko Balaban dan Amri Yahya sudah memadai untuk Selangor menempah pertemuan dengan bekas jurulatih Selangor, K. Devan yang mengendali Johor FC di Stadium Pasir Gudang yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mac depan.


Pada aksi semalam, perlawanan terpaksa dimulakan lewat akibat padang yang banjir ditakungi air hujan pada waktu sebelah petangnya. Setelah mendapat kata sepakat, perlawanan diteruskan juga selepas 20 minit dari waktu asal jadual perlawanan. Selangor memperolehi gol pertama hasil dari jaringan Balaban yang membuat rembatan deras terbias kaki pertahanan Shahzan Muda pada minit ke 21. Gol kedua pula menyusul hasil dari sepakan penalti yang dijaringkan oleh Safiq. Sepakan penalti ini diperolehi setelah penjaga gol Shahzan Muda, Khairul Azhan Khalid menarik Amri Yahya dari menjaringkan gol dikala pintu gol telah terbuka luas. akibatnya juga, Khairul telah dilayangkan kad merah.


Menentang 10 pemain, Selangor terus mendominasikan perlawanan dan hasilnya pada minit ke 72, hantaran lambung yang cantik dari Azidan Sarudin mudah ditanduk masuk oleh Safiq. Amri mencipta gol ke 4 merangkap gol ke 100 peribadinya apabila berjaya menanduk masuk hantaran K. Soley pada minit ke 83. Kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan.


Selepas ini Selangor akan bertemu Kedah dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman pada 3 Mac nanti. Dua minggu cuti rehat untuk memberi laluan skuad kebangsaan diharap dapat digunakan oleh pemain2 Selangor memantapkan lagi prestasi masing2. Viva Selangor.

Preview : 5th Round FA Cup 11/12 - Liverpool vs Brighton

Written By Unknown on Saturday, February 18, 2012 | 02:39

Esok bermulanya kembali aksi Liverpool setelah berehat selama seminggu dari sebarang perlawanan. Bertemu pasukan Brighton & Hove Albion dalam pusingan ke 5 piala FA, sudah pastinya ia menampakkan satu perlawanan yang mudah untuk Liverpool terus mara ke pusingan Ke-6 (Suku Akhir). Bermain digelanggang sendiri, sudah tentu ia memberi kelebihan yang istimewa untuk pasukan Liverpool.

Pada  musim ini, esok adalah kali kedua Liverpool bertemu pasukan Brighton ini, dimana kali pertama ketika pusingan ke-3 piala Carling yang berlangsung di Amex Stadium dengan kemenangan berpihak kepada Liverpool 1-2. Sebenarnya adakalanya kita sedikit gusar apabila bertemu kelab2 kecil dari division bawahan. Walaupun menang pada pertemuan lalu, tetapi kita dapat saksikan bagaimana tentangan hebat yang diberikan oleh pemain2 Brighton. Bukan Brighton sahaja, malahan pasukan2 pengacau di dalam liga juga sering memberi masalah kepada Liverpool. Seharusnya pemain2 Liverpool dapat memberi sesuatu yang terbaik untuk membawa pasukan ke saingan suku akhir nanti.

Diharap tragedi di Old Toilet minggu lalu sudah dapat dilupakan oleh semua pemain2 Liverpool. Dalglish sewajibnya telah memotivasikan pemain2 untuk mengembalikan moral yang telah hilang akibat kisah lalu. Dikhabarkan, Maxi Rodriguez sudah bersedia untuk diturunkan pada perlawanan malam esok. Tetapi walau siapa pun yang diturunkan, sudah pastinya kita memberi kepercayaan penuh kepada mereka untuk tidak mengecewakan peminat. Semoga bertemu pasukan cikai ini, dapat dimanfaatkan oleh pemain2 muda seperti, Kelly, Coates, Spearing, Henderson dan Shelvy untuk memantapkan prestasi masing2 sekiranya diberi peluang oleh Dalglish. Berapa gol pun yang diperolehi tidak penting, yang penting layak ke suku akhir untuk merapatkan lagi peluang kedua ke Wembley. YNWA...

Siaran Langsung di:
Channel : ASTRO STAR Sports (813)
               : ESPN HD (832)
Live Sreaming : LINK 1 - LINK 2 - LINK 3 - LINK 4 - LINK 5 
Tarikh : 20/02/2012 (Ahad malam Isnin)
Waktu : 00:25 pagi.

Preview : Pusingan 1 Piala FA 2012 - Shahzan Muda vs Selangor

Written By Unknown on Friday, February 17, 2012 | 00:51

Selepas meraih kejayaan membenam pendahulu Liga Super Kelantan, kini Selangor akan bertandang pula ke stadium Mini Temerloh untuk bertemu skuad Shazan Muda FC dalam kejohanan Piala FA. Dalam pusingan pertama ini, diatas kertas Selangor nampak seakan tiada bermasalah untuk memenangi perlawanan ini dan seterusnya layak kepusingan ke dua.

Setelah kehadiran penyerang importnya Bosko Balaban dari Croatia, Selangor nampak lebih yakin dengan hampir selesainya masalah ketandusan penjaring gol. Berkemungkinan Irfan akan membuat rombakan besar2an pada kesebelasan utamanya dengan menamakan pemain2 simpanan untuk memberi pendedahan kepada tenaga2 baru. Kita berharap tempo permainan menyerang dapat dikekalkan oleh pemain2 Selangor sebelum memuktamatkan permainan dengan kemenangan.. Viva Selangor.

Agenda Syaitan Merah yang menyesatkan

Written By Unknown on Thursday, February 16, 2012 | 02:53

Minggu2 yang amat membosankan. Nak baca paper pun tak ada mood. Menyampah lagi adalah. Lebih2 lagi dalam ruangan sukan. Semua nak kondem LS7. Baik musuh Liverpool, media dan semua yang buta kepada tragedi sebenar. Mogok untuk membaca ruangan sukan adalah jalan terbaik untuk kita dari terus nak sakit hati berpanjangan.

Secara profesionalnya, walaupun saya adalah peminat setia Liverpool, tidak semestinya saya akan menyokong penuh 100% setiap apa yang dilakukan oleh pemain dan pengurusan Liverpool adalah betul. Dalam kes Suarez ini, sebenarnya banyak cara untuk menyelesaikan konflik tersebut. Tidak semestinya di pihak Liverpool, di pihak Manchester United juga perlu mengambil sesuatu pendekatan terbaik untuk sama2 menyelesaikan masalah tersebut. Setiap pemain sememangnya ada tahap keegoan masing2. Disini bukan sahaja Suarez bersifat sedemikian, malah kita boleh lihat Mario Balotelli, Carlos Teves, dan Evra sendiri juga mempunya keegoan yang sukar direntap. Disini sudah pastinya sahabat2 dan pihak kejurulatihan perlu memainkan peranan penting untuk memulihkan kembali semangat dan matlamat sebenar bolasepak.

Dipihak Liverpool sendiri sebenarnya perlu untuk lebih memandang jauh kehadapan. Tugas untuk memperbaiki kedudukan serta prestasi semasa adalah lebih penting dari melayan provokasi musuh. Kita boleh lihat bagaimana aksi pemain2 Liverpool sendiri terlalu goyah ketika perlawanan tempohari akibat sejak awal2 lagi sudah termakan provokasi yang dilancarkan. Siapa yang tidak kenal dengan Alex Ferguson?. Selain dari cemerlangnya beliau membawa kejayaan pasukan setan, beliau juga antara pengurus2 yang paling berjaya bermain api terhadap pasukan lawan. Mungkin sejak musim lalu dan musim ini, kita tidak nampak beliau menembak Dalglish baik pun Roy Hudgson, tetapi anda ingatkah di zaman Rafael Banitez. Bagaimana mereka sering bertengkar mulut akibat provokasi murahan yang dilancarkan. Bukan sahaja Rafa, malah Arsene Wenger, Jose Mourinho juga pernah terlibat sama dalam konflik menjelang dan selepas perlawanan. Jadi buat apa nak layan orang tua nyanyuk tu. Biarkan saja beliau menjadi anjing yang menyalak bukit.

Seperti laporan media, apa yang  mereka nyatakan bahawa Liverpool akan menjual Suarez adalah sukar diterima akal. Seperti yang perkatakan tadi, bukan sahaja Suarez mempunyai masalah disiplin, malah ramai lagi. Jika Ferguson menyatakan tingkahlaku Suarez sungguh memalukan kelab dan sepatutnya dijual adalah tidak masuk akal. Beliau sepatutnya menjadi perantara untuk menyelesaikan masalah ini dan bukannya menambah burukkan lagi keadaan. Jika kita tanya kembali kepada Ferguson, apa tindakan beliau terhadap pemain2 yang pernah menyarung jersi setan yang mempunyai masalah disiplin dan skandal. Banyak contoh yang kita boleh kaitkan disini mengenai masalah keruntuhan ahlak pemain2 setan. Antaranya:

  • Eric Cantona - telah mengkungfukan penonton pasukan Crystal Palace - Tak jual pun, masih disimpan dan terus bermain.
  • Wayne Rooney - Dengan skandal membooking pelacur - Makin naik gaji paling tinggi dalam pasukan ada ler.
  • Ryan Giggs - Memprojek adik ipar sendiri - Sambung kontrak sampai dianggap legenda lagi tu.
  • Rio Ferdinand - menjadi Doktor sendiri. (Hisap dadah) hanya gantung 9 bulan dan diterima semula dalam pasukan.

Tetapi :

  • Bila Suarez dengan keenganannya untuk bersalam - suruh jual.
  • Ferdinand pun tak mau salam juga. So boleh jual jadi besi buruklah.
  • Bagaimana pula nasib ketua pasukan yang terloncat2 dengan terang2an untuk niat mengejek. Bukankah Kapten perlu menunjukkan disiplin yang baik untuk menjadi contoh kepada pemain lain.

Disebabkan kisah 3 orang ini terlibatlah, FA tidak akan mengambil sebarang tindakan. Mengapa? Pemain2 dan pengurusan MU adalah kebal dari segala tindakan. Untuk mengelakkan pertikaian kes Ferdinand dan Evra dikaitkan, lebih baik FA mengambil keputusan untuk berdiam diri sahaja.

Tetapi pada pandangan saya tentang keadaan bolasepak Inggeris kini, Suarez tidak akan dijual, tetapi beliau sendiri akan meminta untuk berpindah ataupun dijual. Bukan disebabkan malu dengan insiden ini, tetapi memandangkan bolasepak Inggeris penuh dengan mainan politik kotor dan tindakan berat sebelah membuatkan beliau kurang selesa untuk terus berada di bumi England. Apa guna terus mencari rezeki dibumi yang huruhara melainkan membawa diri kesuatu tempat yang lebih aman dan damai. Apapun ini sebagai andaian saja. Dalam bolasepak macam2 boleh jadi. Hanya kita sahaja perlu bersedia untuk menerima sebarang kejutan kelak.

p/s: Alex Ferguson tak akan bermain api terhadap Kenny Dalglish. Ini kerana kedua2 mereka ini adalah rakan senegara dan setempat iaitu berasal dari Glasgow, Scotland. Jadi mustahil mereka akan bergaduh membuat pasal. renung2kan.

Game 8 MSL 2012 - Selangor 2-1 Kelantan

Written By Unknown on Wednesday, February 15, 2012 | 00:11

Siapa sangka, badi kekalahan terhadap pasukan Kelantan, badi asyik seri ketika siaran langsung perlawanan berakhir pada perlawanan malam ini. Dengan keadaan pasukan yang masih terumbang ambing, Selangor bangkit untuk mengecewakan pasukan tangga teratas liga super Kelantan dengan 2-1.


Selangor seperti biasa terus mempamerkan aksi yang terbaik untuk menguasai perlawanan pada malam ini. Akibat berjayanya pertahanan Kelantan membuat perangkap offside, Selangor terpaksa berputih mata pada separuh masa pertama untuk menjaringkan sebarang gol. Walaubagaimanapun, selepas digosok hebat menggunakan clorox oleh Irfan Bakti di waktu rehat, Selangor berada dihadapan seawal minit ke 46 apabila Safiq Rahim berjaya membuat rembatan deras ke penjuru gol untuk menewaskan Khairul Fahmi.


Selepas gol tersebut, Kelantan tersentak dari lamunannya. Mereka mula kembali untuk menguasai perlawanan tetapi malang untuk mereka berterusan. Safiq Rahim yang bijak membuka ruang telah mengumpan bola cantik kepada Bosko Balaban untuk disudahkan dengan baik sekali. Walaupun begitu Kelantan dapat juga gol saguhati hasil dari sepakan Subramaniam yang terkena P. Gunalan. Gol berpunca dari keadaan huru hara didalam kotak penalti setelah pertahanan Selangor gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.


Apapun kehadiran Bosko Balaban menampakkan masalah penyerang sudah menemui jalan noktahnya. Dalam debut pertama bersama Selangor, Balaban telah berjaya menjaringkan gol kedua merangkap gol pertama peribadinya. Sesungguhnya umur bukan menjadi penghalang kepada Balaban untuk beraksi dengan baik. Kita hanya tunggu lagi kebangkitan pada perlawanan akan datang setelah keserasian antara Balaban dan pemain2 Selangor mula terjalin. Alhamdulillah Selangor menang juga akhirnya..... Viva Selangor.


p/s: Dari segi permainan pasukan Kelantan, kita dapat merasakan mereka memandang rendah dengan kebolehan Selangor. Akhirnya dengan corak yang sambil lewa, Selangor menghukum kealpaan mereka.. Tahniah Red Giants..

Jom kita layan lagu ini. Semangat Merah Kuning....

Preview : Game 8 MSL 2012 : Selangor VS Kelantan

Written By Unknown on Tuesday, February 14, 2012 | 00:52

Lupakan kenangan Sabtu lalu, kita bina prestasi baru. Itulah kata2 semangat yang mampu diungkapkan untuk kesebelasan pasukan Selangor pada perlawanan malam ini. Selangor bakal menerima kunjungan pasukan dari pantai timur, Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk mengharungi perlawanan ke 8 liga.

7 perlawanan sudah diharungi, Selangor mempunyai tugas berat untuk memertabatkan kembali zaman kegemilangan bolasepak Merah Kuning. Hanya sekadar memungut 9 mata, Selangor ketinggalan 8 mata dari pendahulu liga iaitu pasukan yang bakal kita temui malam nanti Kelantan. Mampukah Selangor untuk menyakini hati peminatnya semula yang mula tawar hati. Bak kata Irfan, perjalanan masih jauh. Selangor akan bangkit membuktikan kemampuannya.

Harap 3 mata mesti diperolehi pada perlawanan ini. Buktikan wahai wira2 Merah Kuning, anda semua mempunyai semangat juang yang tinggi.. Walauapapun terjadi, kami sentiasa disisi anda. Kami mahu piala musim ini. Buktikan anda boleh.... Viva Selangor

p/s: Bosko Balaban dah dapat Sijil Perpindahannya. Harap malam ini, beliau dapat membuktikan pembelian beliau tidak sia2..

Game 25 BPL 11/12 - MUnyet 2-1 Liverpool

Written By Unknown on Sunday, February 12, 2012 | 23:49

Perlawanan yang panas lagi menyakitkan hati. Tewas 2-1 di Old Trafford bukanlah menjadi sebab utama kekecewaan SG kepada pasukan Liverpool. Tetapi sikap2 pemain yang kononnya profesional langsung tak boleh pakai. Mainan provokasi terus diungkapkan. Mangsa keadaanya sudah tentulah Luis Suarez.

Sebelum perlawanan, Dalglish telah pun menyatakan bahawa Suarez akan bersalam dengan Negro Evra. Ketika sesi bersalam berlangsung Evra terus memainkan peranan untuk membina api kemarahan kepada semua yang terlibat. Mungkin sekali imbas oarang akan kata, Suarez tak mahu salam. Hakikatnya anda nilailah sendiri dari gambar berikut.

Sebelum itu boleh pula Negro ini menghulurkan tangan. Bila tiba Suarez, awal2 lagi dia sudah menarik tanganya. Siapa yang buat perangai ni?
Yang peliknya kenapa Rio Ferdinand juga terikut tak mahu salam dengan Suarez. Apa kena mengenanya dengan konflik ini. Kalau yer pun dia Negro dia kenalah tunjukkan sikap tersebut kepada John Terry. Ini kerana hanya Terry sahaja yang telah mengungkapkan perkauman kepada adik kandung Ferdinand. Yang dia nak emo juga apa hal. So Alex Fuckinson yang sememangnya bijak menimbulkan api kemarahan, juga menyatakan Suarez adalah hina dan sepatutnya dijual sahaja. Ko sapa nak suruh jual Suarez. Ko tak kecoh pula pasal perbuatan Ferdinand tu.

Akibatnya dua ekor Negro dapat balasan setimpal diawal permainan.
MU kena ingat, sejahat2 Suarez pun dia bergaduh dengan pemain. Bukan macam Eric Kontena yang pegi terajang penonton. Apa tindakan dia. Cakap pandailah. Dah kena barulah nak sedar.. Apa pun tak boleh. Dasar MUnyet......

Penghinaan Evra terhadap Suarez, dibantah oleh rakan. YNWA

p/s: Tak der mood nak analisis perlawanan. Liverpool main pun memang macam saja nak bagi MU menang. So lebih baik Liverpool main macam ni. Takut kalau MU kalah pada game semalam. mau ada rusuhan pula kat Old Toilet nanti. Maklumlah, kebanykannya MUnyet2 yang tengok perlawanan ni kat stadium.

Scoring Summary

Manchester United Liverpool
Wayne Rooney (47')Luis Suรกrez (80')
Wayne Rooney (50') 

Match Stats

Manchester United            Liverpool
11(6) Shots (on Goal) 10(3)
10 Fouls 11
4 Corner Kicks 3
0 Offsides 3
55% Time of Possession 45%
1 Yellow Cards 1
0 Red Cards 0
2 Saves 4

Teams

Manchester United Liverpool
David De Gea25 Pepe Reina
Rio FerdinandDaniel Agger
Jonathan Evans37 Martin Skrtel
Patrice EvraJosรฉ Enrique
21 RafaelGlen Johnson
22 Paul ScholesSteven Gerrard
16 Michael Carrick14 Jordan Henderson
11 Ryan Giggs20 Jay Spearing
25 Antonio Valencia19 Stewart Downing
10 Wayne Rooney18 Dirk Kuyt
19 Danny WelbeckLuis Suรกrez
Substitutes
Dimitar BerbatovJamie Carragher 23
13 Park Ji-SungCraig Bellamy 39
23 Tom CleverleyDoni 32
40 Ben AmosAndrew Carroll 9
20 FabioCharlie Adam 26
42 Paul PogbaJonjo Shelvey 33
14 Javier HernรกndezMartin Kelly 34
Substitutions
 Andrew Carroll for Jay Spearing (61)
 Craig Bellamy for Stewart Downing (61)
 Charlie Adam for Dirk Kuyt (75)
Yellow Cards
Michael Carrick (80)Stewart Downing (45)
· Squads: Manchester United | Liverpool

Game 7 MSL 2012 - PKNS 2-0 Selangor

Adik telah mengajar abang erti permainan bolasepak yang sebenar. Itu saja ungkapan yang mampu diluahkan apabila Selangor tumpas 2-0 ditangan Selangor PKNS di stadium MBPJ, Kelana jaya malam semalam. Selangor mengalami kekalahan kali kedua pada musim ini setelah tewas kali pertama kepada Felda United dalam perlawanan ke-3.

Semakin lama, nampak semakin parah dengan prestasi pesukan Selangor ini. Masalah penyerang terus menghantui kesebelasan Irfan Bakti. Irfan seharusnya mengambil tindakan drastik terhadap permasalahn yang melanda skuad Selangor. Sukar sekali kita mendengar Selangor dilanda masalah di awal musim kecuali kebanyakannya hanya di penghujung musim.

Dimana silapnya. Selasa ini, Selangor bakal berdepan dengan peneraju liga terkini iaitu pasukan Kelantan di SBNJ. Persoalannya mampukah Selangor untuk kembali bersaing. Diharap permasalahan yang melanda pemain import baru Bosko Balaban mengenai sijil perpindahan antarabangsanya dapat diselesaikan menjelang tarikh tutup perpindahan esok. Apapun kami masih berharap dan kami yakin Selangor akan kembali menyerlah. Kita tunggu sahaja waktu yang sesuai. Viva Selangor

Preview : Game 25 BPL 11/12 - Man. United VS Liverpool

Written By Unknown on Saturday, February 11, 2012 | 12:10

"North_West Derby". Pertembungan dua musuh tradisi ini sememangnya amat dinanti2kan oleh peminat kedua2 pasukan bahkan peminat bolasepak diseluruh dunia. Cabar mencabar, kontroversi2 serta percakaran yang berlaku diantara pasukan bahkan peminat2 setianya sendiri menjadikan ia suatu pertemuan yang hangat diperkatakan. Inilah dua pasukan gergasi Inggeris, Manchester United dan Liverpool yang bakal bertembung di Old Trafold pada waktu makan tengahari waktu Eropah dan makan malam waktu kita di Malaysia hari ini.

Pada perlawanan ini, sudah pastinya mata peminat2 bolasepak akan tertumpu kepada dua pemain yang telah mengamatkan bolasepak dunia dengan kes perkauman. Suarez akan bertemu kembali musuh luar dan dalam padangnya Evra setelah tamatnya dari hari2 penggantungannya. Suarez yang telah dianiaya oleh Evra pada mulanya telah menyatakan pendiriannya bahawa tiada pintu kemaafan bagi Evra tetapi dengan desakan beberapa pihak, akhirnya Suarez terpaksa juga untuk bersalaman dengannya sebelum perlawanan bagi menjamin sukan adalah tempat mengeratkan persaudaraan dan bukannya perselisihan.

"Saya perlu beritahu mereka - mereka akan mendorong saya untuk lebih berusaha bersungguh2 jika mereka terus mengejek saya". Itulah ungkapan Suarez menyatakan persediaannya terhadap caci maki dari penyokong2 Manchester yang cuba melemahkan semangat beliau semasa perlawanan. Penyokong Manchester sudah pasti cuba membalas dendam dengan apa yang telah terjadi kepada Evra di Anfield pada perlawanan Piala FA lalu dimana mereka tewas 2-1 kepada Liverpool.


Mengikut prestasi semasa Liverpool, sebenarnya kita tidaklah terlalu gusar dengan perlawanan pada hari ini. Liverpool nampak semakin mantap dimana Adam telah kembali menemui skil2nya, Carroll semakin menunjukkan kesungguhan disamping Bellamy terus menjadi sandaran untuk menjadi pemusnah. Dengan kehadiran Suarez ini, sememangnya ia menjadi pelengkap kepada jentera serangan Livepool yang selama ini ketandusan dalam menjaringkan gol. bak kata Dalglish, 'jaringan pasti akan tiba, hanya nasib masih belum berpihak kepada kita. Harap latih tubi menyepak bola kedalam jaring telah di tekankan dalam latihan harian pemain.


Apapun, kita berharap rekod bersih tanpa kalah kepada Manchester United pada musim ini akan terus tercipta. Disamping kita dapat menyambut kejayaan nanti, kita juga dapat menutup mulut2 MUnyet sumbang mahram yang masih tak sedar2 diri walaupun setelah dibenam pada saingan piala FA. Jadi buat penyokong2 MUnyet, "AWAS dengan amukan THE REDS bersama kembalinya SUAREZ." You'll Never Walk Alone.

p/s: apa menu makan malam kita hari ni. Siakap bermacam2 rasa? Ayam golek? Cencaru makan malam?. Tak kisahlah berapa jaringan pun yang penting kita mahu MENANG........



BARISAN KEMUNGKINAN LIVERPOOL

REINA
KELLY - SKRTEL - AGGER - JOHNSON
KUYT - ADAM - GERRARD - BELLAMY
CARROLL - SUAREZ
wilayah anfield"

WAKTU SEKARANG

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. REZEKI ITU DATANGNYA DARI USAHA YANG IKHLAS. - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger